CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 19235|Reply: 42

Kelas Mengaji Al Quran Kaedah Al Baghdadi

[Copy link]
Post time 7-9-2012 05:43 PM | Show all posts |Read mode
Salam parents....

Saya nak tanye ade tak dikalangan carians yang hantar anak-anak ke kelas yang menggunakan teknik Al Baghdadi?? Kalau ada boleh share kat sini macam mana pendekatan yang digunakan?? Keberkesanan dia terhadap kanak-kanak???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2012 07:05 PM | Show all posts
Saya pon nak tahu. Sbb baru nak register anak2.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 02:08 PM | Show all posts
Up sikit thread ni..sebab me pun baru nak hantar anak malam ni ke kelas pertama...umur dia baru 5 tahun..harap otak dia menyerap macam spongebob!! hehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 02:09 PM | Show all posts
Kalau ada ibu bapa yang dah hantar.. meh ler share sikit pengalaman tu..katanya full cycle kelas ini ambik masa 6 bulan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2014 02:24 PM | Show all posts
AmMiNafeesa posted on 16-1-2014 02:08 PM
Up sikit thread ni..sebab me pun baru nak hantar anak malam ni ke kelas pertama...umur dia baru 5 ta ...

ammi nnt bole la u share ngan kitorg berkesan ke x cara ni yeh...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 02:42 PM | Show all posts
AmMiNafeesa posted on 16-1-2014 02:09 PM
Kalau ada ibu bapa yang dah hantar.. meh ler share sikit pengalaman tu..katanya full cycle kelas ini ...

kelas dia seminggu sekali atau setiap petang...coz kat tempat aku dia buat seminggu sekali jer..so mcm mn anak ko ok ker dia study sana...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2014 02:52 PM | Show all posts
kebayaunggu posted on 16-1-2014 02:24 PM
ammi nnt bole la u share ngan kitorg berkesan ke x cara ni yeh...

sure will do..berdebar-debar jugak ni..tapi seem my boy tu selalu tgk kat tv dia mcm minat pulak..tapi tak tau la kan hakikatnya..ok ke tak my boy ni..heheheh...harap2 ok la...apa lagi mau buat? budak 5 thn ni cepat sikit serap ilmu
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 02:53 PM | Show all posts
poyohabis posted on 16-1-2014 02:42 PM
kelas dia seminggu sekali atau setiap petang...coz kat tempat aku dia buat seminggu sekali jer..so ...

kat sini pun seminggu sekali...malam ni..khamis malam jumahat
tak tau lagi la cemana, baru nak ngantor ni..
harap2 ok....apa lagi nak buat,dr dok nganga kat rumah kan...hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2014 02:55 PM | Show all posts
ustazah tu cakap..yuran dia untuk 6 bulan ialah rm300 dan set belajar tu rm30...
mudah2an ada la jugak ilmu yang tersangkut
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 02:57 PM | Show all posts
AmMiNafeesa posted on 16-1-2014 02:53 PM
kat sini pun seminggu sekali...malam ni..khamis malam jumahat
tak tau lagi la cemana, baru nak ng ...

ooo kat sini ari ahad katanya...tp disebabkan seminggu sekali takut anak aku lupa lak..alih2 aku anta dia pegi mengaji kat ustazah dl ari ahad - khamis...nanti dah sebulan dua ko bg perkembangan anak ko yer...mn tau tahun dpn leh anak aku join ke kan..mcm duk sebelah umah jer aku nie
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 02:59 PM | Show all posts
AmMiNafeesa posted on 16-1-2014 02:55 PM
ustazah tu cakap..yuran dia untuk 6 bulan ialah rm300 dan set belajar tu rm30...
mudah2an ada la ju ...

ooo murah la..yg kat sini lak ckp yuran 6 bulan tu rm300 disebabkan kalo anak aku baru nak join kelas..tambah lagi rm175 tuk set belajar n buku2 katanya...tp dia kata kalo tak nak byr sekali gus..mula2 byr rm275 lps tu dua bulan pertama byr rm100 msk bulan ke empat dah tak payah bayar dah...aku kalo tiap2 ari tu seronok gak nak anto..tp seminggu sekali..takut lupa mcm maknya nie kuat pelupa
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 03:18 PM | Show all posts
poyohabis posted on 16-1-2014 02:59 PM
ooo murah la..yg kat sini lak ckp yuran 6 bulan tu rm300 disebabkan kalo anak aku baru nak join ke ...

ooohhh...so kat sini cam murah la sikit..ala budak2 kecik apalagi nak buat..at least kat rumah mak dia ulangkaji sesama..nanti kat center tu ustaz tunjukkan..hihihi...me kena gigih usaha nak hantar anak belajar sesuatu utk tahun ni..
me dah ada target so kena make it perfect!
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 10:55 AM | Show all posts
seminggu sekali je erk?aku pernah survey...3kali seminggu...
last year konon nk anta...budak 4thn dia x nak...

thn ni baru nk g tanya lagi...tunggu mak dia bersalin abis pantang dlu.hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 11:21 AM | Show all posts
Dah hantar Khamis malam Jumaat yang lalu,
bayar RM100 dulu dapat 1 kitab dan 1 alat ketuk tu..
Kiranya sebulan RM50 yurannya
tapi muskil pulak sebab ada kawan hantar anaknya kat branch seksyen 13, anaknya dapat buku latihan dotdot belajar tulis huruf alif ba ta dulu,bayaran sama cuma kawan me ambik 2 kali seminggu so monthly fees dia rm100..sedangkan anak me terus baca kitab dan guna alat ketuk tu.
Nanti minggu ni nak tanya la kat center tu kenapa lain2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 10:32 AM | Show all posts
Aku pon antar 2 anak aku kt situ. 5 & 8 thun. 3 bulan rm300. Sambung 3 bulan kalo budak xleh baca lagi. Register rm75 dapat buku xtvt, buku baghdadi tu & alat ketuk. Baru 3 kali pergi. Setiap Sabtu pagi 830-1030. So far aku tgk anak2 seronok nak pi kelas ngaji ni..dia bukan takat ngaji ketuk2 tu je..ade xtvt lain gak..menulis..ade main2..so bdak2 takde boring sgt. So ok la dari aku ajar iqra' dulu depa xnak ngaji sangat...boring kot aku ajar x best
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 10:48 AM | Show all posts
Mempelajari Asas Al-Quran dengan menggunakan Teknik Al-Baghdadi mempunyai kelainannya tersendiri. Kelas dan kelab teknik Al-Baghdadi diwujudkan adalah untuk
memberi peluang kepada orang ramai mempelajari teknik ini dengan lebih berkesan
lagi. Terdapat 10 sebab mengapa kita perlu mempelajari asas al-Quran dengan teknik
Al-Baghdadi :

1.MUDAH
Teknik Al-Baghdadi merupakan 1 teknik mempelajari asas al-Quran yang sangat mudah. Dengan menggunakan pendekatan SAS (Struktur, Analisis dan Sintesis) kita akan dapat menyebut dan menguasai 336 bunyi dengan baik dan tepat. Seterusnya dapat membaca Al-Quran dengan baik.

2.PADAT
Untuk seseorang itu dapat membaca Al-Quran dengan sebutan makhraj yang betul, teknik ini hanya memerlukan 1 buah buku yang ringkas tetapi padat. Hanya terdapat 22 muka surat sahaja dalam buku Tamhid (asas) sudah cukup untuk mempelajari asas Al-Quran.

3.MENARIK
Teknik ini sangat menarik kerana di dalam mempelajarinya, kita akan menggunakan kombinasi pancaindera penglihatan, pendengaran, pertuturan dan kinestetik (pergerakan) dengan menggunakan beberapa peralatan seperti alat ketuk, kad imbasan dan permainan ‘Playtime’ yang tidak terdapat dalam kaedah-kaedah yang lain. Pembelajaran akan lebih menyeronokkan.

4.CEPAT
Oleh kerana bilangan mukasuratnya yang sedikit, secara lojiknya jika mempelajari teknik ini sebanyak 1 muka surat selama 1 hari, maka ia hanya memerlukan 22 hari sahaja untuk membolehkan seseorang itu dapat membaca al-Quran. Jika 1 muka surat dapat dikuasai hanya dengan 1 jam, maka ia hanya memerlukan 22 jam (kurang dari sehari) sahaja untuk dapat membaca al-Quran.

5.SESUAIKaedah TERBAIK ialah kaedah yang paling sesuai dengan seseorang itu. Ternyata dan terbukti Teknik Al-Baghdadi sesuai untuk semua golongan tanpa mengira perbezaan umur mahupun tahap pembacaan al-Quran seseorang. Bagi mereka yang masih belum tahu membaca al-Quran, inilah pilihannya untuk mempelajari asas Al-Quran. Bagi mereka yang telah mahir al-Quran inilah teknik yang boleh digunakan untuk membantu orang lain mempelajari asas al-Quran.

6.TERBUKTI
Teknik Al-Baghdadi telah 3 tahun digunakan di Malaysia, ia telah membantu lebih 100,000 umat Islam membaca Al-Quran dengan lebih sempurna iaitu dengan bacaan secara ‘Tartil’. Kini masyarakat telah menerima teknik ini sebagai pilihan terbaik dan terkini. Banyak testimoni yang telah diperolehi mengenai kelebihan teknik ini.

7. YURAN BERPATUTAN
Yuran untuk menyertai kelab Al-Baghdadi amat berpatutan. Dengan kadar bayaran serendah RM25.00 untuk 1 sesi pembelajaran selama 2 jam, ia sangat berbaloi. Tidak ada yang lebih berharga di dalam kehidupan seorang Muslim selain dapat membaca al-Quran dengan baik seperti apa yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w.

8. MENGAKTIFKAN MINDA
Manusia dianugerahkan oleh Allah dengan akal fikiran (minda) melalui otak. Otak kiri dan otak kanan mempunyi tugas dan fungsinya tersendiri. Melalui penggunaan alat ketuk dalam teknik Al-Baghdadi , minda kiri dan kanan akan terangsang secara fisiologinya kerana hasil kombinasi pergerakan tangan (pergerakan kanan dan kiri) yang diiringi dengan menyebut bunyi-bunyi 29 makhraj huruf hijaiyah . Proses pembelajaran menjadi lebih seronok dan kita akan dapat memberikan fokus ketika belajar.

9. PILIHAN SESI
Program Kelab Al-Baghdadi diadakan di seluruh Al-Baghdadi Training Centre (ATC) dan Al-Baghdadi Learning Centre(ALC) yang terdapat di negeri dan daerah di Malaysia. Peserta boleh memilih sesi yang sesuai dengan pilihan mereka. Ada sesi pagi, sesi petang, sesi malam dan sesi hujung minggu.

10. PILIHAN LOKASI
Kini teknik ini boleh dipelajari di pusat-pusat pembelajaran al-Quran ATC dan ALC di seluruh negara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2014 10:51 AM | Show all posts
terima kasih atas tambahan info
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 10:59 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 09:57 AM | Show all posts
Tapi macam mana eeekkk, kelas anak saya cuma bagi kita Tamhid tu dgn alat ketuk shj, takde pun buku latihan asas huruf hijaiyyah.
Dah la anak saya memang tak tau/kenal sgt lagi huruf2 hijaiyyah,
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
mahalnya mengaji skrg nih
kt kg free je takde teknik2 pun mai beramai2 umah jiran yg ngajor org ngaji..
sygnya zaman nih xde dah yg nk ngajor ngaji free gituhhhh
yg xbestnya bayaran mahal tp 1-2 kali je seminggu kt kg free tp everyday huhuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.209538 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list