CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 15236|Reply: 57

Grand Livina baru dilancar

[Copy link]
Post time 25-9-2013 06:27 AM | Show all posts |Read mode



Kuala Lumpur: Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) melancarkan Nissan Grand Livina baru dipertingkatkan dengan penampilan lebih dinamik serta elegan tetapi dengan tanda harga berdaya saing.

Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk, Tan Keng Meng, berkata dengan tanda harga bermula serendah RM86,880 seunit atas jalan, syarikat mengunjurkan jualan 2,500 unit menjelang hujung tahun ini.
Pembeli kenderaan pelbagai guna (MPV) tujuh tempat duduk bukan nasional paling popular itu boleh menikmati pakej ansuran bulanan serendah RM599 berdasarkan harga ditawarkan itu.

50 penambahbaikan

“Kami percaya pengekalan konsep asas iaitu ‘Pemanduan seperti sedan, kemampuan seperti MPV’, selain rekaan dalaman dan luaran diperbaharui serta lebih 50 penambahbaikan ditampilkan, Grand Livina baru mampu menarik minat lebih ramai keluarga muda yang aktif,” katanya selepas majlis pelancaran model dinaik taraf itu di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Pengurus Besar Jabatan Asia dan Oceania, Nissan Motor Co Ltd, Stephanus Ardianto.

Nissan Grand Livina mula diperkenalkan ke pasaran tempatan pada Disember 2007 dan hingga kini lebih 65,000 unit sudah dijual.

Daripada sudut luaran, model dipertingkat ini tampil dengan reka bentuk bahagian hadapan dan belakang lebih segar, disempurnakan dengan rim aloi reka bentuk jejari-V, acuan pintu dan cermin sisi bersama lampu isyarat membelok LED bersepadu baru.
Kombinasi jeriji depan krom bersama panel mendatar, garis bamper hadapan agresif dan lampu utama lebih ekspresif mencipta tanggapan bahawa ia adalah MPV dinamik yang elegan.

Pada bahagian belakang, lampu diletakkan secara mendatar, sekali gus menyerlahkan pemantul belakang yang membuatkan model itu kelihatan lebih lebar dan sporty.

Selain itu, sistem Kunci Pintar Nissan (i-Key) membolehkan pemandu dan penumpang masuk tanpa perlu mengguna kunci. Malah, butang penghidup enjin turut ditawarkan.

Imej premium MPV itu diserlahkan lagi menerusi kelompok meter visi baru bersama Paparan Pelbagai-Maklumat (MID) yang melaporkan maklumat penting kenderaan seperti penggunaan bahan api dan jarak yang berbaki.

Guna enjin jimat minyak

Nissan Grand Livina baru menggunakan enjin yang terbukti menjimatkan minyak iaitu HR16DE atau MR18DE. Enjin empat silinder aluminium sepenuhnya itu kompak dan ringan, dilengkapi teknologi kawalan injap pemasaan yang menawarkan prestasi responsif, lebih lancar dan tahap penjimatan bahan api mendahului kelasnya.

Dua beg udara SRS kini menjadi ciri standard, selain Binaan Zon Badan Nissan, Stereng Boleh Lipat, Electronic Brake-force Distribution (EBD), Sistem Bantuan Brek dan Sistem Brek Anti-kekunci (ABS).

MPV itu dalam tiga varian iaitu 1.6L Manual (RM86,880), 1.6L Auto (RMRM89,880) dan 1.8L Auto (RM99,880), dengan lima pilihan warna iaitu Graphite Blue, Diamond Black, Bronze Gold, Brilliant White dan Tungsten Silver.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2013 06:28 AM | Show all posts
syukur alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2013 06:30 AM | Show all posts


ini gambar bontotnya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 06:49 AM | Show all posts
lima pilihan warna iaitu Graphite Blue, Diamond Black, Bronze Gold, Brilliant White dan Tungsten Silver


dlm ni ada 2 kaler je Bronze Gold n Brilliant White, mn 3 kaler lain tu??
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 06:51 AM | Show all posts
mana lgi bgs nissan ka protong
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 06:56 AM | Show all posts
waaaa...yang kaler gold berdiri tepi tu lagi cunnnn....deduanya cun...ironinya...dedua leh dipandu. sebab tulah kalau motorshow camni dikaitkan dengan model2 pompuan kot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2013 07:26 AM | Show all posts
Gambar yg TT tunjuk tu versi IMPUL..
Lagi satu, ni bukan Nissan Grand Livina BARU.. ni cuma FACELIFT
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeah..my fevret car. Tp lum mampu  msih naik beskal lgi ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2013 07:37 AM | Show all posts
sm jek ngan design lama...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
HUHA posted on 25-9-2013 06:30 AM
ini gambar bontotnya...

suka yg colour gold tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
kambeng_masam posted on 25-9-2013 06:56 AM
waaaa...yang kaler gold berdiri tepi tu lagi cunnnn....deduanya cun...ironinya...dedua leh dipandu.; ...

samalah konsepnya.

PICIT remote
BUKA pintu
CUCUK kunci
MASUK gear
TEKAN minyak

dan bila dah SAMPAI, matikan enjin dan KELUARKAN kunci
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 07:58 AM | Show all posts
skang orang dok giler nak masukkan NGV je.....hehehehhheheheee
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 08:01 AM | Show all posts


hodohnya bontot yg facelift ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 08:02 AM | Show all posts
problemnya enjin Livina 1.8 pun tak pick-up mcm exora CVT turbo.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 08:05 AM | Show all posts
awat la asal nak tayang kereta je kena tayang pompuan seksi sekalik. kereta jenis family-car camgini patut amik model bebudak jer, biar diorang panjat2 kereta tu kasik meriah sket.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 08:11 AM | Show all posts
ultra78 posted on 25-9-2013 02:52 AM
samalah konsepnya.

PICIT remote

hahaha....so deep.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2013 08:12 AM | Show all posts
tobby posted on 25-9-2013 03:02 AM
problemnya enjin Livina 1.8 pun tak pick-up mcm exora CVT turbo.

exora tu kena buh turbo barulah berdaya nak gerakkan body yg bulky tuh. livina chasis nya ringan...aku pakai impul livina 1,8 dulu ringan je rasa..N/A bukan turbo tau.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 08:25 AM | Show all posts
ultra78 posted on 25-9-2013 07:52 AM
samalah konsepnya.

PICIT remote

hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 08:39 AM | Show all posts
ultra78 posted on 25-9-2013 07:40 AM
suka yg colour gold tu

yg color gold tu skali bli xleh trade in dh mcm kreta

kalo dh buhsan seksok...kira "total lost" lah

duit hangusss
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 08:40 AM | Show all posts
makin ugly plak aku tgk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.227206 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list