CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7756|Reply: 84

[Tempatan] Bumiputra pertama hasilkan susu

[Copy link]
Post time 6-1-2014 10:04 AM | Show all posts |Read mode
  • Sofiya mengeluarkan sendiri modal untuk memulakan perniagaan susu formulanya. Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


Perkembangan minda dan tumbesaran kanak-kanak yang baik dipengaruhi pemakanan terbaik.

Menyedari hakikat itu, Pengarah Urusan Ebunda Sdn Bhd, Sofiya Arshaf menghasilkan susu formula yang dinamakan Ilham pada 2010.

Sofiya berkata, minat yang mendalam dalam bidang pemakanan adalah satu bonus kepadanya apabila melibatkan diri dalam bidang perniagaan susu formula khusus untuk kanak-kanak.

“Pada peringkat permulaan, saya menghasilkan susu formula ini dan diberikan kepada anak-anak saya sendiri, anak kepada saudara–mara dan kawan rapat selama enam bulan.

“Alhamdulillah, sepanjang waktu itu, saya mendapat maklum balas yang baik. Mereka menyokong saya untuk memasarkannya,” katanya.

Bagaimanapun, graduan lulusan teknologi makanan dari sebuah universiti tempatan itu tidak menafikan ada juga kenalan dan pihak lain yang meragui kemampuan beliau dalam menghasilkan susu formula tersebut.


Mahu bekal makanan sunnah

Sofiya menceburi bidang tersebut kerana menyedari kepentingan makanan halal dan keperluan mengamalkan corak pemakanan mengikut sunnah Rasulullah.

“Saya memulakan perniagaan ini dengan melakukan kajian terlebih dahulu bagi memastikan kanak-kanak mendapat susu formula yang terbaik.

“Kebanyakan pengeluar susu formula di negara ini berasal dari negara luar. Alhamdulillah, pada peringkat permulaan, saya menerima maklum balas yang baik dan beberapa bulan selepas itu ia menunjukkan perkembangan positif walaupun Ilham adalah produk keluaran tempatan,” katanya.

Beliau juga menjadi usahawan Bumiputera pertama menghasilkan susu formula tersebut untuk kanak-kanak berumur 1, 2, 3 dan 4 tahun yang turut didatangkan dalam perisa coklat dan vanila serta dilengkapi 30 juzuk terapi ayat al-Quran.

“Ilham adalah susu yang diformulasikan khas untuk merangsang dan menguatkan perkembangan minda. Saya mendapat maklum balas daripada pembeli bahawa susu Ilham membantu memberikan perubahan rohani dan jasmani anak-anak mereka.

“Ramuan susu ilham mengandungi gabungan bahan berkhasiat seperti susu lembu asli, badam, kismis, kurma, gingko biloba dan maca.

“Untuk mengimbangi perkembangan anak-anak dari segi rohani dan jasmani, ia turut dilengkapkan dengan 30 juzuk terapi ayat Al-Quran yang pertama di dunia,” katanya.


Keluar modal sendiri

Sofiya berkata, modal permulaan bagi menjalankan perniagaan itu adalah RM1 juta yang merupakan wang simpanannya sendiri.

“Kami mendapatkan bekalan susu tepung dari New Zealand. Produk ini 100 peratus Islamik kerana pemprosesannya dilakukan dengan teliti dan mengikut lunas Islam.

“Selepas tiga tahun beroperasi, SME Corporation Malaysia menawarkan kilang di Kajang, Selangor. Saya juga mendapat bantuan dan panduan perniagaan daripada Perbadanan Pembangunan Industri Halal dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

“Untuk memasarkan produk, saya menyertai pelbagai aktiviti dianjurkan agensi kerajaan ini untuk mempromosikan produk saya di pasaran tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Selepas empat tahun berada di pasaran, produk Ilham kini mempunyai 530 pengedar dan di banyak pasar raya besar di seluruh negara.

“Susu Ilham dipasarkan di Aeon Big sejak 2011 dan di pasar raya Mydin. Kami merancang untuk menambah saluran jualan dengan memasuki beberapa lagi pasar raya besar lain, tahun ini,” katanya.

Menurutnya, syarikat beliau kini mempunyai kapasiti pengeluaran 100,000 pek sehari susu formula Ilham.


Bukan mudah sampai ke tahap ini

Sama seperti usahawan lain yang bersungguh-sungguh dalam perniagaan mereka, Sofiya mengakui beliau juga tidak terlepas daripada berhadapan dengan pelbagai masalah.

Antaranya adalah jenama Ilham digunakan oleh pengeluar susu formula lain untuk melariskan susu yang mereka hasilkan, sehingga menyebabkan kekeliruan kepada pelanggan beliau.

“Saya menerima banyak aduan mengenai perkara ini. Alhamdulillah, pelanggan cepat menyedari kesilapan mereka memilih susu yang tidak ada kena-mengena dengan Ilham.

“Susu formula adalah barang terkawal dan ia sangat sensitif kerana kanak-kanak mempunyai deria rasa yang tajam mengenai susu,” katanya.

Bagaimanapun, Sofiya bersedia untuk memberi panduan kepada pihak lain yang ingin menghasilkan susu formula sepertinya.

“Sekiranya mereka ingin berniaga susu formula, saya bersedia membantu kerana perniagaan ini perlu dikembangkan dan mewujudkan persaingan yang sihat,” katanya yang tetap berfikiran positif walaupun berhadapan masalah seperti itu.


Hasil susu untuk orang dewasa

Menurut Sofiya, syarikatnya bakal melancarkan dua produk terbaru iaitu Ilham Safiya khusus kepada ibu mengandung dan satu lagi susu untuk orang dewasa.

“InsyaALLAH, kedua-dua produk ini akan dilancarkan pada Februari ini. Saya juga sedang membina kilang sendiri di Bangi dan dijangka akan mula beroperasi tahun ini,” katanya.

Sofiya berkata, walaupun baru berusia empat tahun, susu Ilham telah mendapat tempat di hati masyarakat di negara ini dan beberapa negara luar.

“Kami sedang berbincang untuk melebarkan perniagaan ini di beberapa negara antaranya di Singapura, Dubai dan China,” katanya.

Menurutnya, individu yang ingin menceburi perniagaan perlu yakin dengan kemampuan diri sendiri, minat, kemahiran dan berani mengeluarkan modal serta tidak berputus asa ketika menghadapi masalah.

“Kita perlu menerima masalah yang dihadapi dengan positif,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/bumiputera-pertama-hasilkan-susu-formula-1.237497
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2014 10:07 AM | Show all posts
ok..tapi aku dh tk minum susu tu lagi
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kl dah industrial scale nyer pengeluaran..mcmmane dia bacaakan 30 juzuk tuh?..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 10:11 AM | Show all posts
Mahal. Harga dekat RM40 lebih jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 10:12 AM | Show all posts
pemalas betul mak ayah jaman la
tau nak short cut saja
baca quran malas
harap anak menjadi orang dgn sumbat susu lembu dihembus ayat quran saja
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 10:12 AM | Show all posts
True-X posted on 6-1-2014 10:09 AM
Kl dah industrial scale nyer pengeluaran..mcmmane dia bacaakan 30 juzuk tuh?..

hmmm...ye xye jgk kn,,,camane 2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2014 10:16 AM | Show all posts
dlm kilang pasang mp3 quran on endless loop barangkali
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
jahcomel posted on 6-1-2014 10:12 AM
hmmm...ye xye jgk kn,,,camane 2

Adekah ade aoeg ustaz bacakan 30 juzuk kt tong drum besor kt kilang atau setiap tin ade org bacaakan?..larat ke nk bacakan setiap tin?..ke ade radio time pengeluaran yg bace sampai 30 juzuk?

Sorila...ak I agak skeptikel...usaha kuarkan susu tempatan tuh dh bagus..tp bile dia cakap pasal 30 juzuk tuh aku dh rase sumthing wrong daaa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2014 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat aku komen makcik2 pasal air anugerah...katenyer hanye org muslim je boleh guna...kl org kapir pegang..dh ilang khasiat..sbb ade bacaan 30 juzuk.

Hahaha..sungguh x relevan nyer..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 10:18 AM | Show all posts
Yang ni la kawan aku dok iklankan kat fesbuk tiap-tiap hari. Produk jual agama lagi la ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 10:19 AM | Show all posts
simpanan die 1 juta

kau ade?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 10:19 AM | Show all posts
lembu tu masuk UMNO jadi bumiputera
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 10:20 AM | Show all posts
True-X posted on 6-1-2014 10:16 AM
Adekah ade aoeg ustaz bacakan 30 juzuk kt tong drum besor kt kilang atau setiap tin ade org bacaak ...

nk tgelak.......kdg2 tpikir gak leh ke ayat2 al quran ni diniagakn swenang2nye...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 10:21 AM | Show all posts
hzln posted on 6-1-2014 10:16 AM
dlm kilang pasang mp3 quran on endless loop barangkali

cam 2 ke kak...psg mp3...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
hzln posted on 6-1-2014 10:16 AM
dlm kilang pasang mp3 quran on endless loop barangkali

Teringin gak nk tauw proses pembacaan quran 30 juzuk tuh...ilangkan skeptikel aku ni...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 10:29 AM | Show all posts
hzln posted on 6-1-2014 10:12 AM
pemalas betul mak ayah jaman la
tau nak short cut saja
baca quran malas

LIKE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2014 10:34 AM | Show all posts
30 juzuk tu patut dibacakan oleh parent kpd anak sambil susukan anak tu

klu boleh habiskan 30 juzuk sblm beranak itu lg bgs

bukan bacakan 30 juzuk dr kilang pastu parent solat pon tak berapa

mana afdal tu? ummah melayu

patut tulis kat tin susu tu jdla ibubapa yg bertaqwa dan perdengarkan bacaan quran utk anak pon lg ok

ni klu dgr kat UAI mau dia mengata lg power
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 10:41 AM | Show all posts
mybluegetz posted on 6-1-2014 10:34 AM
30 juzuk tu patut dibacakan oleh parent kpd anak sambil susukan anak tu

klu boleh habiskan 30 juz ...

kalu UAI kuarkn ayt power y puaka baru akak ni mnangis 40hari 40mlm..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 10:48 AM | Show all posts
pehhhhh ala ala holy milk ka ni?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 10:50 AM | Show all posts
mybluegetz posted on 6-1-2014 10:34 AM
30 juzuk tu patut dibacakan oleh parent kpd anak sambil susukan anak tu

klu boleh habiskan 30 juz ...

kalau ikut konsep ni.. patutnya dia pn bacakan quran tanpa henti kearah kilang2 & logistik yg ada dlm company dia.
baru la berkat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.314123 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list