CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3515|Reply: 31

[Tempatan] {9}UPDATE: Somi yg hilang telah dijumpai. Lari dari bunyi pelik ! post 22#

[Copy link]
Post time 17-7-2013 07:42 AM | Show all posts |Read mode
Jitra, 17 Julai : “Setiap kali melihat wajah anak-anak yang masih kecil, hati saya menjadi sayu kerana teringatkan suami yang hilang entah ke mana tanpa sebarang khabar berita,” kata Nurul Huda Othman, 26, isteri kepada Nor Hamizan Ahmad, 26, yang dilaporkan hilang, hampir dua minggu lalu.


  Nor Hamizan yang bekerja sebagai pemandu jentera menuai padi sehingga kini gagal dikesan apabila tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama seorang rakan lelaki pada  jam 2 pagi pada 5 Julai lalu.

  Nurul Huda berkata, kehilangan suaminya   disedari apabila dia bangun tidur  pada  jam 8 pagi selepas mendapati lelaki itu masih tidak pulang ke rumah.


  Katanya, dia kemudian   menghubungi telefon bimbit suaminya beberapa kali,  namun cubaan itu gagal kerana telefon bimbitnya ditutup.

  “Saya cuba mencarinya di rumah   rakan yang tinggal berhampiran kerana suami sering ke sana, tetapi dimaklumkan suami   datang ke rumahnya pada awal pagi itu,  namun meninggalkan motosikalnya sebelum keluar bersama seorang rakan   tidak dikenali,” katanya.

  “Namun peliknya, kunci motosikal masih ada di situ dan cara pergerakan suami meninggalkan rumah jiran berkenaan amat mencurigakan seolah-olah dalam keadaan tergesa-gesa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pida 6, Ayer Hitam, dekat sini, semalam.



  Berikutan kehilangan suaminya, Nurul Huda membuat dua laporan di Balai Polis Ayer Hitam dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.

  Menurutnya, sejak kehilangan suaminya, mereka sekeluarga tidak putus-putus berusaha mencari di merata-rata tempat termasuk di sekitar negeri ini dan negara jiran, Thailand.



  Katanya, bagaimanapun usaha mereka gagal kerana sehingga kini tiada petunjuk di mana lokasi suaminya berada selain telefon bimbit lelaki itu masih ditutup sehingga kini.

  “Saya sedih apabila mengenangkan bagaimana keadaannya kini tambahan pula sudah masuk Ramadan, hati saya bertambah sayu mengenangkan semua perkara itu.

  “Tambah memilukan, sebelum kehilangannya banyak perkara pelik yang tidak pernah dilakukannya termasuk mengajak saya membeli baju raya walaupun ketika itu masih belum masuk Ramadan.  “Tetapi disebabkan anak-anak meragam, hasrat itu terpaksa dibatalkan,” katanya.

  Nurul Huda berkata, dia dan dua anaknya, Puteri Nur Qaleesya, 2, dan Nur Amni Umairah, tiga bulan yang merindui Nor Hamizan merayu dan meminta jasa baik orang ramai agar membantu keluarga mereka untuk mengesan suaminya supaya kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.

  “Kami amat berharap dia dapat pulang dengan selamat ke pangkuan keluarga secepat mungkin,” katanya.

  Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Nor Hamizan boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau keluarganya menerusi talian 019-4295289 atau 017-5378511.


Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/17

p/s semoga segera kembali...beli baju raya seblm ramadhan lebih murah...

Last edited by tongkatwaran75 on 20-7-2013 09:17 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2013 07:46 AM | Show all posts
ntah2 dah lari ke jawa or ke lombok ....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 07:48 AM | Show all posts
gambo laki tu xde?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 07:56 AM | Show all posts
urang mulayu ni memang banyak petanda
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 07:59 AM | Show all posts
takot nya kes ilang2 ni kan...kalo dh tergesa2 tu adala tuhhh...ape dia x tau la kannnn...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak mati ke nak hilang segala tu memang ada tanda ke? Last edited by xy_daen on 17-7-2013 08:08 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2013 08:15 AM | Show all posts
kena nomot ekoq pa duk kalut lari tergesa-gesa
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Bertuah bini ni.....
Laki lari, dua kali org bukak thread kat sini dlm masa tak sampai seminggu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2013 08:39 AM | Show all posts
dikdnap ka tau sengaja menghilangkan diri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2013 09:35 AM | Show all posts
xy_daen posted on 17-7-2013 08:06 AM
Nak mati ke nak hilang segala tu memang ada tanda ke?

ari nk ujan pn ada tanda...

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 09:46 AM | Show all posts
bertabahlah puan...
sedeh..anak kecik2 lagi..laki ilang..adoii..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 09:47 AM | Show all posts
ntah2 pegi selatan thai bagi ko adik kak... ngahahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 09:54 AM | Show all posts
sengaja menghilangkn diri la tu.. sblm hilang dia wat la petanda2 sbb dia tau melayu tipikal mmg caya mende2 karut camni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 10:01 AM | Show all posts
hilang...??..
atau lari ke sempadan kahwin lain...
n ntah2 kat rumah bini muda tu..
saja jerk of phone..
sape ler nak culik jntan yg sendu jerk... Last edited by haryatie on 17-7-2013 10:02 AM

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 02:15 PM | Show all posts
jazaa posted on 17-7-2013 08:26 AM
Bertuah bini ni.....
Laki lari, dua kali org bukak thread kat sini dlm masa tak sampai seminggu.... ...

thats means warga forum ni mmg  rajin... mana tau kot2 ada forumer yg kenal / tau kat mana asben dia ada kala ni...
ian anak2 kecik lagi.. kemanala menghilangnyer suami dia.. balik la. sian anak2 n bini kat rumah tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 02:18 PM | Show all posts
alahai...sedey nye...bb baru 3 bln...huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2013 02:21 PM | Show all posts
very the documentary "Disappeared" sebegitu,

saya sering menonton show disappeared itu yg cover kes ummah ummah US yg hilang tanpa di kesan mostly nya, ada jua yg kes pengakhiran nya ada closure hidup dan mati namun majority kes tanpa closure.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 07:14 AM | Show all posts
tu hari isteri hilang, kena bawak lari Indon... ni suami lak hilang, kena bawak lari jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah2 dah kene bunuh sbb jaman skang main bunuhnya kalu x puas hati ....
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 07:31 AM | Show all posts
ntah2 sominya tue keje ala2 fbi or cia.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.126301 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list