CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7259|Reply: 40

[Jenayah] Che Siah di bunuh amah..

[Copy link]
Post time 24-6-2013 11:56 PM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR - Seorang warga emas meninggal dunia selepas ditikam dengan gunting dan disamun dipercayai oleh pembantu rumahnya sendiri di Taman Serindit, Jalan Langgar di sini hari ini.
          
        Mangsa, Che Siah Wan Nik, 75, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam bilik di rumahnya dengan kesan tikaman di rusuk kiri.
          
        Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata polis menerima panggilan pada 11.25 pagi daripada jiran mangsa yang mengatakan berlaku kes samun di rumah Che Siah.
          
        Ketika polis tiba di tempat kejadian, pembantu rumah berasal dari Batam, Indonesia berusia 38 tahun mendakwa majikannya itu dirompak empat lelaki warga Indonesia, katanya pada sidang media di sini hari ini.
          
        Beliau berkata selepas disoal siasat, polis mengesyaki perbuatan itu dilakukan pembantu rumah itu sendiri dan pemeriksaan di dalam bilik suspek mendapati suspek telah mengemaskan barang-barangnya tapi tidak sempat lari.
         
        "Polis menemui barangan kemas milik mangsa dan wang tunai RM4,000 di dalam beg suspek. Suspek dikatakan bekerja dengan mangsa selama setahun setengah dan pulang ke Indonesia Disember 2012 setelah tempoh bekerjanya tamat, dan baru kembali bekerja semula semalam," kata Adzaman.
          
        Beliau berkata selain mangsa, dua cucu perempuan dan suaminya yang uzur turut berada di dalam rumah itu ketika kejadian.
          
        "Seorang cucu mangsa berusia 21 tahun diikat di dalam bilik lain, manakala seorang lagi cucunya adalah OKU (orang kurang upaya) dan suaminya terlantar kerana uzur, cucu yang OKU pun terlantar juga.
          
        "Cucu mangsa yang diikat itu bagaimanapun berjaya melepaskan diri dan menghubungi bapanya yang dipercayai bertugas 'outstation' (luar kawasan)," katanya.
          
        Beliau berkata polis turut menemui sepasang gunting di dalam rumah mangsa yang dipercayai digunakan dalam kejadian samun dan bunuh itu.
          
        Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana menyamun dan Seksyen 302 kanun sama kerana membunuh. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2013 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak merompak tapi bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Sadis nye... rompak jelah... amik duit harta karun majikan kau... kenape mesti membunuh
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 12:24 AM | Show all posts
kesian nya. takziah kpd keluarga arwah che siah
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 12:29 AM | Show all posts
Ayoooo

Tangkap dan bagi hukuman secepat mungkin
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 12:33 AM | Show all posts
sangat jahat. dia diharapkan membantu kehidupan pasangan tua ni, tapi membunuh pula. lagi hebat, jenayah dilakukan dengan 3 orang anggota keluarga ada dalam rumah tu. semoga mendapat pembalasan setimpal.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2013 12:38 AM | Show all posts
sorg2 pon bleh buat.. mesti awal2 lg dah plan nak merompak
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
buat aku tambah benci dengn bangsa ni......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2013 12:48 AM | Show all posts
Bangsa Indon caprut.
Laknat Tuhan ke atas mereka..
Selalu menyusahkan warga Malaysis di bumi Malaysia sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 12:52 AM | Show all posts
Indon bangsat lg
Depa ni x de tamadun
Dtg sini buat huru hara
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 01:33 AM | Show all posts
Desperate pompuan nih sampai  rompak dan bunuh..waktu balik hari tu mesti something happpen sampai dia sanggup buat cam ni...ngeri tul...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 01:45 AM | Show all posts
Indon bangsat mcm ni patut lempar kt hutan terbakar sumatera saja..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 01:45 AM | Show all posts
Dapat amah ni, elok bagi kat mamat negro buat lauk sampai lunyai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2013 01:53 AM | Show all posts
Kira hebat kan boleh buat kerja sorang2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2013 01:54 AM | Show all posts
mrsLucky posted on 25-6-2013 01:33 AM
Desperate pompuan nih sampai  rompak dan bunuh..waktu balik hari tu mesti something happpen sampai d ...

Dia plan nak buat banglo kat indon kot

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 02:01 AM | Show all posts
silenceprotess posted on 25-6-2013 01:54 AM
Dia plan nak buat banglo kat indon kot

i rasa dia dah plan buat jenayah ni...ni baru sehari sampai dia buat...ada ler yang kat indon pengaruh dia buat jenayah tu..ciz before that setahun lebih bekerja dengan family ni dia tak buat...kejam pompuan ni, rasa nak maki jer pompuan keparat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2013 03:00 AM | Show all posts
kurang ajar!!! hukum gantung je
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 03:38 AM From the mobile phone | Show all posts
ni msti dah tmkn  hasutan kwan2..tak guna punya maid indon ni..  
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 06:36 AM | Show all posts
Kalau amah malaysia yang membunuh majikan indonesia, mesti dah berarak nak bakar atau lempar tahi di kedutaan malaysia kan?  Orang malaysia ni memang budi bahasa tinggi.. Sabarrr je selagi boleh.. Huhuhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 06:44 AM | Show all posts
Kurang ajar punye jawa

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.117353 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list