View: 49551|Reply: 24
|
Qistina, Zaquan, Najwa, Balqis & Haikal antara NAMA2 YG DILARANG DLM ISLAM
[Copy link]
|
|
NAMA-NAMA YANG DILARANG DALAM ISLAM▐
Sila ►SHARE
Memang ramai yang suka menggabungkan nama suami dan isteri tetapi adakah ia menghasilkan makna yang baik? Ketahuilah nama juga merupakan gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang.
Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama ‘zana’, bunyinya sedap sekali tapi maknanya ‘berzina’ atau pun nama ‘wati’ yang bererti ‘bersetubuh’. Jadi elakkanlah menggunakan nama-nama tersebut.
Di dalam perawatan Islam juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan untuk diberikan kepada putera-puteri anda kerana maknanya yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari. Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya :
1. Balqis – ketua jin
2. Qistina/Kistina – penghulu jin
3. Najwa – bisikan
4. Zaqwan/Zaquan – anak jin
5. Haikal/Haiqal – tengkorak
6. Badrisha/Badlisha/Herisha
[Nama-Nama Yang Dilarang Dalam Islam]
Berikut adalah sebahagian daripada nama-nama lain dalam Islam yang harus dielakkan dan dihindari bagi menamakan bayi anda :
A
Abiqah Hamba yang lari dari tuannya
Abkam Tidak celik, buta
Afinah Yang bodoh
Amah Hamba suruhan perempuan
Asiah Wanita yang derhaka
Asyar Paling jahat
Asyirah Yang tidak bersyukur atas nikmat
Aznie Aku berzina
B
Baghiah Yang zalim, jahat
Bahimah Binatang
Bakiah Yang menangis, merengek
Balidah Yang bodoh, bebal
Baqarah Lembu Betina
Batilah Yang batil, tidak benar
D
Dabbah Binatang
Dahisyah Goncang, stress
Dahriyah Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dami’ah Yang mengalir air matanya
Daniyah Yang lemah dan hina
Darakah Kedudukan yang rendah
F
Faji’ah Kecelakaan
Fajirah Yang jahat, yang berdosa
Fasidah Yang rosak, yang binasa
Fasiqah Yang jahat, si fasik
Fasyilah Gagal, kalah
G
Ghafilah Yang lalai, yang leka
Ghaibah Hilang
Ghailah Kecelakaan, bencana
Ghamitah Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghasibah Perampas, perompak
Ghawiah Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
H
Haqidah Yang dengki
Hasidah Yang hasad
Hazinah Yang sedih
Huzn Kesedihan
J
Jafiah Yang tidak suka berkawan
Jariah Hamba suruhan perempuan
K
Kafirah Yang kafir, yang ingkar
Kaibah Yang sedih
Kamidah Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah Pendusta, pembohong
Khabithah Yang jahat, yang keji
Khali’ah Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khamrah Arak
Khasirah Yang rugi
Khati’ah Yang bersalah, yang berdosa
L
Laghiah Sia-sia, tidak berfaedah
Lahab Bara api
Lahifah Yang sedih, menyesal dan dizalimi
La’imah Yang tercela
Lainah Yang terkutuk
M
Majinah Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah Agama menyembah api atau matahari
Maridah Yang menderhaka
Munafikah Yang munafik
Musibah Celaka, bencana, kemalangan
N
Najisah Yang najis dan kotor
Nariah Api
Nasyizah Yang menderhaka dan melawan suami
Q
Qabihah Yang buruk, hodoh
Qasitah Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qatilah Pembunuh
Qazurah Kejahatan, perzinaan
R
Rajimah Yang direjam, yang dilaknat
Razani Kepala zakar lelaki
Razi’ah Kecelakaan, musibah
Razilah Yang keji dan hina
S
Safih Insan Manusia bodoh
Safilah Yang rendah dan hina
Sahiah Yang pelupa
Sharrul / Sharru Jahat
Sakirah Pemabuk
Sakitah Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Syafihah Yang bodoh
Syani’ah Yang buruk
Syaqiyah Yang menderita
Syaridah Yang diusir
Syariqah Pencuri
Syarisah Yang buruk akhlak
Syarrul Bariyyah Sejahat-jahat manusia
Syatimah Maki hamun
T
Tafihah Karut
Talifah Yang rosak, yang binasa
Talihah Yang tidak baik
Tarbiyah Yang papa kedana
Tarikah Anak dara tua
W
Wahiah Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wahimah Yang lemah
Wahinah Penakut
Wailah Bencana, keburukan
Wajilah Penakut
Waqi’ah Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Waqihah Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah Yang kotor
Wasyiah Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wati/Waty Nama Hindu/tiada makna
Wathy / Wathi Bersetubuh
Y
Yabisah Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Yaisah Yang berputus asa
Z
Zalijah Kebinasaan
Zalilah Yang hina
Zalimah Yang zalim
Zaniyah Penzina, pelacur
Zufafah Racun pembunuh
*by:iluveislam
|
|
|
|
|
|
|
|
ejaan sgt penting, contohnya .....
shahrul vs syarrul
SYAHRUL ANUAR ( klu dipisahkan jadi dua perkataan SYAHR AL-ANUAR )
شهرالانوار
SYAHRUL (SYAHR)
Perkataan asal SYAHR (ش Shin, ه Ha’, ر Ra’) bermaksud BULAN ( yang dalam kalendar/Taqwim )
Bukan bulan yang malam2 kita nampak tu(tu namanya QAMAR, tu yang ada nama Kamarul)
Bagaimana ada RUL dihujung perkataan SYAHR itu? kerana huruf RA’ itu berbaris depan dan bersambung dengan alif lam perkataan seterusnya. Kalau SYAHRUL sahaja tanpa ada perkataan selepasnya, kaedah bahasanya salah.
ANUAR(AL-ANWAR)
Asal perkatan ”single” ini adalah NUR (bermaksud cahaya
@menerangi) , tapi ”plural”@kata jamak nya ANUAR.
Bunyinya AN WAR. bukan ANU WAR. dan tiada dengung ye! 
Alif dan Lam pada awal nya diletakkan kerana sesuai ngan kaedah bahasa arab, namun kerana perkataan ini bersambung, maka tiada bunyi AL tetapi RUL dari perkataan SYAHRUL.
AL bermaksud ”yang” atau ”the”, so kat sini maknanya bulan yang bercahaya.
So, nama Syahrul Anuar menepati nama dlm kaedah bahasa n indah dalam Islam.
SHAHRUL / SYAHRUL / CHAHROUL
ANWAR / ANUWAR / ANUAR / ANOUAR
JANGAN eja SYAHRUL ANUAR dlm arab mcm ini – شهرول انوار
sejahat-jahat tu syarrun bukan syahrun |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 29-9-2013 01:55 AM 
asiah? ni nama isteri firaun yg taat pada Allah?
Ibn Umar berkata: “Anak perempuan Umar dinamakan dengan nama ‘Asiah (wanita yang derhaka), lalu dinamakan oleh Rasulullah SAW dengan Jamilah (cantik).” (riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah).
Disunatkan mengubah nama yang buruk atau yang tidak baik kerana Nabi SAW telah melakukannya kepada para sahabat baginda, di mana Rasulullah SAW pernah menukar nama seorang yang bernama Abdul Hajar (hamba batu) kepada Abdullah. Ada yang bernama ‘Asi (yang derhaka) lalu ditukar kepada Muti’ (yang taat).
Aishah r.a berkata: “Rasulullah telah menukar nama-nama yang buruk.” (riwayat Tirmidzi).”
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sabda Rasulullah SAW : “Kamu sekalian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka hendaklah kamu memperelokkan nama kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud r.a.). |
|
|
|
|
|
|
|
harizs posted on 29-9-2013 02:18 AM 
Ibn Umar berkata: “Anak perempuan Umar dinamakan dengan nama ‘Asiah (wanita yang derhaka), lalu ...
masih berjaga saudara? wow.
qistina ni banyak...
i just like these two names
safiyyah
tariq
tariq ni kawan i cakap makna jalan....ye ke
i like that name coz i like the name tariq bin ziyad...jabal tariq = bukit tariq= gibraltar ... |
|
|
|
|
|
|
|
Budak sek aku dulu ada nama razani..baru la ni ku tahu makna nama dia 
nama byk ikut trend..masa2 kawan yg lebih tua dulu beranak ramai yg letak qistina, batrisya..trending nama tu time depa beranak..katanya  |
|
|
|
|
|
|
|
skrg nama diletak ikut sedap mulut sebut...bukan ikut sedap maksud |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 29-9-2013 01:55 AM 
asiah? ni nama isteri firaun yg taat pada Allah?
You are right. There's nothing wrong with this name, in fact it is a very good name in Islam
آسية
Ejaan bermula dengan Alif, Asiah /Asiyah / Asiya merupakan nama yang baik, merupakan nama seorang wanita solehah yang beriman kepada Allah, yang merupakan antara 4 wanita terunggul sepanjang zaman.
WAllahu a'lam
|
|
|
|
|
|
|
|
harizs posted on 29-9-2013 02:18 AM 
Ibn Umar berkata: “Anak perempuan Umar dinamakan dengan nama ‘Asiah (wanita yang derhaka), lalu dinamakan oleh Rasulullah SAW dengan Jamilah (cantik).” (riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah).
Hadith yang disebut di atas juga disebut dalam Sahih Muslim dengan sanad dan lafaz:
حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَمُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَعُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدٍ وَمُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ قَالُوا حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ أَخْبَرَنِي نَافِعٌ
عَنْ ابْنِ عُمَرَأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَيَّرَ اسْمَ عَاصِيَةَ وَقَالَ أَنْتِ جَمِيلَةُ قَالَ أَحْمَدُ مَكَانَ أَخْبَرَنِي عَنْ
Dari Ibnu 'Umar bahawa Rasulullah SAW mengganti nama 'Aasiyah seraya berkata, nama kamu adalah Jamilah.
Ahmad berkata dengan lafaz 'telah mengkhabarkan kepadaku dari'
(Sahih Muslim, Kitab Adab)
Di sini jelas, nama 'Aasiyah dengan permulaan huruf 'Ain diikuti dengan huruf Alif dan kemudiannya huruf Sod, membawa erti yang tidak baik.
'Aasiy = perbuatan maksiat
'Aasiyah = perempuan yang melakukan maksiat/kederhakaan
Sedangkan, nama Asiah/Asiyah dengan permulaan huruf Alif (bukan 'Ain), diikuti huruf Sin (bukan Sod), merupakan sebutan bagi nama seorang wanita yang sangat dimuliakan.
عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَلَ مِنْ الرِّجَالِ كَثِيرٌ وَلَمْ يَكْمُلْ مِنْ النِّسَاءِ غَيْرُ مَرْيَمَ بِنْتِ عِمْرَانَ وَآسِيَةَ امْرَأَةِ فِرْعَوْنَ وَإِنَّ فَضْلَ عَائِشَةَ عَلَى النِّسَاءِ كَفَضْلِ الثَّرِيدِ عَلَى سَائِرِ الطَّعَامِ
Dari Abu Musa berkata, Rasulullah SAW bersabda: "laki-laki yang sempurna itu banyak, sedangkan perempuan yang sempurna itu adalah Maryam binti Imran dan Asiah isteri Fir'aun. Dan sesungguhnya keutamaan Aisyah di antara kaum wanita yang lain adalah seperti keunggulan tharid (bubur) di banding dengan makanan yang lain."
(Sahih Muslim, Kitab Keutamaan Sahabat)
Ada perbezaan sebutan antara:
عَاصِيَةَ
آسِيَةَ
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 30-9-2013 08:07 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
alieyrina posted on 29-9-2013 05:40 PM 
Budak sek aku dulu ada nama razani..baru la ni ku tahu makna nama dia
nama byk ikut trend..mas ...
Bergantung juga kepada ejaan dalam bahasa Arab...
Masalah susah nak bezakan antara huruf:
ز
ظ
ذ
..... bila ditulis dalam tulisan rumi.
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 29-9-2013 10:52 PM 
You are right. There's nothing wrong with this name, in fact it is a very good name in Islam
&# ...
well yes dear, that is what i thought...a lady mentioned by Allah in Quran - there must be some very good concrete reasons as to why this is the case , hence, i guess to bear her name would also be an honour , a good role model ( i tak suka dan benci guna word idola becoz i tak puja orang , just role model ) |
|
|
|
|
|
|
|
Salam........
pada pendapat I,tajuk thread ni misleading....
Nama-nama tersebut telah disebut oleh Ustaz Sharhan Shafie di dalam rancangan
Tanyalah Ustaz pada penghujung tahun 2011 sebagai majoriti nama-nama pesakit yang diganggu jin/datang berubat dgn beliau......
itu adalah pendapat beliau sbg seorang pengamal perubatan Islam.....bukannya nama yg dilarang terus digunakan dalam Islam...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
skrg ni ramai yg letak nama anak ikut suka, ikut sedap dengar
kesian... |
|
|
|
|
|
|
|
Harap maklum :
Haikal = Pokok yang besar dan subur,
Wati yang maksud bersetubuh tu cara sebutannya Wathi........ |
|
|
|
|
|
|
|
Maaflah yer..nak mencelah gak..
Jin/setan kalo dia nak kacau org/manusia tak de kene mengena ngan nama org yang dia nak kaco tu pon.
dah jin/setan nih jenis senang2 masuk dalam jasad manusia nama apa pon selambe jek dia masuk.
Walau pon nama Sharhan sekali pon jin tetap boleh saje mengacaunyer..hehehe
Jadi kalau aku kata sapa2 yg caya nama2 boleh menyebabkan jin suka kacau tu khurafat ade org marah tak??
bagi aku khurafat lah tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau percaya dengan sesuatu selainNYA akan jadi syirik
cuma selepas ni bila dah tau maksud nama2 tu
janganlah letak nama tu...
kesian budak2
mcm nama Haikal - org nama haikal ni selalunya degil
|
|
|
|
|
|
|
|
linda74 posted on 2-10-2013 02:59 PM 
kalau percaya dengan sesuatu selainNYA akan jadi syirik
cuma selepas ni bila dah tau maksud nama2 ...
xde kene mengena ngan nama pon, kedegilannyer tu..
cume seelok2nyer isi lah nama yg sedap maknanyer..tu pon x menjamin budak tu jadi baik..
kalo gitu apa plok ngan nama2 org belah2 eskimo,moggolia,austria,russia dan ceruk2 dunia lain..nak translate ke arab cemana?? hehehe
elbert einstein tu cemana plok?? cerdik dan genius lagi..
sikap dan sifat anak2 adelah hasil dari didikan mak bapak dan sedikit pengaruh gen/DNA yang di bawa..xde kene mengena dengan nama..
kesiannnn dengan org yg namanyer xde unsur2 arab/islam..hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
gammbir33 posted on 2-10-2013 03:41 PM 
xde kene mengena ngan nama pon, kedegilannyer tu..
cume seelok2nyer isi lah nama yg sedap maknany ...
betul tu bro
nak tanya senang ke urusan nak tukar nama?
|
|
|
|
|
|
|
|
linda74 posted on 2-10-2013 03:46 PM 
betul tu bro
nak tanya senang ke urusan nak tukar nama?
kene tanyer JPN sis, aku tak tahu..hehehe
|
|
|
|
|
|
|
| |
|