CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10807|Reply: 81

[Tempatan] Pensyarah Syiah (Mutaah dalam pejabat)

[Copy link]
Post time 19-9-2013 09:54 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Pensyarah bergelar profesor di sebuah universiti terkemuka di Lembah Klang berkahwin secara mutaah dengan pasangannya yang juga seorang pensyarah dan menjadikan bilik pejabat sebagai tempat untuk melakukan hubungan seks.

Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Dr Zamihan Md Zain, berkata pasangan pensyarah berusia 40-an itu berkahwin tiga tahun lalu sebelum dikurniakan seorang anak.

Beliau berkata, pensyarah lelaki berkenaan yang bergelar profesor adalah penganut ajaran Syiah dan berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur, berjaya mempengaruhi pasangannya untuk mengikuti ajaran itu.


Kahwin sementara

“Kedua-dua pensyarah ini bergelar profesor dan berkhidmat di sebuah universiti terkemuka di Lembah Klang. Mereka berkahwin mutaah untuk beberapa bulan dan kemudian bercerai.

“Inilah yang kita bimbang jika tidak ada satu kawalan atau undang-undang tegas mengekang penyebaran fahaman Syiah.

“Golongan cerdik pandai bertaraf profesor pun boleh terpengaruh apatah lagi kalau mereka yang cetek pengetahuan agama.
“Sebab itu kita perlukan satu undang-undang yang tegas. Ajaran Syiah dan kahwin mutaah ini boleh menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Zamihan berkata, undang-undang yang tegas diperlukan bagi menyekat penyebaran fahaman itu kerana lebih 200,000 warga Iran berada di negara ini setiap tahun termasuk pelajar.

Berdasarkan statistik tahun lalu, seramai 17,000 pelajar Iran melanjutkan pengajian di negara ini, 38,000 bermastautin secara sementara dan 150,000 lagi masuk sebagai pelancong.


Penyebaran secara senyap

Katanya, angka itu tidak termasuk warga Iraq serta beberapa negara lain yang turut mengamalkan Syiah masuk ke negara ini dan dibimbangi ia akan menyebarkan fahaman itu secara senyap kepada rakyat tempatan.

“Mereka dikesan turut menyebarkan fahaman itu di negara ini dan empat universiti awam menjadi lokasi kepada penyebaran fahaman ini membabitkan pensyarah dan juga pelajar.

“Julai lalu ulama Syiah dari Iran turut ke negara ini untuk bertemu penganut fahaman itu dan lebih malang lagi mereka turut mendapat sokongan beberapa pemimpin politik dan ahli perniagaan bergelar Datuk,” katanya.


http://www.bharian.com.my/bharian/ar...ejabat/Article
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2013 09:56 AM | Show all posts
kan best kalau ajaran syiah dibenarkan di malaysia..pasni kalau kena tangkap basah..boleh bagi alasan dan mutaah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:04 AM | Show all posts
Best kepala otak ko kawin mutaah...nak kena laknak ngan tuhan ko????.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2013 10:06 AM | Show all posts
gaara_X posted on 19-9-2013 10:04 AM
Best kepala otak ko kawin mutaah...nak kena laknak ngan tuhan ko????.....

laknat kat akhirat nanti..lambat lagi..yang penting sekarang ni..kita enjoy dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:07 AM | Show all posts
yg x mutaah pun ramai je ngeseks dlm opis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2013 10:08 AM | Show all posts
nampaknya berita harian berhasrat nak lawan harian metro sebagai akhbar no 1 di negara ini..berita harian pun dah mula keluarkan cerita fantasi seks macam harian metro gak..

good luck berita harian..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2013 10:08 AM | Show all posts
bodo... tak pk panjang.. seksaan dunia dah tahan.. inikan pulak siksaan akhirat yg kekal selamanya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Biar betul.....DAP akan tentang....MANA HAK Kebebasan...ni, ? PAS PULOK......ye ye...betul tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2013 10:13 AM | Show all posts
best gak mutaah ni... selagi xkene kt adik or anak pompuan kite
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:15 AM | Show all posts
boring aku duk cakap benda yg same jek tetiap ari

org atas aku tgk wat dek jek..... xde apa2 tindakan.....  
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:15 AM | Show all posts
NIXAR posted on 19-9-2013 10:07 AM
yg x mutaah pun ramai je ngeseks dlm opis.

seronok kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2013 10:17 AM | Show all posts
iza_yuss posted on 19-9-2013 10:15 AM
boring aku duk cakap benda yg same jek tetiap ari

org atas aku tgk wat dek jek..... xde apa2 tind ...

persoalannya betul ke berita ini??macam mengarut jer
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:22 AM | Show all posts
bole jwb kemusykilan aku tak.. if apa yg profesor tu wat mmg salah dr segi hukum, nape tak tgkp je and dakwa kat mahkamah syariah???
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:26 AM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 19-9-2013 10:17 AM
persoalannya betul ke berita ini??macam mengarut jer

x kira la betul ke x....

tp yg confirm memang ramai puak2 dr negara2 yg berkenaan dtg sini..... yg mungkin boleh spread ajaran syiah ni

so apa tindakan org atas nak tangani masalah ni?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:28 AM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 19-9-2013 10:06 AM
laknat kat akhirat nanti..lambat lagi..yang penting sekarang ni..kita enjoy dulu..

bang ati2 dengan kenyataan bang,gugur akidah tu nanti..kecuali la u ni non muslim...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:30 AM | Show all posts
iza_yuss posted on 19-9-2013 10:15 AM
boring aku duk cakap benda yg same jek tetiap ari

org atas aku tgk wat dek jek..... xde apa2 tind ...

itule pasal...

yg forumer2 vangang ni pon 1 hal. komen x pikir agama.. lagiler.. nyampah btl..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2013 10:35 AM | Show all posts
buyungketek posted on 19-9-2013 10:28 AM
bang ati2 dengan kenyataan bang,gugur akidah tu nanti..kecuali la u ni non muslim...

ye ke?? aku akan lebih berhati-hati lepas ni..thanks ingatkan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:37 AM | Show all posts
terlebih bijak mcm gitu laaa..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:37 AM | Show all posts
Nash^Roy posted on 19-9-2013 10:22 AM
bole jwb kemusykilan aku tak.. if apa yg profesor tu wat mmg salah dr segi hukum, nape tak tgkp je a ...

sbb xde pon dlm undang2 yg boleh arrest org camni

ade sebut psl kawen mutaah x boleh?

aku agak lerrr
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:40 AM | Show all posts
NIXAR posted on 19-9-2013 10:07 AM
yg x mutaah pun ramai je ngeseks dlm opis.

setuju sgt2...Melambak2 pegawai kerajaan yg mengesex dlm pejabat..kenapala tak di pasang cctv disetiap pejabat pegawai kerajaan samada lelaki atau perempuan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.116987 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list