View: 9935|Reply: 91
|
[Tempatan]
Masakan Cina penuhi selera Ramadan
[Copy link]
|
|
Masakan Cina penuhi selera Ramadan
ROHAIZAD (kiri) sibuk melayan pengunjung yang singgah membeli juadah berbuka di gerainya di bazar Ramadan, Jalan Pasar, Kampung Manjoi, Ipoh, Perak.
JIKA mahu menjual makanan mahupun minuman di bazar Ramadan, pastikan menu yang dijual itu berbeza daripada kebiasaan.
Kebiasaan yang dimaksudkan adalah masakan Melayu yang terdiri daripada lauk-pauk, kerabu, ikan bakar, kuih dan lain-lain.
Bukan tidak boleh menjual masakan Melayu kerana pasti ada permintaan terhadap masakan itu, namun jika semua gerai menjual menu yang sama, tentulah sukar pelanggan membuat pilihan.
Sudah pasti, hanya gerai yang menawarkan masakan paling sedap dan berkualiti akan menjadi tumpuan, manakala gerai lain mungkin terpaksa menanggung kerugian apabila kurang sambutan.
Menyedari itu, gerai yang dimiliki oleh bekas chef hotel terkenal, Rohaizad Man, 45, dan isterinya, Faridah Osman, 44, di bazar Ramadan yang terletak di Jalan Pasar, Kampung Manjoi, Ipoh, Perak menyajikan menu yang berbeza.
Tinjauan S2 mendapati aneka masakan Cina, Thai dan barat dipertaruhkan di gerai itu bagi memenuhi selera berbuka puasa para pengunjung.
Keadaan itu membuatkan gerai tersebut menjadi tumpuan penggemar masakan berkenaan. Antara menu yang paling laris adalah ayam lada hitam dan ayam lemon.
Masakan berkualiti dan secukup rasa itu membuatkan ada pelanggan menempah dalam jumlah yang banyak.
Harga yang ditawarkan juga murah iaitu RM3 seketul walaupun harga ayam segar sekarang melambung tinggi.
Menurut Rohaizad, pihaknya mengekalkan harga yang sama seperti tahun lalu kerana tidak mahu membebankan pelanggan.
"Tahun lalu, harga ayam adalah sekitar RM6.40 sekilogram, tetapi tahun ini, harga meningkat kepada RM7.70 sekilogram.
"Saya tak sampai hati nak naikkan harga kerana kebanyakan pengunjung bazar Ramadan ini adalah orang kampung," katanya yang terpaksa menerima hakikat keuntungan yang diraihnya jauh berkurangan berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Namun beliau dan isteri bersyukur dengan rezeki daripada Allah SWT itu. Lebih menggembirakan apabila gerai yang mula dibuka pada pukul 4 petang menjadi antara gerai terawal ditutup kerana kesemua menu habis dijual sebelum pukul 7 malam.
Pada hari biasa, Rohaizad dan isteri menguruskan kedai makan yang dinamakannya Silver Green di hadapan rumahnya di Lot 107266, Kampung Dato' Ahmad Said, Tambahan 2 Hujung, Ipoh, Perak. Kedai makan itu dibuka dari pukul 10 pagi hingga 11 malam setiap hari kecuali Isnin.
Mengulas lanjut, katanya, terdapat tambahan jenis masakan Cina yang dijual di bazar Ramadan pada tahun ini.
Katanya, tambahan itu dilakukan kerana beliau mendapati para pengunjung bazar Ramadan sentiasa mahukan kelainan dalam memilih juadah berbuka puasa.
"Tahun ini, kami menyediakan masakan Cina yang kebanyakannya ada disajikan di restoran masakan Cina terkenal di negara ini.
"Selain masakan Cina, kami juga menjual nasi tomato dan kerabu mangga," ujarnya.
Menariknya buat pertama kali Rohaizad menjual juadah berbuka dalam bentuk siap dibungkus.
"Lebih mudah buat macam ini. Pelanggan tak perlu bertanyakan harga. Lalu sahaja di hadapan gerai ini, mereka sudah tahu berapa harga sebungkus lauk atau sayur yang dijual. Ini kerana setiap menu ada diletakkan tanda harga.
"Tanda harga ini ternyata memudahkan pelanggan untuk membuat pilihan mengikut bajet mereka pada hari itu,"katanya.
Selain itu, beliau turut menyediakan khidmat katering untuk majlis rumah terbuka sempena Syawal yang bakal menjelang.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Pelancongan/20130727/pl_02/Masakan-Cina-penuhi-selera-Ramadan#ixzz2aJnpqCyn
© Utusan Melayu (M) Bhd
P/s:- Saya pun macam tu..pi pasar ramadhan kat Hulu Langat ni dan Batu 9 Cheras...asik bende yg sama je sejak berpuluh2 tahun dulu...tak banyak berubah..susah nak cari nak alih rasa sekali sekala..sebab tu saya pergi ke pasar ramadhan kat Bdr Tun Razak..jumpa murtabak Singapore..pi pasar ramadhan kat Semenyeh..jumpa tahu bakar...ya Allah sedapnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Kajang ade mi tarik......cuba lah..best tahu..
|
|
|
|
|
|
|
|
shernazz posted on 28-7-2013 02:22 PM
Kat Kajang ade mi tarik......cuba lah..best tahu..
Mi tarik??...dia buat macam teh tarik ke?.. |
|
|
|
|
|
|
|
bang, tekak aku x brp nk telan mknn bazar batu 9..................
rela aku gi btho punya bazar.......besar dan bersih.............
bndr tun razak punya bazar kt area mn? |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 28-7-2013 02:26 PM
Mi tarik??...dia buat macam teh tarik ke?..
ala, mcm iklan mi tarik mamee tu..
tapi ni mi tarik ori punya...dia tarik2 mi kat situ..sedap....
unik sket kan..asik2 mende sama je kita jumpa kat bazar ramadan
|
|
|
|
|
|
|
|
batusembilan posted on 28-7-2013 02:28 PM
bang, tekak aku x brp nk telan mknn bazar batu 9..................
rela aku gi btho punya bazar.. ...
Alah...depan HUKM tu le..berdepan dgn tasik tu..panjang gile kemahnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
shernazz posted on 28-7-2013 02:28 PM
ala, mcm iklan mi tarik mamee tu..
tapi ni mi tarik ori punya...dia tarik2 mi kat situ..sedap.... ...
Ooh..yg itu...pasar ramadhan kajang kat ne?. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 28-7-2013 02:36 PM
Ooh..yg itu...pasar ramadhan kajang kat ne?.
prima saujana...tahun2 lepas dia buat kat bazar taman delima kajang tu...
petang ni saya nak gi beli jugak..kebetulan balik umah mak kat kajang...alang2 gi beli mi tarik ni la..
|
|
|
|
|
|
|
|
jarang plk kt tempat saya jual masakan cina..
yong tau foo kira masakan cina ker? yg tu jer yg byk jual pon..
|
|
|
|
|
|
|
|
Masakan cina haram...
Jom boikot |
|
|
|
|
|
|
|
Mana yang masakan Cina nye? Suckling pig ke? |
|
|
|
|
|
|
|
apa menu masakan cina ?? tak tulis pun??agak2 bah kut teh ada ka?? |
|
|
|
|
|
|
|
Yong tau Foo paling bagus |
|
|
|
|
|
|
|
Bedah.Cun posted on 28-7-2013 04:03 PM
Mana yang masakan Cina nye? Suckling pig ke?
pabendanya suckling pig itu?? sedut babi?? babi sedut??
|
|
|
|
|
|
|
|
kt tempat aku ni ade jual kambing grill,pukul 6 tokey die dh kemas2 dh,,cepat lak abis..kambing ni laku sungguh bulan posa |
|
|
|
|
|
|
|
kat ipoh tu...yg betul2 makanan cina yg dijual oleh cina(non muslim) tapi halal..nak hadap sgt logo jakim tu kann..adalah yg jual dim sum.yg melayu punya maleh sembang tah hape2.... |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz posted on 28-7-2013 02:22 PM
Kat Kajang ade mi tarik......cuba lah..best tahu..
itik beijing ade ke??
|
|
|
|
|
|
|
|
Darien_Fawkes posted on 28-7-2013 04:42 PM
pabendanya suckling pig itu?? sedut babi?? babi sedut??
suckling pig tu babi guling, sama macam kambing golek, tapi kambing tu kau ganti dgn babi . Yg femes Ibu Oka kat Bali
|
|
|
|
|
|
|
| |
|