CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2432|Reply: 2

[Tempatan] Saya tergamam lihat api marak

[Copy link]
Post time 28-5-2013 11:28 AM | Show all posts |Read mode

Keadaan rumah papan dua pintu yang terbakar teruk di Kampung Selamat,
Pelabuhan, dekat sini, semalam.




KUANTAN – "Saya terkejut apabila diberitahu rakan rumah sewa saya terbakar, kejadian itu memang di luar jangkaan kerana di rumah saya hanya ada peti sejuk dan TV sahaja.

Demikian kata pekerja kilang paip Zarizal Abd Aziz, 26, yang baru empat bulan menyewa rumah yang disediakan majikannya di atas tanah lot, Kampung Selamat, Pelabuhan, dekat sini, semalam.

Katanya, sebelum keluar rumah untuk ke tempat kerja memang sudah menjadi tabiatnya untuk memastikan semua suis ditutup.

Bagaimanapun panggilan rakan kira-kira jam 9 pagi itu sangat mengejutkannya kerana beranggapan tidak ada barangan yang boleh mencetuskan kebakaran di rumah itu.

"Saya bergegas pulang apabila diberitahu rumah itu terbakar namun tidak ada satu pun yang boleh diselamatkan.

"Saya tergamam melihat api marak begitu cepat, sekelip mata rumah sewa yang baru empat bulan didiami itu hangus," katanya.

Selain Zarizal, tiga lagi rakan serumahnya turut tinggal sehelai sepinggang.

"Saya harap majikan dan kawan dapat membantu kami sementara kami mencari tempat tinggal lain," katanya.

Sementara itu, jiran mangsa, Abdul Manan Mustapha, 51 berkata ketika kejadian dia sedang tidur setelah pulang dari kerja.

Dia tersedar apabila terasa bahang akibat kebakaran yang berlaku di rumah sebelah.

"Angin kuat menyebabkan kebakaran merebak ke rumah saya yang terletak dua meter dari rumah itu," katanya.

Katanya, lori yang diparkir di sebelah rumah rosak dengan tayarnya terbakar sehingga merebak ke dinding rumahnya.

"Saya panik melihat dinding rumah mula terbakar memandangkan rumah saya juga dibuat daripada kayu.

"Namun saya tidak mampu untuk melakukan apa-apa, mujur ada jiran yang cepat menelefon bomba," katanya.

Penyelia Pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Gebeng, Azli Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.05 pagi dan tiba ke lokasi 10 minit kemudian.

Menurutnya, pasukan bomba tidak mengambil masa yang lama untuk sampai ke tempat kejadian kerana keadaan lalu lintas pada sebelah pagi agak lancar.

“Namun kami turut meminta bantuan daripada pasukan bomba lain iaitu Bomba Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Bomba Kuantan Port Consortium.

“Setibanya di tempat kejadian, kami dapati kebakaran sudah berada pada tahap 70 peratus di mana keadaan api yang begitu marak dan sudah mengancam rumah yang berdekatan berikutan keadaan rumah papan serta angin agak kuat pada ketika itu," katanya.

Kata Azli, dengan kecekapan 17 anggota dan tiga jentera, kebakaran berjaya dikawal 13 minit kemudian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2013 11:51 AM | Show all posts
ape la agaknyer punca kebakaran tu yer...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 11:59 AM | Show all posts
betul2 yakin ye dia ni.. dia xnak pk kena litar pintas ka.. wayar2 da hazabedah ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35712 Replies : 41
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 27799 Replies : 166
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 1381 Replies : 5
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39685 Replies : 201
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 357593 Replies : 3527
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 276839 Replies : 1508
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 25868 Replies : 102
[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HERE - Koo Kyo Hwan, Go Youn Jung, Oh Jung Se ~ Coming Soon
Rahah[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HE
Views : 27766 Replies : 8
penutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempena Thaipusam.Anda bersedia?
YgBenarpenutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempe
Views : 38472 Replies : 5
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 1937 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 11:53 PM GMT+8 , Processed in 2.307596 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list