Belia Melayu mudah diperalat'
Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM [email protected]
KUALA LUMPUR 2 Jan. - Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang kecewa melihat anak muda Melayu cukup mudah diperalatkan oleh pihak tertentu untuk menjayakan perhimpunan haram.
Keng Liang berkata, pemerhatian mendapati dalam setiap perhimpunan haram termasuk Himpunan Guling Kerajaan di Dataran Merdeka kelmarin, kehadiran anak muda Melayu melebihi 90 peratus.
Tegasnya, kehadiran anak muda kaum lain dalam perhimpunan sedemikian adalah sangat rendah iaitu di sekitar 500 orang bagi jumlah kehadiran 10,000.
"Dalam siri perhimpunan haram di ibu negara, anak muda Melayu didapati menjadi benteng hadapan.Ini satu trend yang tidak bagus, kenapa mereka ini terlalu mudah dipergunakan," katanya yang dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Keng Liang menasihatkan anak muda Melayu yang berminat dengan politik supaya lebih cerdik dalam apa jua tindakan.
Katanya, anak muda Melayu perlu sedar jika ditangkap pihak berkuasa, pihak yang mempergunakan mereka akan lepas tangan.
"Mereka kena cerdik, nak main politik janganlah sampai dipergunakan pihak yang mempunyai agenda peribadi.
"Maaf cakap, anak muda bangsa lain lebih tahu apa yang lebih penting untuk masa depan mereka," katanya.
Dalam pada itu, Keng Liang menjelaskan bahawa teguran dan kritikan yang dibuat terhadap anak muda Melayu tidak bermaksud beliau bersikap perkauman.
"Saya menegur kerana menganggap anak muda Melayu sebagai keluarga besar saya sebagaimana kaum-kaum lain.
"Jika ada orang yang mahu saya berjuang dan ambil tahu tentang bangsa Cina sahaja, itulah orang yang sebenarnya rasis," tegasnya. Last edited by zidane_ziege on 3-1-2014 09:36 AM
"Ini bukan soal kaum. Tapi hakikat majoriti demo adalah anak-anak Melayu. Yang lain semua bukan tak berjuang untuk negara…tapi tak rela diperalat. Kalau tak percaya, lihat saja berapa ramai adik-adik kaum Cina/India yang datang malam ini untuk demo? Mereka semua kat cinema, supermarket, dan lain-lain. Cerdiklah.
"Saya bukan rasis. Saya sedih lihat anak- anak Melayu diperalat untuk buat demo jalan pembangkang. Pernah nampak kaum lain? Fikirkanlah masa depan anda. Selalu dalam demo jalan, yang kena tangkap majoriti kaum Melayu. Kenapa adik-adik perlu diperguna? Pernah nampak adik-adik kaum Cina?"'
Itulah yang dicoretkan Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang dalam Twitter pada malam sambutan tahun baharu bagi mengulas Himpunan Guling Kerajaan di Dataran Merdeka.
Mungkin ada orang Melayu yang akan terasa dengan kenyataan ini tetapi apa yang beliau katakan adalah satu fakta yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa sahaja.
Renung, lihat dan kajilah siapakah yang paling ramai turun ke jalanan pada malam tersebut kononnya atas alasan bagi membantah kenaikan kos sara hidup. Sudah pasti jawapan yang kita dapati ialah anak Melayu.
Apa yang mengecewakan sebahagian besar mereka dikenal pasti sebagai penuntut institusi pengajian tinggi (IPT). Ada yang berjubah, bertudung labuh dan berpurdah tetapi sanggup berembun pukul 1-2 pagi bersama-sama kaum lelaki kononnya atas nama perjuangan.
Kehadiran ribuan anak Melayu pada malam tersebut yang turut dihadiri oleh beberapa pemimpin pembangkang sudah membuktikan kata-kata Keng Liang bahawa anak Melayu sememangnya mudah diperalatkan atau dalam bahasa kasar diperbodohkan.
Salah satu kumpulan yang menganjurkan perhimpunan dengan bangga menulis dalam Facebook mereka bahawa perhimpunan haram itu mencapai kejayaan. Ya, betul memang ia mencapai kejayaan, tetapi bagaimanakah kejayaan tersebut diukur?
Apakah ia dianggap satu kejayaan apabila mereka yang berarak menyusahkan pengguna jalan raya lain? Apakah ia diiktiraf satu kejayaan apabila penunjuk perasaan merempuh hadangan polis? Apakah ia satu kejayaan apabila peserta demonstrasi bertindak biadab mengganggu konsert tahun baharu yang dihadiri oleh ribuan orang awam yang tidak mahu terlibat dalam demonstrasi tersebut?
Apakah ia satu kejayaan apabila anak- anak Melayu diperbodohkan untuk berkumpul beramai-ramai terpekik terlolong memaki kerajaan di jalanan serta menunjukkan isyarat lucah?
Kalau tindakan-tindakan itulah dianggap satu kejayaan, ternyatalah puak-puak tersebut sememangnya satu kelompok yang tidak bertanggungjawab, tidak bertamadun, berfikiran jumud dan bangga tidak kena tempat.
Sejak awal lagi, sudah banyak pihak melahirkan kebimbangan bahawa perhimpunan haram itu tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat sebaliknya hanya akan membawa kemudaratan, apatah lagi ia dilakukan ketika ambang tahun baharu 2014.
Kebimbangan itu menjadi kenyataan berikutan apa yang berlaku. Oleh itu, pihak yang menganjurkan perhimpunan haram tersebut harus bertanggungjawab dan bersedia menghadapi tindakan tegas hasil siasatan yang akan dijalankan oleh pihak berkuasa.
Ia memandangkan pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat sudah cukup bertolak ansur apabila membenarkan peserta demonstrasi memasuki kawasan Dataran Merdeka, tetapi ternyata kebaikan itu dibalas dengan kebiadaban. Justeru sekarang bukanlah lagi masa untuk berkompromi.
Mereka yang bertanggungjawab mencetuskan kekacauan pada malam tersebut sehingga memungkinkan konsert di Dataran Merdeka dibatalkan harus dibawa ke muka pengadilan. Pedulikan apa juga yang hendak dikatakan oleh puak pembangkang dan sekutunya termasuklah Majlis Peguam.
Kalau mahu bercakap soal hak asasi, penganjur dan peserta demonstrasi pada malam itu sudah pun melakukan pencabulan terhadap hak tersebut apabila mengganggu ketenteraman orang lain.
Dalam soal penyertaan anak-anak Melayu ini, ia hakikatnya bukanlah satu yang luar biasa atau menghairankan sememangnya pakatan pembangkang amat memahami kumpulan itu paling mudah dipengaruhi untuk turun ke jalanan.
Bantahan terhadap kos sara hidup melalui fakta yang diputar belitkan adalah helah pembangkang untuk memastikan budaya demonstrasi yang dipelopori oleh mereka berterusan.
Pembangkang memahami jika bantahan itu mahu dilakukan melalui pentas-pentas ceramah ia tidak akan berjaya kerana jumlah hadirin ke ceramah mereka sudah tidak sehebat dulu lagi.
Justeru demonstrasi jalanan adalah cara terbaik kerana mengetahui sebahagian anak Melayu memang suka seumpama itu untuk berseronok.
Sudah pastilah dalam memperkatakan hal ini, 'sekalung tahniah untuk Pas' kerana sekali lagi menjadi parti yang paling setia mengerahkan ahli dan penyokongnya untuk turun ke jalanan.
Begitu mudah sekali ahli dan penyokong Pas diperbodohkan untuk menyertai perhimpunan haram itu dengan diiringi oleh pula oleh beberapa pemimpin parti tersebut.
Kita tidak menafikan ada juga ahli PKR yang menyertainya tetapi berapa ramai? Bagaimana dengan DAP, apakah mereka juga begitu gigih membuat seruan supaya ahli dan berapa ramai penyokong mereka menghadiri perhimpunan itu? Sudah pasti tidak!.
Ini kerana mereka tahu Pas akan mampu mengerahkan ahli dan penyokong parti itu memandangkan mereka adalah kelompok yang kononnya setia kepada arahan parti.
Sekali lagi, Pas diperalatkan untuk memuaskan nafsu politik PKR dan DAP. Di negeri-negeri yang diperintah oleh PKR dan DAP, tiada demonstrasi sebaliknya ia diserikan dengan konsert dan pertunjukan bunga api, tetapi di Kuala Lumpur, ahli dan penyokong 'diperkudakan' untuk menyertai perhimpunan haram. Demikianlah 'kejahilan' Pas dalam berpolitik dan setia membuta tuli dalam pakatan pembangkang.
Bagaimanapun sama ada teguran mengenai penglibatan anak Melayu ini dibuat oleh Keng Liang atau sesiapa sahaja, ia sudah pasti tidak akan diterima oleh puak-puak yang turun ke jalanan pada malam tersebut.
Sebaliknya, mereka berbangga kerana dapat memaki hamun kerajaan, dapat merempuh hadangan polis dan mengganggu konsert tahun baharu. Malah mereka juga ketawa riang apabila melihat kebiadaban seorang lelaki India memukul poster wajah Perdana Menteri.
'Tahniahlah' kepada pemimpin-pemimpin pembangkang yang berjaya memiliki penyokong-penyokong taksub seumpama itu yang sudah tidak mampu lagi menilai kesan sesuatu perbuatan akibat dipengaruhi oleh politik kebencian yang dicetuskan oleh pembangkang.
Namun dalam masa sama, kita yakin majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian mengutuk perbuatan penunjuk perasaan pada malam tersebut manakala majoriti orang Melayu berasa kecewa kerana sekali lagi melihat anak-anak Melayu begitu mudah diperalatkan untuk melakukan kerja bodoh, diperbodohkan dan memperbodohkan diri.
pegi mall dgn cinema baru cerdik..tp kalo pegi library lg cerdik kot
tgok la di konsert konsert
mcm konsert metallica
linkin park
sambutan tahun baru
semuanya remaja2 melayu aje yg pegi
belia cina? sibuk kerja, takde masa buat kerja kejra lagha mcm belia remaja melayu yg takde wawasan
mat rempit mmg mudah diperalat utk jadi macai umngok, dpt upah 10 hengget nasik sebungkus pun dah ok
tukang kacau buat bising kat ceramah orang, baling batu kat keta/bas orang, sertai demo merepek2 (tapi lindung muka balik manila kad)
putri umngok pun apa kurangnya
diangkut naik lori macam lembu pun mereka dah gembira sangat
memang betul apa yg cina ni cakap
belia cina mana bulih mca nak peralat
kena boo lagi ada
are u ready for bn pun depa dengan semangatnya jawab NOOOOOOOOOOO