CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9981|Reply: 42

[Tempatan] Minah Rempit Sambut Kemerdekaan Dengan Cara Yang MELAMPAU~!

[Copy link]
Post time 1-9-2013 12:03 PM | Show all posts |Read mode


TIDAK dinafikan, rata-rata kita pasti berasa bangga dan syahdu setiap kali tarikh keramat 31 Ogos muncul.

Sesungguhnya bukan sedikit pengorbanan melibatkan masa, tenaga, wang ringgit, air mata dan darah orang dahulu yang mengalir demi kesenangan kita pada hari ini.

Begitu pun, tidak semua generasi muda dapat menghayati semangat kemerdekaan ini.

Sikap itu dapat dilihat daripada cara sesetengahnya menyambut malam merdeka. Apa yang terlintas dalam fikiran mereka, malam semalam adalah malam untuk keluar berhibur dan berpesta.

Lihat sajalah tindakan segelintir mereka yang memilih untuk merempit, melakukan aksi bahaya lagi bodoh atas motosikal, sambil ditenggek oleh remaja perempuan yang berpakaian tidak senonoh.

Apa yang menyakitkan hati, apabila mereka melibatkan Jalur Gemilang seperti dilakukan perempuan dalam gambar ini.

Kasihan ibu bapa mereka, tentu tidak sedar yang anak mereka sedang menyambut merdeka dalam keadaan memalukan semalam. Bermula daripada sambutan-sambutan liar beginilah, berita-berita bayi dibuang dalam tong sampah mungkin memenuhi dada media, sembilan bulan akan datang.

Persoalannya, adakah kita sudah benar-benar meredeka meskipun penjajah sudah balik negeri mereka?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2013 12:24 PM | Show all posts
... Zam tengok ramai je dalam perbarisan pakai baju bendera Malaysia.

Ooooo,,,, pakai bendera buat kemban yang tak boleh ya ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 12:29 PM | Show all posts
Special edition spahagetti dia tu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 12:30 PM | Show all posts
Dengarnya budak ni mampus kena lenyek lori hahaha...hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 12:35 PM | Show all posts
weh.. ko tak tau ke.. style cmni (konvoi, bwk bendera, pin pon sambil kibar bendera) - adalah salah satu yg dibangga2 kan oleh kerajaan.
mereka kata itu tanda mereka memeriahkan suasana hari merdeka!!.. yg memeriahkan konsert menjelang merdeka pun golongan2 mcm tu..

golongan mcm kami (haha belagak sikit).. menunjukkan cinta kpd negara bukan dgn kibar bendera
- tapi bekerja spjg thn utk jana ekonomi
- berbelanja berhemah utk menstabil ekonomi..
- menambah ilmu utk menjadi warga yg boleh menyumbang ssuatu kpd negara..

tp yg terlompat2 terkinja2 di dataran sambil kibar bendera - belum tentu mendatangkan apa2 hasil kpd negara melainkan kerosakan akhlak spt gambar di atas. haha
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 12:40 PM | Show all posts
baju dia koyak kot. tu yang amik bendera untuk tutup
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2013 12:43 PM | Show all posts
Fuh hebattttt
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kazaraf posted on 1-9-2013 12:35 PM
weh.. ko tak tau ke.. style cmni (konvoi, bwk bendera, pin pon sambil kibar bendera) - adalah salah  ...

Itulah hasil ajaran sesat amengok iaitu menyambut kemerdekaan mustilah dengan berpesta-pestaan ,konsert besar2an,bercampur gaul tanpa batasan, merempit sambil bawa bendera. Kerana apa?
Jerih perit perjuangan di bawa oleh orang2 terdahulu yg gigih berjuang dengan titisan peloh dan darah pejuang tulen lalu di penghujungnya disambar oleh amengok yg mengambil peluang  menerajui proses kemerdekaan tanpa menitiskan darah.
Sepatutnya disamping perarakan perbarisan di dataran merdeka disiang hari, sewajarnya di buat majlis kesyukuran tahlil doa selamat di semua
surau dan masjid seluruh Nrgara, barulah dikatakan bersyukur dgn nekmat kemerdekaan, berbanding dgn berpesta berkonsert men bunga api yg semacam mnjadi trend setiap tahun. Adakah itu yg dianjurkan oleh ugama. Dari Generasi ke generasi sudah tertanam diminda bahawa menyambut kemerdekaan, itulah cara dan gayanya. So sapakah bersalah ? Remaja2 ingusan trsbt atau korga, masyarakat dan negara mereka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2013 01:14 PM | Show all posts
Ok lahh tuu...kurang2nya dia tau 31 ogos hari merdeka...dia Ada terpikir nak carik bendera..cuma cara Saja yg tak Kena..dia dapat idea lilit badan ngan bendera..org lain lilit kat Depan kereta..masih Ada semangat kemerdekaan tuu...atau pun Baju dia basah dek hujan...yg Ada bendera Saja..lilit sajalah kat badan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 01:32 PM | Show all posts
Ikut sudirman ni


Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 01:35 PM | Show all posts
suma orang ada stail sindri sambut 31 Ogos.

rilek ah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 02:27 PM | Show all posts
patriotik tak kena gaya minah ni:....tang semangat tu aku salute la
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 02:32 PM | Show all posts
jgn sampai 9 bulan akan datang keluar hasil haram...pastu buang merata,,,huh!
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 02:33 PM | Show all posts
chazey posted on 1-9-2013 01:35 PM
suma orang ada stail sindri sambut 31 Ogos.

rilek ah.

ish,.. mana buleh wat lagu nie....
nie merupakan kemaluan yang besar amat kepada negara kita
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 02:52 PM | Show all posts
bijan pon mai lambat, nk tengok bunga api semata..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 03:22 PM | Show all posts
saya bersolat tahajud dan belajar cara pengurusan jenazah ketika malam merdeka....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2013 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Minta BTN tangkap ini bohsia dan bohjan... Kurung dlm camp. Brainwash mereka dengan aturcara berikut:

1) Tiap2 pagi buta dah bangun nyanyi lagu Negaraku, Warisan dan Anak kecil main api

2) duduk dlm kuliah/syarahan pasal mengenang jasa para pejuang, membalas budi, menanam erti syukur dlm diri.

3) Tayangan pilem Tandas Putra, Hati Meloya

4) Ulang sampai muntah biru bukti sbg sudah ada kesedaran dlm jiwa mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 05:01 PM | Show all posts
Dari aku remaja dulu dah terfikir, kenapa kalau sambutan merdeka dan tahun baru mesti kena ada konsert dan bunga api.

masa muda dulu, ada jugak pergi sambut merdeka eve kat KLCC tapi seriously menyesal pergi. sebabnya, kebanyakan yg datang situ sebab nak berseronok je. bukan sebab patriotik pun.

malam merdeka/tahun baru ni dah jadi macam satu malam yg remaja boleh berpeleseran tanpa batas. kalau korang rajin, try tengok lepas habis konsert bagai tu, diorang bukan balik rumah.

yang tido tepi jalan, kaki lima pun ada. try pegi kat area stesen LRT CM, berlambak tido kat kaki lima.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 06:05 PM | Show all posts
malam merdeka melalak2 buat konsert

esoknya sedeh generasi kurang kesedaran

sangat setuju drngan #5 dan #*
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 08:13 PM | Show all posts
sedap lah tarik gitu saja pasti balut tak kuat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.113426 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list