Remaja keluar rumah kerana merajuk ditemui selamat
Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
PERMATANG PAUH 28 Nov. - Seorang remaja lelaki, Muhamad Amirul Wagiman, 13, yang keluar daripada rumahnya sejak Isnin lalu, gara-gara merajuk kerana dimarahi ibunya ditemui selamat, kira-kira tiga kilometer dari rumahnya di Taman Janggus dekat sini tengah malam tadi. Ibunya, Wan Mas Megat Jaafar berkata, anaknya itu ditemui dalam keadaan lemah di Masjid Permatang Janggus, pukul 12 tengah malam setelah berjalan kaki lebih 20 kilometer ke Bandar Perda dan tidur di merata tempat termasuk di taman permainan. - UTUSAN ONLINE
|