CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1338|Reply: 0

[Dunia] Smartphone punca generasi kini kurang ajar - pakar

[Copy link]
Post time 6-9-2013 02:36 PM | Show all posts |Read mode
LONDON 5 Sept. - Gajet terkini, termasuk telefon pintar mungkin membantu generasi baharu supaya kekal selamat dan sentiasa berhubung dengan baik, namun ia juga membuatkan mereka bersikap kurang ajar.
Kira-kira tiga daripada empat orang percaya, kelakuan generasi baharu kini telah dirosakkan oleh telefon pintar, komputer riba, tablet dan media sosial.
Menurut tinjauan pendapat oleh konsultan panduan etika moden, Debrett ke atas 1,000 orang responden, kira-kira 70 peratus daripada mereka percaya, gajet telah menggalakkan sifat kurang ajar.
Menurut tinjauan itu, kira-kira 77 peratus responden berpendapat, kemahiran sosial adalah lebih teruk jika dibandingkan dengan tempoh 20 tahun lalu, manakala 72 peratus lagi menyifatkan gajet menggalakkan kebiadaban.
Hampir dua pertiga atau 65 peratus responden berpendapat tentang kepentingan hubungan atas talian kepada belia telah memberi kesan negatif terhadap cara mereka berkelakuan bila bersemuka dengan rakan.
Satu laporan memberi amaran bahawa eksekutif syarikat kini memantau pekerja muda mereka sekiranya mereka terlalu bergantung kepada telefon pintar dan gajet semasa berada di pejabat.
Sesetengah daripada mereka didapati 'terlalu bergantung kepada komputer dan aplikasi pemeriksaan ayat hingga ada yang langsung tidak tahu bagaimana untuk menulis surat lagi.
Kebimbangan terhadap kesan kebergantungan kepada gajet ke atas generasi yang membesar dengan telefon pintar merupakan perkembangan terbaharu dalam penyebaran kelakuan buruk digital.
Konsultan etika itu turut menjalankan kajian ke atas sebuah kumpulan terdiri daripada 58 peratus eksekutif kanan yang mendapati mereka lebih tertarik kepada kemahiran sosial berbanding pencapaian akademik calon untuk diberi peluang kenaikan pangkat.
Mereka percaya, masalah besar dalam kalangan pekerja muda adalah penggunaan telefon pintar berterusan dan media sosial di pejabat. - AGENSI



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 07:23 PM GMT+8 , Processed in 1.842883 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list