CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6219|Reply: 52

menghindar sifat dendam

[Copy link]
Post time 21-4-2013 11:19 PM | Show all posts |Read mode
As'salam.. nak minta nasihat kawan2 semua ..  saya ni ada sifat dendam yg teruk..suka rasa nak balas dendam walaupun benda  kecik..dan ada sifat sangka buruk yg teruk.. cth kalau ada  org nasihat/tegur saya benda yg tak patut saya buat..saya mula la rasa macam tak puashati dan rasa nak cari salah org tu dengan harapan dapat nasihat dia balik..sepatutnya saya bersyukur laa  ada org tegur saya dari buat bende yg tak elok..tapi saya rasa berdendam nak  balas nasihat balik..minta kawan2 nasihatkan saya mcmmana nak hindarkan sifat buruk saya ini..
terima kasih..  Wallahu'alam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2013 11:29 PM | Show all posts
Ini soal hati..perkara yg halus2...so, mulakan belajar tassauf...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 01:42 PM | Show all posts
ada kesedaran tu pun dah bagus...  mulakan elak dari sifat2 tu semua.. den ado gak sifat mcm ni.. tapi namun nak cari salah org tu ba;lik tidak la.... cuma sentap tapi lepastu ok la balik.. skrg ni berharap sgt kalau ada org yg buat.. kita dpt maafkan.. tak nka fikir lebih.. nanti jadi mcm hang ckp tu la.. nak balas dendam ke .. sama2 berdoa semoga kita ni dpat penuhkan hati kita dgn sifat kasih syg.. bukan dendam....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2013 06:37 PM | Show all posts
saya cuba dah..maafkan org tapi hati tetap tak tenang..dalam hati saya berterima kasih ada org tegur saya  .. tapi hati tetap tak tenang  .. mcm mana nak tenangkan hati dan redha semua serta lupakan terus...kawan2 ada tip tak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 12:32 AM | Show all posts
bagus kesedaran ni,

ini hal susah...ada kena menderita utk mengatasi masalah ini...

sehingga anda sudah berjaya menghindari, itu petanda insyaAllah anda berada dlm kategori manusia yg diredhai Allah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2013 09:00 AM | Show all posts
ada amalan khusus ke.. untuk kita redha sesuatu perkara dan melupakannya terus.. untuk mengelak dari kita sakit hati dan ingin membalas dendam.. Last edited by relaxjek on 23-4-2013 05:30 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-4-2013 09:03 AM | Show all posts
sesape kat sini pernah mengalami ape yg aku alami.. dan macam mana korang handle?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 04:13 PM | Show all posts
salam

Hati keras

Punca hati yang keras termasuk:
         * Berpaling dari Allah .. semoga Dia d'muliakan dan d'tinggikan dan
         * Tidak membaca al-Quran
         * Sedang sibuk dengan dunia ini dan memberi tumpuan kebanyakannya pada itu,
         * Dan tidak memberi perhatian kepada perkara-perkara ugama

kerana mentaati Allah, Dia boleh d'tinggikan, membuat lembut hati
dan membawa sesorang kembali kepada Allah,
Dia mungkin d'berkati dan mulia.

Ubat untuk itu adalah untuk kembali kepada Allah ..
bertaubat kepada-Nya
ingat Dia banyak
banyak membaca al-Quran
dan melakukan amar makrof .. sebanyak sebagai boleh mampu .

wassalam


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2013 06:39 PM | Show all posts
wow..ada perasaan untuk berubah tu mmg bagus..
mcm2 bleh buat sbnrnya..

sy nk tmbah :
banyakkan solat berjamaah..
amalkan sadaqah~
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 02:10 PM | Show all posts
Kita ni relax.. kalau ikutkan hati nak juga balas dendam.. especially to kawan2 yg pernah buli and juga org2 yg pernah sakitkan hati.. tapi for what... cam baru ni.. i know this fren of mind yg dulu nya tak suka kit alebih dari dia.. yg suka ambik tau pasal kita  melebihi had sepatutnya.. tapi pasal dia pandai pulak dia nak rahsia.. dia dpt sesuatu yg dia nak sgt... i boleh je wish dia tak dpt.. tapi instead.. i wish for her that apa yg dia nak tu dapat la... sbb... i dunno.. tak nak dendam ni lama2 merosakkan hati sndiri... tapi mungkin sbb dia masih bertegur dgn kita.. tak tau lah... yang lagi sorg tu.. kes yg sama... tapi tak tau mana silap.. me tak ckp apa pun.. smpai skrg yg dia nak... hmm tak tau la ye... anything yg kita nak buat ... i think better we leave it to the above... kita jgn buat cam org tu buat.. maafkan is the best medicine i guess...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2013 04:35 PM | Show all posts
tq tq bebanyak kawan2 atas nasihat.. skang ni nak cari ketenangan hati.. moga Allah makbulkan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 05:57 PM | Show all posts
mm.. susah nak kata. sy pun ada simpan dendam...
kalo ingat mmg sakit jiwa
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 01:52 AM | Show all posts
mix_chinese posted on 24-4-2013 05:57 PM
mm.. susah nak kata. sy pun ada simpan dendam...
kalo ingat mmg sakit jiwa

salam

ini simpan dendam yang mengidam ke ..?
kalau begini tak jadi apa ..

Nabi s.a.w. bersabda ..
‘‘Dua sifat yang tidak terdapat dalam hati seorang mukmin ialah
  • kikir
  • budi pekerti yang jahat.’’
Riwayat Atthurmidzi

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 09:08 AM | Show all posts
hmm...interesting...

memaafkan kesalahan seseorang tu sesuatu yang mudah dilafaz tapi nek bebetul buat hati kita clear tu that 's a challenge, selalunya kita sendiri yang kena didik hati kata : I am not going to the grave with this thing anyway so forget it lah


tapikan tulah dalam memaafkan tu lebih baik

apa pula pandangan ahli forum sekalian tentang satu pernyataan ni :-

kita boleh memaafkan seseorang  dan lupakan tetapi kita juga berhak untuk berhati hati dengannya untuk keselamatan diri kita juga  so...dengan itu org yg memaafkan itu memilih untuk menjauhkan dan hanya berkomunikasi apabial perlu - sebab tujuan untuk elak benda negatif macam pertengkaran, balah dan umpat

macam mana tu sebab  dalam situasi kerja kita akan bergaul dan mendengar cerita macam macam jadi saya kaitkan contoh ini dengan tajuk dan tema thread ini

so...apa pendapat anda?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 09:38 AM | Show all posts
NorAddin posted on 25-4-2013 01:52 AM
salam

ini simpan dendam yang mengidam ke ..?

mengidam lain lah..

mbf, memaafkan kat mulut, tapi hati..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 12:17 PM | Show all posts
relaxjek posted on 23-4-2013 09:00 AM
ada amalan khusus ke.. untuk kita redha sesuatu perkara dan melupakannya terus.. untuk mengelak dari ...

i guess tt ni mesti kategori mude lagi kan....

saya xde amalan khusus, tapi bebile rase marah ato tidak tenang
cepat2 istighfar byk2 kali, sambil2 zikir lailahaillallah
insyaallah beroleh ketenangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2013 03:44 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 25-4-2013 09:08 AM
hmm...interesting...

memaafkan kesalahan seseorang tu sesuatu yang mudah dilafaz tapi nek bebetul ...

salam

kita tidak membenci sesorang itu ..
tetapi membenci perangai burok nya itu boleh ..

kita faham manusia itu daifa .. lemah ..
tapi perangai itu boleh d'ubah ..

Nabi s.a.w. bersabda;
‘‘Duduk sendirian itu lebih baik dari mendekati orang yang durjana,
sedang bergaul dengan orang yang baik(soleh) itu lebih baik dari duduk sendirian.’’  
Riwayat Al-Haakim

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 03:53 PM | Show all posts
mix_chinese posted on 25-4-2013 09:38 AM
mengidam lain lah..

mbf, memaafkan kat mulut, tapi hati..

salam

Dari Abu Hurairah r.a. dari,
Nabi s.a.w. bersabda,
maksudnya;
‘‘Orang yang menutub aib orang lain di dunia,
nescaya Allah menutup aibnya pula kelak di hari Kiamat.’’  
Riwayat Muslim

== == == ==

Dari Abu Darda r.a. katanya
Rasulullah s.a.w. bersabda;
‘‘Orang-orang yang suka mengutuk
tidak dapat memberi syafaat dan memberi kesaksian pada hari kiamat.’’
Sahih Muslim

== == == ==

Rasulullah s.a.w. bersabda;
‘‘Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah.
Sedangkan dosa ialah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada,
padahal engkau sendiri segan perbuatanmu itu akan diketahui orang lain.’’
Sahih Muslim

wassalam



Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 04:29 PM | Show all posts
NorAddin posted on 26-4-2013 03:53 PM
salam

Dari Abu Hurairah r.a. dari,

tak faham la. apa kena mengena ?

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 04:50 PM | Show all posts
mix_chinese posted on 26-4-2013 04:29 PM
tak faham la. apa kena mengena ?

salam

maksud saya Hati itu very important ..
bukan sekadar lafas d'lisan saja ..
tapi hendaklah d'benarkan d'dalam Hati ..

Dari Abu Hurairah r.a. katanya,
Nabi s.a.w. bersabda;
‘‘Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada
  • rupa dan
  • hartamu,
tetapi Allah melihat kepada
  • hati dan
  • amalmu.’’
Sahih Muslim

Dari Abu Darda r.a. katanya
Nabi s.a.w. bersabda:
‘‘Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikkan
bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan
melainkan malaikat mendoakannya pula.
Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikkan pula.’’
Sahih Muslim

wassalam


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.348443 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list