CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19156|Reply: 106

[Tempatan] Kerajaan tidak bayar gaji anak lelaki saya

[Copy link]
Post time 16-8-2013 08:34 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata anak lelakinya, Muhammad Nedim, bertugas dengan beliau untuk berkhidmat kepada golongan muda di kawasan Parlimen Padang Rengas di Perak.

Beliau juga berkata anaknya tidak dibayar gaji oleh kerajaan meskipun disenarai sebagai pegawai khas di bawah kementerian berkenaan.

"Beliau (Muhammad Nedim) melakukan beberapa tugas khas untuk saya dan boleh juga digelar sebagai pegawai khas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan the Red Carpet, muzium lilin interaktif pertama Malaysia di Seksyen 7 i-City di sini.

Mohamed Nazri berkata demikian ketika ditanya berkaitan status anaknya di bawah kementerian yang diterajui beliau.

Muhammad Nedim diminta menganjurkan program bagi membolehkan Mohamed Nazri berinteraksi dengan golongan belia di kawasan Parlimen Padang Rengas kerana beliau tidak memiliki akaun Facebook dan Twitter.

"Anak saya bukan ahli politik dan beliau tidak terlibat dalam sebarang urusan di kementerian saya. Saya meminta beliau melakukan tugasan untuk saya di kawasan Parlimen saya," katanya.

Mohamed Nazri berkata beliau berupaya meraih 6,000 undi daripada pengundi muda yang pertama kali membuang undi dan memperoleh majoriti lebih besar pada pilihan raya umum lepas kerana mampu berinteraksi dengan golongan muda menerusi program yang dianjur anaknya itu.

Malah, katanya, Muhammad Nedim sudah bekerja dengan beliau sejak pilihan raya umum pada 2008.- Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2013 08:35 AM | Show all posts
nedim aziz


Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 08:36 AM | Show all posts
Nazri Aziz tu anjing rottweiler yang setia.
Kalau Pakatan Rakyat menang pun dia tak boleh nak buang Nazri Aziz ni sebab dia berguna, kaki bodek yahamat, memang sangat patuh kepada ketua macam anjing rottweiler yang setia.
Masa djaman Mahathir sokong Mahathir, bila Mahathir toron, sokong Pak Lah, anti Mahathir, bila Najib naik sokong Najib, anti Mahathir, dia anjing rottweiler yang setia dengan tuan semasa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 08:43 AM | Show all posts
ni ank dia yg couple ngan ND ker..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 08:49 AM | Show all posts
kalau tak dibayar oleh gomen, jadi tak pyh siarkan nama anak di website kementerian.

lantiklah anak jadi Personal Assistant...lagi senang.

bawa nama pegawai khas, seolah2 dah jadi macam pegawai di gomen plak
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 08:55 AM | Show all posts
perlu ke nama anak nak dipublish.. da tau ko tu byk musuh hgn la ditayang lagi...

dorg nak dengar ape yg dorg nak jeh.. ko memekak xplen pon dorg xkan dengo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2013 08:56 AM | Show all posts
shi_jewel posted on 16-8-2013 08:49 AM
kalau tak dibayar oleh gomen, jadi tak pyh siarkan nama anak di website kementerian.

lantiklah an ...

khen....lantik mcm biasa jer...tak payah publish...

tapi aku rasa kenyataan nazri nie bodoh.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 08:56 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2013 08:59 AM | Show all posts
Dia cakap..anak dia pegawai khas tak bergaji. hanya berkhidmat pada bapa nya..tu shj.

yg kamu org asyik hentam peribadi org ini apa hal...dah tu ...kamu tu dah cukup maksum kah???.

di office aku pun ada manusia mcm ini...asyik asyik komen peribadi org...mcm dia shj seorg yg suci sangat mcm malaikat...golongan wali wali yg layak jadi ketua atau pemerintah...org lain semua tidak suci....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 09:01 AM | Show all posts
gaji je bukan gomen bayar ....segala claim nanti gomen gak yg bayar
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 09:05 AM | Show all posts
Nedim berkhidmat kepada golongan muda di kawasan Parlimen Padang Rengas di Perak???.

Apa contoh teladan yg boleh dibawak Nedim ni kat urang muda kat Padang Rengas? Minum XO, kasberg? berkepit dgn betina? comolot? or Padang Rengas bakal ada pub, disko hebat2 utk Nedim berlibur?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 09:08 AM | Show all posts
leylapple posted on 16-8-2013 08:56 AM
khen....lantik mcm biasa jer...tak payah publish...

tapi aku rasa kenyataan nazri nie bodoh.... ...

nazri ni macam nak tegakkan benang yang basah yang takkan tegak2 sampai bila2. huduh sangat jd menteri....caca marba dibuatnya.

selamat hari raya kitak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 09:20 AM | Show all posts
shi_jewel posted on 16-8-2013 09:08 AM
nazri ni macam nak tegakkan benang yang basah yang takkan tegak2 sampai bila2. huduh sangat jd men ...

makaseh2...selamat ari raya juak
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 09:24 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 16-8-2013 08:35 AM
nedim aziz

teruknya budaya hidup anak menteri ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 09:28 AM | Show all posts
die neh slalu mengeluarkan kata2 yg membencikan..bimboy gamaknyer..

letak anak sbg pegawai khas.. kejenyer..buat lawatan ke luar negara..bawak skali model kementerian.. si nora danish..

tp cucu die..anak si nedim neh..comey gler..

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 09:33 AM | Show all posts
kwn aku citer masa tu dia gi pub/bar lepak2 dgn kwn2...tengah lepak2 kat situ.. tiba2 masuk nazri nie dgn berbaju melayu dgn bodyguard dia jmpa kwn2 dlm tu.. siap minum lagi tu.. masa tengah leka2 nengok gelagat nazri tu kwn aku nyer tipon masuk msg, dia pun belek la tipon dia sbb ada sms masuk kan.. kira kwn aku nie berbalas sms la.. tak lama lepas tu.. bodyguard nazri dtg kat kwn aku.. tanya kwn aku samada amik gambar nazri ker.. sbb nengok kwn aku tu asik main tipon ajer.. kwn aku terkejut laa.. dia kata mana ada.. terus bodyguard tu kasi warning kat kwn aku jgn sekali2 amik gambar nazri kat situ... kwn aku nganguk ajer laa.. mmg kwn aku takde masa nak amik gambar nazri tu pun..

tapi mmg tak sangka laa kan... nazri begitu perangai nyer... dgn berbaju melayu lagi tuu.. minum2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2013 09:33 AM | Show all posts
Simunggu posted on 16-8-2013 08:59 AM
Dia cakap..anak dia pegawai khas tak bergaji. hanya berkhidmat pada bapa nya..tu shj.

yg kamu org ...

klu mcm tu..x payah publis nama anak n jwtn kat website kerajaan...

itu namanya myalah guna harta kerajaan....

klu kat website party ke personal ker parlimen ker x kisah



Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 09:34 AM | Show all posts
Sewa opis, bil letrik, telefon, upah tea  lady, opis boy, etc anak dia sapa bayar?
Menteri bangang!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 09:36 AM | Show all posts
Nak manage golongan belia dia kawasan padang rengas...TAPI
beliau tidak memiliki akaun Facebook dan Twitter
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2013 09:36 AM | Show all posts
jahanam.... jahanam..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.069471 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list