View: 9142|Reply: 50
|
Jepp Sepah jadi Maradona
[Copy link]
|
|
Gaya bersahaja Artis Lawak Lelaki Paling Popular Anugerah Lawak Warna 2013 Jeff Sepah ketika beraksi bersama pasukan bola sepak All Stars berdepan pasukan Era FM mengundang ceria lebih 15,000 peminat yang menyaksikan perlawanan itu di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput Melaka, baru-baru ini.
Sebagai satu-satunya artis yang menganggotai pasukan terbabit, Jeff nyata tidak janggal beraksi bersama bekas pemain kebangsaan termasuk pemain legenda Datuk Soh Chin Aun berdepan lawan yang dibarisi selebriti tanah air seperti Black, Fiq, Waris, Ajak Shiro serta penyampai Era seperti Zahid, Adi dan Ray.
Gelagat Jeff menyentuh bola dengan tangan dalam kawasan penalti seperti yang pernah dilakukan bekas bintang bola sepak Argentina, Diego Maradona dalam Piala Dunia di Mexico pada 1986 turut menggamatkan stadium. Malah, tindakannya itu turut membuatkan pelawak dengan nama sebenar Mohd Nadzri Zainal Abidin ini dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan.
Jeff berkata, perlawanan anjuran stesen radio Era itu turut mengimbau kenangan ketika dia mewakili pasukan Johor dalam kejohanan Piala Nike ketika berusia 15 tahun.
![](http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.hmetro.com.my/w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/JeffSepahjadiMaradona/xpix_gal1.pagespeed.ic.QEQGNoLvxg.webp)
JEFF (enam kanan) bersama rakan sepasukan termasuk bekas penjaga gol kebangsaan, Azmi Mahmud (tiga dari kanan) dan Santokh Singh (kanan).
![](http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.hmetro.com.my/w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/JeffSepahjadiMaradona/xpix_gal2.pagespeed.ic.B8_rzcNTSH.webp)
![](http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.hmetro.com.my/w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/JeffSepahjadiMaradona/xpix_gal3.pagespeed.ic.1_1zmDiJma.webp)
“Waktu itu saya bercita-cita menjadi pemain kebangsaan. Namun, nampaknya rezeki saya bukan di situ,” katanya yang berasal dari Kluang, Johor.
Katanya, diberi peluang bermain dengan bekas bintang bola sepak negara seperti Asmawi Bakiri, Nazzab Hidzan dan Azmi Mahmud serta dibimbing legenda bola sepak negara Santokh Singh nyata pengalaman paling manis buatnya selepas bergelar artis.
“Selepas lebih enam tahun tidak bermain bola sepak, perlawanan ini benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal saya. Malah, pada mulanya saya agak gugup ketika memasuki padang tambahan melihat sokongan ribuan peminat yang hadir.
Menurutnya, walaupun tewas 2-3, dia amat teruja dengan penganjuran berkenaan berikutan berkesempatan menemui peminat dari dekat selain membentuk gaya hidup sihat dan cergas.
Pasukan Era FM di bawah yang dibimbing jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee turut diwakili pelakon Fiz Fairuz dan pemain Harimau Muda A, Irfan Fazail dan Tamil Arasu.
Turut mencuri tumpuan penyanyi Soo Wincci yang menjadi wanita tunggal beraksi untuk pasukan berkenaan.
Wincci yang turut diberi tugas sebagai penjaga gol ketika waktu rehat bagi membolehkan tiga peminat lelaki melakukan sepakan penalti untuk memenangi hadiah yang disediakan turut bertindak cemerlang menafikan sebarang gol.
Sementara itu, pengurus rancangan Era FM, Nazri Noran berkata, perlawanan itu bertujuan merapatkan peminat dengan artis, bekas pemain dan stesen radio berkenaan.
“Kita mahu menggabungkan muzik dan sukan seiring dengan pembangunan sosial masyarakat selain menyokong kepada cara dan gaya hidup sihat.
“Aktiviti ini akan diteruskan pada masa akan datang dalam memastikan selebriti juga mementingkan penjagaan kesihatan,” katanya.
Pada sebelah malamnya, peminat turut dihiburkan dengan persembahan penyanyi popular antaranya Faizal Tahir dan Najwa Latiff.
jeff ke jepp?
kopi bulat bulat dari metro online
Last edited by miawpink on 21-9-2013 08:53 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
jeff la pulak![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
lepapilon posted on 21-9-2013 08:46 AM ![](static/image/common/back.gif)
jeff la pulak
tu kopipess dari metro tanpa ubah satu perkataan pun
|
|
|
|
|
|
|
|
lepapilon posted on 21-9-2013 08:46 AM ![](static/image/common/back.gif)
jeff la pulak
dah glemer, tukar jeff la plak ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
maxim posted on 21-9-2013 08:45 AM ![](static/image/common/back.gif)
ada video x?
tak jumpa lg bideo ![](static/image/smiley/default/shy.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
tajuk di tukar
tapi isi dalam di biar kan
takut orang kompius pulak |
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 21-9-2013 08:54 AM ![](static/image/common/back.gif)
tajuk di tukar
tapi isi dalam di biar kan
takut orang kompius pulak
nasib baik maradona bukan madonna.....![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
jepp = jeff
salah eja kot ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
achik2009 posted on 21-9-2013 08:57 AM ![](static/image/common/back.gif)
nasib baik maradona bukan madonna.....
kalo madonna lagi la orang kompius
kita kena paham wartawan nk anta berita cepat tu sampai salah eja ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
fatehana posted on 21-9-2013 08:57 AM ![](static/image/common/back.gif)
jepp = jeff
salah eja kot
da glemer tukar jd jeff ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 21-9-2013 08:59 AM ![](static/image/common/back.gif)
da glemer tukar jd jeff
akak ok jer klu jepp nk tukar jd jeff
sekrg ler nk tukar br org nampak sikit perubahannya ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
fatehana posted on 21-9-2013 09:26 AM ![](static/image/common/back.gif)
akak ok jer klu jepp nk tukar jd jeff
sekrg ler nk tukar br org nampak sikit perubahannya
da tukar nama jd jeff mau ribuan gadis duk menyendeng
da la pandai main bola kan
gadis kat luar sana kan suka pemain bola
sampai bercerai berai la pemain bola ni ![](static/image/smiley/grapeman/13.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
ahhahahhaa aku dpt membayangkan kekalutan dia pegang bola dalam kotak penalti tu
hahhahaaa ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Wartawan yang spell Jeff kot , tak peka dia ni kot |
|
|
|
|
|
|
|
oh my jeppp |
|
|
|
|
|
|
|
jepp yg ngah mningkt naik...![](static/image/smiley/onion/childlike.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|