View: 6594|Reply: 51
|
[Dunia]
Asteroid diramal langgar bumi 19 tahun lagi
[Copy link]
|
|
Kesan letupan 125,000 kali lebih dahsyat daripada bom atom Nagasaki
MIAMI: Pakar astronomi berkata, sebuah asteroid dengan ukuran 410 meter panjang, dikenali 2013 Tv135, akan melintasi atau mungkin menghentam Bumi pada 26 Ogos 2032.
Asteroid itu dikesan bergerak melalui buruj zirafah oleh saintis di Pusat Pemantau Astrofizik Crimea di selatan Ukraine minggu lalu.
“Saya sedang memantau buruj zirafah. Pemerhatian kali pertama menunjukkan ia bergerak dengan cepat dan agak hampir dengan Bumi,” kata pakar kaji bintang Gennady Borisov yang menambah 2013 Tv135 berada pada kedudukan 6.8 juta kilometer dari Bumi, Rabu lalu.
Pakar kaji bintang di Itali, Sepanyol, Britain dan Russia juga sudah mengesahkan kehadiran asteroid terbabit dan ia dimasukkan ke dalam senarai asteroid berbahaya Pusat Planet Kecil Kesatuan Astronomi Antarabangsa.
Jika ia menghentam Bumi, asteroid terbabit akan menyebabkan letupan yang sama kuat dengan 2,500 megatonm 50 kali lebih besar daripada bom nuklear paling kuat pernah digunakan atau 125,000 kali lebih besar daripada bom atom yang pernah digugur di Nagasaki pada Perang Dunia Kedua.
Sementara itu, Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) berkata kemungkinan untuk 2013 Tv135 terhempas ke Bumi adalah amat kecil, Pengurus Projek Objek Menghampiri Bumi (NEOP) yang ditadbir NASA, Don Yeomans berkata 2013 TV135 pakar astronomi Cremia di Ukraine 8 Oktober lalu dan hanya mempunyai masa kira-kira seminggu untuk membuat kajian.
“Mereka menganggarkan kemungkinan ia ‘menghentam Bumi’ adalah satu nisbah 63,000, bermakna kemungkinan untuk 2013 Tv135 tidak jatuh di Bumi ialah 99.998 peratus. Namun kemungkinan 0.02 peratus itu masih membimbangkan,” katanya.
Beliau berkata saiz asteroid itu adalah amat besar dan untuk mengukur objek di langit gelap memang sukar. Namun NEOP menganggarkan lebar 2013 Tv135 adalah antara 200 hingga 800 meter.
“Untuk sebuah asteroid, saiz ini adalah amat besar,” katanya.
Ia juga mencorong Timbalan Perdana Menteri Russia Dmitry Rogozin untuk mengumumkan di laman Twitter bahawa asteroid terbabit akan ‘memberi cabaran besar kepada industri angkasa lepas kebangsaan.
NEOP yang juga dikenali sebagai ‘pengawal angkasa lepas’ bertanggungjawab mengesan asteroid dan komet yang melintas hampir dengan Bumi untuk mengenal pasti sama ada ia boleh menyebabkan ancaman. Asteroid 2013 Tv135 adalah objek ke 10,332 yang dikesan menghampiri Bumi setakat ini. - REUTERS/AGENSI
|
|
|
|
|
|
|
|
adakah sepertii filem2 hollywood impaknye?deep impact,2012,armageddon?? |
|
|
|
|
|
|
|
berapa banyak daaaa asteroid nak hentam bumi nie .... |
|
|
|
|
|
|
|
tgh pg tadi tgj cerita Deep Impact kat Kix tv...mengalir air mata aku..sedih..gerun...trbayangkan ahli keluarga..
hahaha... |
|
|
|
|
|
|
|
Hadoiiiiii bnyk betol asteroid nk hentam bumi......
|
|
|
|
|
|
|
|
giliran aku p haji 2063.....harap ada rezki pegi awal seblom 2032ni
penah terbaca 1 artikel dlu yg meramal kiamat akn berlaku pada 2063... hampir selaras dengan artikel kat atas ni |
|
|
|
|
|
|
|
aikk... bukan ke minggu lepas cakap nak hentam bumi tahun 2880? dah dipercepatkan plak... bukannya kita dpt buat ape2 pon atau lari ke planet lain...
|
|
|
|
|
|
|
|
semua pakat jadi ahli nujum... ramal impact 19 tahun lagi la 25 tahun lagi la. even malaikat israfil pun tak tau bila kiamat. apa la sangat kita yg jenis langgar hukum Allah memanjang. |
|
|
|
|
|
|
|
The day will come eventually. X sempat umur cecah 50 lg klu betul. Nak melancong la klu gini. |
|
|
|
|
|
|
|
sampai ke spesifik hari dalan bulan tu pon kau dapat ramalkan ye? menarik gak ni. macam mana dia buat kira2? |
|
|
|
|
|
|
|
Minggu lps juga katanya uni di crimea state ni takde qualify.
Tapi kalau astroid besar 400meter diameter tu boleh hantar bruce willis utk split it kpd size lbih kecil. So that impaknya akan menjadi lebih kecil. |
|
|
|
|
|
|
|
Beliau berkata saiz asteroid itu adalah amat besar dan untuk mengukur objek di langit gelap memang sukar. Namun NEOP menganggarkan lebar 2013 Tv135 adalah antara 200 hingga 800 meter.
kira2 sebesar kolam renang olimpik,sebagai info ,...ada perbezaan jika ia dikatakan asteroid dan meteoriod
asteriod = kadangkala dipanggil planet kecil atau planetoid, Secara umumnya, asteroid adalah batu yang tidak mempunyai atmosfera, walaupun begitu ada juga yang mempunyai kandungan logam yang tinggi. Malah beberapa asteroid mempunyai bulan mereka sendiri.
sementara meteoriod = yang biasa kita sebut tahik bintang ( yang bukan najiss) terhempas,apa2 objek yang memasuki ruang atmosphere apa2 objek lain yang berjaya terhempas ke permukaannya dengan selamat. Dengan kata lain meteorite bermula daripada batuan-batuan atau serpihan-serpiahan yang terapung di angkas lepas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
haZelEyEz posted on 20-10-2013 10:05 PM
tgh pg tadi tgj cerita Deep Impact kat Kix tv...mengalir air mata aku..sedih..gerun...trbayangkan ah ...
Terbukti Hollywood berjaya lagi menipu seorang insan.
|
|
|
|
|
|
|
|
bluezink posted on 20-10-2013 11:56 PM
kira2 sebesar kolam renang olimpik,sebagai info ,...ada perbezaan jika ia dikatakan asteroid dan m ...
Jangan bimbang, dunia ada Amerika aka pelindung dunia. Merekalah yang memiliki segala senjata canggih tahap dewa selain superhero-superhero depa yang cuma menunggu masa untuk menyelamatkan bumi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sooner or later bumi ni akan musnah jua
Sama dgn planet2 & all the galaxy
Cuba tunjuk kat aku apa bnda kat dunia ni yg kekal selama2nya
Nothing
Islam dah sebut bnda ni sejak 1000 tahun dulu
Makin moden dunia makin jelas faktanya
Cuma tuhan dah cakap time dia adalah rahsia
Sapa2 yg cakap dia tahu bila bumi ni musnah adalah pembohong
Mungkin esok.. mungkin seribu tahun lg
Till then... life goes on
|
|
|
|
|
|
|
|
Eloknya asteroid nie hentam jer tempat org yg selalu buat onar, racist, suka menghina org, songlap duit rakyat dsb. |
|
|
|
|
|
|
|
Muntz posted on 21-10-2013 01:02 AM
Eloknya asteroid nie hentam jer tempat org yg selalu buat onar, racist, suka menghina org, songlap d ...
sarawak la kena hantam la kalau cam tu....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|