Dulu2 zaman study di U, my ex-bf bajet alem ulama' pernah bertanya. Mak buat apa di rumah? masa tu saya balik kampung penat sampai dlm petang. Saya jawablah, mak rehat2 sambil betulkan jahitan langsir untuk raya. ex bf pun cakap "Astaghfirullah, inilah kaum perempuan. Bulan puasa yg baik ni bukannya nak ibadat! tahajuud! tarawih! baca Quran". Saya pun bangang, diam je lah... sbb "BF berugama always right".... that time. Anyway he is an asxxxle... dah break off pun
Saya teringat kenapa mak jenis tak ke masjid... ini rutin harian dia di bulan ramadan
04:00pg: bangun tido masak, ayah tak suka lauk semalam. Everything on sahur must be fresh
05:00pg: kejut semua orang bangun tido... ayah tenyeh mata, makan nasi sambil pejam mata. Pas makan nasi isap rokok, lepak, basuh muka ke surau.
05:40pg: Lepas solat suboh di rumah, terus mengemas pinggan mangkuk. Membasuh baju.
06:00pg: Dah mula sidai kain, mengemas rumah and so on.... (masa ni I kat U, tak dpt nak tolong. Ada abg dok rumah...pemalas)
07:00pg: Mak pergi sekolah (mak cikgu)
02:00ptg: Balik sekolah, singgah market beli sayur, ikan, ayam utk masak
03:00ptg: Setelah solat zohor, dah beroperasi memasak......
05:00ptg: kutip kain baju yg dah kering, lipat. Susun dalam almari elok2..6:..rehat seketika.. mungkin abis dlm kul 06:00koy
06:00ptg: rest kejap
07:00mlm: Bersiap2 nak hidangkan makanan utk berbuka, buat air kena last minit. Nnt ais cair. Nasi pun kena panaskan last minit, nnt nasi sejuk. ayah tak suka
08:00mlm: Solat maghrib, mengemas meja dan pinggan mangkuk
09:00mlm: Lepas solat isyak, mungkin dah lelah penat sangat...... maka ambik jarum, belek2 langsir utk pakai raya. Ayah dh ke mesjid tarawih
10:30mlm: Tido.... and so on 04:00 pg esok (5jam 30minit je tido setiap hari)
Selepas saya dah pregnant dan bergelar isteri bekerja. Saya terasa betapa lelah nya pengorbanan mak saya di bulan ramadhan. Alhamdulilah, tugas masak memasak kerja laki saya. Tapi tukang mengemasnye...saya ler... Walaupun burden saya kurang skit, tapi bulan posa ni. bila ngemas rumah, iron baju, basuh baju guna mesin semi auto. Terasa penat nak tarawih, bak kata kaum laki...itula org ppuan, kuat sangat nafsu malas nak beribadat....
Anyway kaum lelaki sekalian... semoga korang semua bertahajjud sepanjanga malam, bertarawih 20 rakaat. Maka melihat isteri2 anda bakal ahli neraka.
lelaki tu g je la terawih pasal nk tampung mana2 yg tak cukup utk masuk syurga.. wanita, ikut ceramah2 ni kate, kalo ikut perintah Allah, ikut perintah suami, dh ley masuk syurga dah.. senang kan?? lelaki susah, pasal tu kene kejar2 yg sunat ni.. so lelaki jgn berlagak, sebab tanggungjawab korang tu berat, tapi tak nampak..
tyrande_81 posted on 21-7-2013 08:38 PM
Dah busan, dgn propa lelaki. Pompuan malas, taraweh, solat jumaat, dok rumah nak iron baju pun layan sinetron.... sigh
Laki my asben, tak propa sgt sbb i preggy 8months now. Tapi bosan kat jantan2 kat opis dok bebel pompuan rugi tk terawih dan bagai.
Salam Puan tyrande,
Lelaki yang membebel pompuan rugi tk tarawih bagai tu, anggap lah dia tak tahu kesusahan dan kesulitan perempuan tentang tugas dan tanggungjawab perempuan sebagai isteri, ibu, dan 'ministry of home affairs'.... berat tugas perempuan ni sebenarnya... angaap mereka ni tak tahu, cakap mudah saja.
Jika mereka meremehkan perempuan dengan memandang serong atau rendah, atau propa, anggap juga mereka ni jahil walaupun mereka menunjukkan ciri 'Alim' secara luaran. Melainkan jika mereka menyatakan dengan memberikan fadhilat serta kelebihan amalan ibadat tarawih, tanpa propa, mereka ini kategori lain.
Selepas saya dah pregnant dan bergelar isteri bekerja. Saya terasa betapa lelah nya pengorbanan mak saya di bulan ramadhan. Alhamdulilah, tugas masak memasak kerja laki saya. Tapi tukang mengemasnye...saya ler...
Puan kena bersyukur jugak yang suami puan sanggup ambil tugas masak.
Walaupun burden saya kurang skit, tapi bulan posa ni. bila ngemas rumah, iron baju, basuh baju guna mesin semi auto. Terasa penat nak tarawih, bak kata kaum laki...itula org ppuan, kuat sangat nafsu malas nak beribadat....
Lelaki yang kata sedemikian sebenarnya mungkin tidak memikirkan keadaan puan yang sarat mengandung dan kepenatan mengemas rumah..... apa pun, ambillah sebagai sindiran positif, tak dapat buat 20 rakaat, buat sekadar termampu, 2 rakaat yang tak sampai 5 minit pun masih baik..... kalau penat duduk atas kerusi...
Anyway kaum lelaki sekalian... semoga korang semua bertahajjud sepanjanga malam, bertarawih 20 rakaat. Maka melihat isteri2 anda bakal ahli neraka.
Puan.... kata-kata seperti di atas menunjukkan puan juga bersikap 'rebel'. Sebenarnya, jika kaum lelaki 'dimudahkan' bertarawih BERKAT isteri/kaum perempuan yang bersusah payah masak kemas rumah, maka ganjaran susah payah itu pun dapat pahala. Kalau puan tidak mengungkit hal-hal sebegini, ada kemungkinan pahala orang perempuan dapat boleh melebihi pahala ibadah orang lelaki. Contohnya jika puan lakukan dengan ikhlas sebagai tanggungjawab, nak me-redhakan suami, mungkin pahala yang puan dapat lebih besar dari pahala lelaki yang bersolat tarawih sambil solat dengan malasnya... orang perempuan kalau nak puasa sunat pun kena dapat izin suami... menunjukkan taat kepada suami (yang hal yang tidak bertentangan syarak) merupakan hal yang utama dan tentunya hal yang utama membawa PAHALA YANG BESAR, tetapi mungkin orang perempuan TAK PERASAN... boleh dapat ganjaran pahala yang besar...
dan juga orang LELAKI YANG JAHIL pun sama, membanding-bandingkan lelaki dengan perempuan dengan propa yang tak wajar boleh menyebabkan orang perempuan pun salah faham...