Kata kan lah korang dah jumpa seseorang yang korang rasa menepati citarasa korang dari segi kerjaya, sikap, latar belakang.. memang menepati kriteria lah…. Tapi x syoknya si dia ada lak kekurangan. Iyer la semua orang ada kekurangan kan..nak cari yg perfect tu dlm filem, ngan novel jer lahkan…saja nk tahu antara kekurangan pada physical appearance yang mana yang masih korang semua ‘’boleh terima’’…
1. alamak..besarnya dia.. maksud ai cam gemuk, boroi, obes ker...sedangkan korang kecik miut jer
boleh diterima: kalau obes, ajak la si dia exercise ngan korang selalu..smbil2 exercise dpat eratkan hubungan kan
tak boleh diterima: nanti orang ingat bapak dengan anak pulak
2. Banyak bulu...ni bangla jual carpet ker..sekali mak aiii tangan penuh bulus..takleh nak imejin camner lak tang bulu dada ... nanti boleh buat lagu cinta muka bulu..
boleh terima: seksi wooo...laki ada bulu, baru betul2 jantan kan
tak boleh diterima: geli arrhhh
3. Alamak..sekali dia senyum...terserlah gigi yang berkarat tu
boleh diterima: bawa jer jumpa dentist
tidak boleh diterima: nanti dah kawen..geli lah nak kiss
4. muka hensem...tapi berjerawat, berminyak, berlubang plak..contoh macam farid kamil
boleh diterima: ala dermatologist kan berlambak,,, kang hensem sangat kena kebas lak..
tidak boleh diterima: mesti jenis tak jaga kebersihan
5. Bau badan...'harummmmm semerbak" bau peluh, badan, ketiyaakkk..semua bercampur menjadi satu..tu baru sebatu jaraknya..kalau seinci
Boleh diterima: sembur jer perfume.. Tak boleh diterima: camner nak menghadaphari2..
6. Semua di atas korang boleh terima…
Maklumlah diri sndri pun ada tak perfect..ok lah tu sebab dah memenuhi kriteria yang lain..yang penting hati budi kan
7. Semua di atas korang memang2 tak boleh nak terima..
Banyak lagi pilihan korang ada…apa lagiii cabotttt…hehe
Ai pun x sempurna juga.. tba2 tepikir pasalni..korang chill yer.. xmahu gaduh2.. mybe ada yg tersinggung bila ai komen babkekurangan fizikal ni…sebab tu ai letak boleh diterima ker idak.. Ikutkan ai nk wat poll yang mana option yang korang boleh terima dan yang mana tak boleh terima.. tapi cam x boleh jer..so korang vote yang mana korang ‘’boleh terima”..lagi bagus kalau boleh bagi alasan yer..yang korang x boleh terima,agak2 kenapa la..
p/s: momod kalau dah ada poll camni, sila lah delete atau buat apa2 yang patot
Last edited by hanasensei on 16-2-2013 03:17 PM
|