CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4633|Reply: 20

Hidayah Allah s.w.t

[Copy link]
Post time 3-6-2012 09:36 AM | Show all posts |Read mode
mungkin tajuk aku ni agak klise kan, sebenarnya aku nak tanya macam mana kita
sbg manusia biasa ni nak dptkan hidayah Allah s.w.t?

apa sebenarnya hidayah Allah s.w.t? cara nak dapatkannya?

adakah bila dh dpt hidayah Allah s.w.t tue akan kekal atau hanya sementara shj?

bagaimana kita tahu yg kita ni dh dpt hidayah Allah s.w.t?
adakah hidayah ni dtg sendiri atau kita kna carik?

pendapat mengenai perkara ini amat di alu alukan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2012 12:31 PM | Show all posts
tanya ngeh ko ham dan nga kor ming
mcm mane dia dapat hidayat Allah
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 01:33 PM | Show all posts
kalau dah beriman dan yakin akan Allah dan rasulNya dah dapat hidayah la tu... nak dapat taufik dan lain2 kena usaha lah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2012 12:36 AM | Show all posts
hidayah dari ALLAH datang dengan sendiri ke? atau kita perlu cari?
mohon sesape yg arif, tolong jelaskan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2012 09:33 AM | Show all posts
aku takde la alim mane.
tapi aku de dengar ceramah ustaz sorang nih
tajuknye mencari hidayah.

ringkas ceritanya, hidayah Allah ni kita perlu cari.
maksud tersiratnya aku tak tau.
tapi secara practicalnya kita kene berusaha.

contoh: kalo tak tutup aurat, cubala tutup aurat.masa mula2 tutup aurat tu mmg la rasa tak best je kan, hati memberontak, tak senang. tu sebenarnya cuma mainan nafsu yang diperalatkan oleh syaitan yang memang kerjanya ajak manusia wat jahat.
nnt lama2 InsyaAllah mesti akan terasa hidayah tu meresap dlm diri, masa tu ketenangan akan datang.

pendek kata, azam kene kuat, yakin akan kekuasaan Allah.
dlm surah Al-Baqarah(tak ingat ayat brapa) sudah termaktub, Allah menyukai hamba-Nya yg sentiasa berubah utk lebih baik.(lebih kurg camnnila terjemahannya kalo x silap)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2012 01:29 PM | Show all posts
ada yg di anugerah
ada yg kena cari
ada yg dah mati baru dapat

yg dianugerah tu...pahalanya besar kannn
yg mencarinya plak....pahalanya sangatsangat besarrrrrrr
yg jenuh pi dok mencari
    pahalanya paling paling paling besarrrrrrrrr
    walaupun kematian sedang mengamitnya

yg mati baru dapat hidayah........faham2 saja leeee

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2012 04:06 PM | Show all posts
apa pun semua, hidayah adalah datang dari kehendak Allah itu sendiri....
dapat kita lihat bukti dan contoh ini pada kisah bapa saudara Rasulullah itu sendiri iaitu AbuTalib yg membesarkan Nabi Muhammad sejak dari kecil lagi....

di waktu Rasulullah di lantik menjadi Rasul dan beliau berdakwah, byk peristiwa dapat Abu Talib lihat pada diri Rasulullah dan pada sahabat sekeliling baginda dan juag pelbagai peristiwa yg bermacam macam....

tetapi Rasulullah tetap menyeru dan berdakwah pada Abu Talib itu sendiri sehinggalah ketika sampai diri Abu Talib itu uzur sehinggalah kepada meninggal dunia...
ini adalah contoh besar dan jelas ke atas diri Rasulullah dan saudara mara Beliau sendiri...

jadi, nur hidayah itu datang dari Allah dan Dia memberikan kepada siapa siapa yg Dia kehendaki.....tetapi sebagai manusia, kita juga bergerak dan terus berusaha, lakukan sepertimana contoh Rasulullah....Beliau gesa supaya kita byk membuat kebaikan, byk membaca dan berusaha dalam apa jua perkara kebaikan dan manfaat...
itu adalah lebih baikdari tidak melakukan apa apa perkara.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 04:21 PM | Show all posts
mungkin tajuk aku ni agak klise kan, sebenarnya aku nak tanya macam mana kita
sbg manusia biasa ni  ...
aina_shaira Post at 3-6-2012 09:36


Assalamualaikum anina_shaira,

Miker bertanyakan mengenai HIDAYAH.
Bagaimana seseoghang itu mendapatkannya?
Dan apa yg di rasai seseoghang pabila mendapat hidayah?

Bukankah dgn memasuki forumcari dan Board Islam & Muslim ini adalah HIDAYAH dari Allah swt???
Dalam ribuan forumis yg memasuki forumcari ini................miker adalah oghang yg TERPILIH utk memasuki Board ini.
Dan miker ingin mengetahui berkenaan ilmu ilmu Agama.

Ini lah HIDAYAH yg miker cari dan bagaimana rasanya???

Ghamai yg masuk board artis, penyanyi, auto........cintan cintun.

Tetapi miker masuk ke Board ini dan bertanya berkenaan ilmu Agama.
Allah swt telah mendorongkan miker utk mencari ilmu Agama.
Mendekatkan diri kpd NYA.

Bagaimana?
Ia adalah dgn ILMU dan AMAL.

Waallahua'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2012 02:05 AM | Show all posts
Salam. Menarik persoalan ini. Sememangnya hidayah adalah milik Allah. Dan manusia dituntut untuk mencari jawapanNya. Ada tekniknya cuma perlu faham terlebih dahulu. Surah yang pertama diturun adalah surah ini Al-A'laq http://www.surah.my/96 . Kunci untuk memahami hidayah. Surah Al-Fatihah perlu faham untuk pastikan kita berada di track yang betul. Kerana kunci2 inilah ramai yang lalai dan akhirnya tidak terlepas hidayah dari Allah SWT. Maksudnya apa yang kita lakukan baik dari segi tindakan, tutur kata dan kepercayaan semuanya semata-mata kerana Allah (tauhid). Tuntutlah ilmu dan istiqomah dalam mengenal Allah SWT. Lihat pada bukti yang HAK dan jgn lihat kepada yang batil melainkan anda berpendirian TEGAS dan hanya takut pada ALLAH. Sebenarnya, rakan-rakan ada menerangkan banyak di awal topik. Nak khususkan apa yang saya terangkan adalah khusus yang mahukan maklumat hidayah secara asas. Boleh dikatakan keseluruhan ayat suci Al-Quran menerangkan perihal diri kita dalam melaksanakan perintah ALLAH. Hidayah akan datang kepada yang kerap muhasabah diri dengan perkara-perkara jahil terdahulu yang kita lakukan. Dalam mencari hidayah TIDAK ADA SYARAT melainkan apa yang diperintahkanNYA. Saya ulang sekali lagi mencari hidayah TIDAK ADA SYARAT melainkan apa yang diperintahkanNYA. Carilah guru-guru agama yang tidak berpolitik dalam beragama dan hanya mengajar agama (Al-Quran dan Hadis) dalam erti kata sebenar. Insya'allah, Allah akan beri hidayah kepada mereka-mereka yang DENGAR dan TAAT kepada perintahNYA dalam erti kata sebenar. Allah jualah yang lebih mengetahui akan hidayah ini. Wallah hualam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 02:20 AM | Show all posts
Cuba kita lihat alam yang Allah ciptakan, terdapatkah apa-apa yang tidak sempurna di sebalik Yang Menjadikan Alam Ini? Tak cukupkah hidayah yang Allah SWT berikan untuk kita mencari hidayah yang lain? Allah SWT menjadikan 1 nama iaitu hujan untuk menghidupkan makhluk dimuka bumi, tapi manusia memerlukan banyak perkara untuk menjadikan makanan yang asalnya datang dari ALLAH, tidakkah cukup dengan bukti HIDAYAH yang jelas? Cuba lihat nyamuk, berapa ramai yang melihat kepada kebaikkan kejadian yang datang dari Allah? Bila kita bersangka baik dengan Allah, maka selesailah masaalah hidayah kerana apa yang saya sampaikan ADA DALAM AL-QURAN yang sebenarnya. Ada banyak lagi hidayah yang tak memerlukan kebatilan untuk kenal Yang Menciptakan SEGALA-GALANYA. Bacalah! Dengan perbuatan mu, Bacalah! Dengan kata-kata mu, Bacalah! dengan hati mu... Semuanya Kerana ALLAH SWT. Insya'allah, itulah HIDAYAH yang HAK yang Allah SWT mahu dari umat-umat yang BENAR-BENAR mahu beriman dan yang mahu menambahkan taqwa kepadaNYA dalam erti kata sebenar dengan bukti-bukti yang jelas.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 11:29 AM | Show all posts
yang pasti, bile kita dah mula lakukan kearah kebaikan, kita hendaklah istiqomah melakukan kebaikan itu....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 02:26 PM | Show all posts
istiqomah berterusan  buat amal kebajikan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 09:56 PM | Show all posts
sapa ada majalah SOLUSI isu ke - 30 ?

ada dibicarakan tiga kemanisan iman...


so ade yg tahu tentang kemanisan iman?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 10:50 PM | Show all posts
Hehehe.... saya nak sebut satu aje... Kemanisan TAQWA antara THE BEST!!!! Dunia insya'allah dapat tambah di akhirat.... Sesungguhnya TAQWA kunci KEJAYAAN!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 11:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by Abangcute at 6-7-2012 00:21

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai,
(Al-Qamar 54:54)
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
(Al-Baqarah 2:4) -> Bacalah Al-Quran kalau nak berjaya disana...
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
(Al-Baqarah 2:5) -> Dengan baca Al-Quran banyak perkara yang kita tahu apa yang Allah nak dari kita
Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
(Al-Baqarah 2:6) -> Kalau tengok ayat ni seakan-akan orang-orang yang TIDAK MEMBACA AL-Quran.
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
(Al-Baqarah 2:7) -> Antara bentuk kesesatan yang Allah berikan kepada yang ingkar tidak mahu belajar Al-Quran

Komen ringkas : Saya just beri penjelasan dari vers AL-BAQARAH yang menyebabkan SAYA sudah mula baca sejak awal tahun ini. Al-hamdullillah dengan izin Allah dan ilmu agama yang saya perolehi sebelum dan setakat ini sebenarnya TAK SUSAH PUN NAK BACA AL-QURAN melainkan kalau hati dah dimeterai olehNYA. Kadang-kadang sedih kerana waktu kecik2 dulu tak der siapa yang nak bimbing saya mengenal Tuhan dalam erti kata yang sebenarnya. Sememangnya untuk yang baru nak belajar Al-Quran makan masa 6 bulan atau lebih... tetapi masa akan menjadi singkat selepas KHATAM untuk kali pertama. Zaman ler ni ada teknik baca Al-Quran seperti Al-Baghdadi... Gi lah belajar untuk asas... Sebenarnya membaca Al-Quran menenangkan hati dan minda. Kalau kita tak faham bahasa arab gi cari Al-Quran yang ada penerangan detail vers dalam bahasa melayu. Nasihat, sebaiknya carilah guru yang SESUAI dalam mendalami agama. Insya'allah kita sama-sama usahakan bersama-sama yak!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2012 10:32 PM | Show all posts
Hehehe.... saya nak sebut satu aje... Kemanisan TAQWA antara THE BEST!!!! Dunia insya'allah dapat ta ...
Abangcute Post at 5-7-2012 22:50



susah tak nak capai sampai tahap Taqwa itu..? kena betol2 istiqomah, gitu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2012 10:46 PM | Show all posts
Yups. Bila beriman maka akan lahirlah taqwa. Orang yg bertaqwa antara mereka2 yg Allah pilih utk menjadi role model. Sesiapa yg melaksanakan amal makruf dan hindar mungkar dalam erti kata sebenar akan memperolehi taqwa dan hidayah yang kita damba2kan. Nak tau rasa taqwa? Bila lahir mata hati, bila lahir keikhlasan, bila dalam solat setiap bacaan dalam solat akan menyebabkan air mata mengalir tanpa bersebab dan selepas selesai solat segala yg rungsing perihal dunia selesai begitu aje. Hanya orang yg bertaqwa tidak menyumbong diri dengan Allah dan seisinya yg ada di dunia yg fana ini. Hanya orang yang bertaqwa tak takut utk menegakkan kebenaran yg hak dan bukannya kepalsuan yg kita sering dengar. Kepada pemimpin parti yg mengeluarkan kenyataan mengajak umat Islam utk tidak ke Mekah kerana politik, maka anda telah mengikut telunjuk taghut dan jelas anda menyesatkan umat Islam dengan taghut bukan kerana Allah dan pasti tiada keuntungan anda di akhirat dengan taghut. Dan kepada yg menggunakan agama demi merealisasikan taghut, maka tiada petunjuk dan taqwa yg akan anda dapat. Apa jua hujah (walaupun hudud diusulkan) dan amalan anda tertolak walaupun ada kebaikkan.
Saya seru kepada yg mahu beriman dan bertaqwa, percayalah kepada Allah yg satu. Bukannya percaya kepada taghut. Kerana ingin merdeka kita lupa Allah? Tidakkah jelas bukti kesesatan yang Allah beri kepada mereka2 yg tidak memahami erti kehidupan yg sebenar? Yg memberikan keputusan Yang Maha Adil kepada manusia atas perbuatannya itu siapa? Tak takutkah anda dengan Pesanan Dari Allah Yang Maha Berkuasa? Ini sekadar ingatan sebelum datang bencana yang paling buruk iaitu kacau-bilau yang paling dahsyat di Malaysia. KepadaNya kita memohon perlindungan. Wallah hualam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 12:14 AM | Show all posts
Pendapat me yg tak seberapa..

Hidayah Allah ni, ada byk level..kalo level yg paling besar ni..mmg totally yg berubah..dari artis ke penceramah..tetapi..ada jugak level yg kecil yg tak berapa nampak..contohnye..solat awal waktu, banyakkan amalan sunat, contoh puasa sunat, solat sunat..hatta baca yassin malam jumaat pun hidayah allah juga...baca buku2 agama, surf blog2 agama jugak sebahagian hidayah Allah..

Hidayah Allah mesti dicari. To me, org yg mencari hidayah, adalah antara golongan2 yg sudah mendapat hidayah Allah. Wallahua alam..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 01:34 AM | Show all posts
hidayah dari ALLAH datang dengan sendiri ke? atau kita perlu cari?

mohon sesape yg arif, tolong jelaskan..
zarith_dayana Post at 1-7-2012 00:36



Bukan arif. Sekadar berkongsi pandangan sahaja.

Ada 2 cara:
1. Hidayah yang ALlah swt kurniakan (bahasa anda: datang sendiri)
2. Hidayah yang dicari

Sebagai seorang Islam, cara yang paling selamat adalah "hidayah yang dicari"

Bagaimana nak cari hidayah? Ada banyak cara. Tapi yang paling penting dan asas:
1. Jaga hati. Sentiasa berusaha untuk membersihkan hati. Sentiasa berusaha apabila buat sesuatu ikhlas semata-mata kerana ALlah swt. Tidak inginkan pujian manusia (tidak riya). Tidak juga kagum atas diri sendiri (tidak ujub). Buang jauh-jauh perasaan dengki dan iri hati. In short, hati adalah pusat yang mengawal fikiran, pertuturan dan perbuatan kita.     

2. Jaga akhlak. Hati yang bersih akan melahirkan akhlak yang mulia. Salah satu missi paling besar RasuluLlah saw adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia. Missi paling besar, aqidah mentauhidkan ALlah swt. Akhlak yang baik termasuklah pertuturan yang baik-baik, menulis perkataan yang baik-baik, mendengar perkataan yang baik-baik dan kelakuan yang baik-baik. Akhlak yang baik terhadap semua, terutama kedua ibu-bapa, jiran-jiran, sahabat handai, saudara mara etc.

3. Berusaha untuk menjaga sholat (lelaki sholat berjemaah), puasa, zakat dan membaca al Quran setiap hari. Duduk dalam majlis ilmu (termasuk juga membaca buku-buku berkenaan Islam). Cuba mendampingi ulama dan orang-orang soleh.     

Untuk permulaan, usaha atas 3 perkara ni.

Dalam kes Hidayah yang dikurniakan (terutama sebelum ini bukan Islam), kerana kebanyakkan mereka menjaga 2 perkara di atas. Mereka menjaga hati dan akhlak mereka.

Hidayah juga adalah sebahagian rahmat. Ada masanya turun sikit-sikit, ada masanya turun berbondong-bondong. Kalau turun sikit-sikit, orang yang paling rapat dengan RasuluLlah saw pun tak dapat hidayah. Kalau turun berbondong-bondong, orang yang dulu musuh ketat RasuluLlah saw pun akan dapat hidayah.

Masa bila hidayah turun berbondong-bondong? Kebiasaannya apabila orang Islam menjaga 3 perkara di atas dengan sempurna.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 01:55 AM | Show all posts
adakah bila dh dpt hidayah Allah s.w.t tue akan kekal atau hanya sementara shj?

bagaimana kita tahu yg kita ni dh dpt hidayah Allah s.w.t?
adakah hidayah ni dtg sendiri atau kita kna carik?
aina_shaira Post at 3-6-2012 09:36



Hidayah ALlah swt bersifat kekal dan sementara.


1. Bersifat kekal apabila kita menjaga sifat-sifat dan amalan yang membolehkan kita mendapat hidayah. Contohnya, jaga hati, jaga akhlak dan jaga iman (melalui amalan, lisan etc). Dan juga doa. Itu sebab kita disarankan dengan doa-doa yang kebanyakkannya minta kekal sebagai Islam, doa mati dalam kebaikan, doa kebaikan dunia akhirat. Salah satu doa yang RasuluLlah saw selalu baca, "Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, kekalkanlah aku dalam agama ini" (Ya Muqal Libal Qulub, sabbit qalbi ala dinika")

2. Bersifat sementara. Kalau tidak dijaga. Tidak diiringi dengan doa dan harapan penuh harap dari ALlah swt. Kemungkinan akan bersifat sementara. Suatu amalan soleh, yang paling penting konsisten (istiqomah). Amalan yang disukai ALlah swt adalah istiqomah walaupun sedikit.

Bagaimana kita tahu dapat hidayah?
1. Apabila kita mula menjaga amalan soleh dengan istiqomah.

2. Apabila kita mula jaga hati kita.

3. Apabila kita mula jaga akhlak kita.

Untuk permulaan, 3 perkara di atas sudah cukup baik.

Hidayah datang sendiri atau dicari? Seperti yang saya sudah tulis sebelum ini, ada yang dianugerahkan (bahasa anda datang sendiri), dan ada yang kena cari.

Wallahualam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.104684 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list