CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13807|Reply: 93

Saraf Suara Bengkak, Fara Fauzana Diarahkan Berehat

[Copy link]
Post time 25-10-2013 07:31 AM | Show all posts |Read mode
Jumaat Oktober 25, 2013

Oleh NIEZAM ABDULLAH (Twitter: @niezamabdullah)


Aksi menarik Fara di tengah Lautan Hindi ketika bercuti ke Maldives pada 18 Oktober lalu.


PETALING JAYA:
Pengacara Nona yang juga penyampai radio Media Prima Berhad iaitu Fara Fauzana diarahkan untuk bercuti daripada bertugas sebagai deejay selepas mengalami masalah suara sejak awal Oktober ini.

Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, 33, berkata, dia mengalami masalah yang dikenali sebagai gangguan ‘saraf vokal’ membuatkan suaranya menjadi serak dan kasar.

“Masalah ini sudah lama berlaku dan ia semakin serius sejak kebelakangan ini. Ketika mendapatkan rawatan, doktor menasihati saya untuk bercuti selain kurangkan bercakap agar masalah berkenaan tidak bertambah serius,” katanya kepada mStar Online.

Fara memberitahu, dia mendapat cuti sakit dari 9 sehingga 23 Oktober dan seterusnya menyambung cuti tahunan sehingga Ahad ini.

Jelas Fara, pakar perubatan yang ditemuinya memberitahu terdapat jangkitan pada bahagian kerongkongnya sehingga kadangkala sukar untuk dia ‘mengeluarkan’ suara ketika berkomunikasi.




Kata Fara, selain bergelar deejay dan juga pengacara, dia banyak melakukan aktiviti menggunakan suaranya selepas waktu bekerja seperti melakukan rakaman ‘Panggilan Hangit’ dan juga juru acara majlis-majlis tertentu.

“Doktor kata penggunaan suara saya melebihi waktu kerja menyebabkan saya mengalami masalah saraf vokal ini tetapi ia tidak begitu serius sebaliknya saya perlu melakukan terapi dalam tempoh yang ditetapkan.

“Yalah... selama ni kalau saya bercuti kerja di Hot FM, saya bekerja pula di TV. Jadi, saya banyak menggunakan suara,” katanya.

Selain kurangkan bercakap Fara juga mengelak mengambil minuman bergas serta makanan-makanan pedas agar penyakit berkenaan tidak terus berpanjangan.



Credits: mstar.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2013 07:35 AM | Show all posts
dh pndi menyeksi si fafau ni...cam x sesuai jek...
penah aku dgr sore dia tenggelam timbul...dlm nona x silap...dh mcm mengganggu plak
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 07:37 AM | Show all posts
aku tak suke dia nampak KEWANITAAN sangat...sebab nampak macam bapuk je...

sorry fafau...

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 07:40 AM | Show all posts
patutla, tertengok nona berapa minggu lepas...teruk benar suara dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 07:47 AM | Show all posts
bluecrystal posted on 25-10-2013 07:40 AM
patutla, tertengok nona berapa minggu lepas...teruk benar suara dia

seronokla si neelopak ada reason nak jadi hos utama nona untuk beberapa minggu..haha
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 07:51 AM | Show all posts
tk sesuai pakai baju seksi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2013 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Perut boroi la pulopppp
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga cet sembuh ye fafau... N pls stop mengacara nona...
Xsesuai lnsung..
Lopak pon sm...jgn menyemk kt nona..
Semenjk lopk jd pengacar..xtgk lnsg dah nona...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2013 08:31 AM | Show all posts
Seksi juga body papau ni....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 08:33 AM | Show all posts
nak suruh dia diam tu....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 08:33 AM | Show all posts
Insurance..insurance..insurance..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 08:33 AM | Show all posts
eh tiba2
mcm neelofa plak


Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 08:35 AM | Show all posts
Insurans dh matang terus declare bengkak saraf.. brilliant!
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 08:40 AM | Show all posts
elok je berehat farah,
dah lama kerja tanpa henti katanya..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 08:41 AM | Show all posts
aku x penah suke cara dia bcakap baik dj or pgacara, bagus lagi cara dj or pengantara tv/radio rtm. org2 popular ni asal rasa nak jerit, dia jerit. kdg2 bagi info basic pun x betol. eg mcm fafau n dj era. skdar dgr suke2 bole la. bab ilmu zero
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 08:42 AM | Show all posts
cruz2 posted on 25-10-2013 08:33 AM
Insurance..insurance..insurance..

kan. aritu kata dah insurance suara. p la claim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2013 08:43 AM | Show all posts
tough nye badan fafau..dh mcm wanita jadian
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 09:02 AM | Show all posts
better rehat je fafau, suara pon serak sgt da tu....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 09:08 AM | Show all posts
patot la sora die serak2 kasar...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2013 09:18 AM | Show all posts
alhamdulillah.....selamat berehat ya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.076836 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list