CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10851|Reply: 32

Tasbih kecil

[Copy link]
Post time 28-5-2012 12:48 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by zamkumis at 28-5-2012 12:57

Salam semua,

Biji-biji tasbih.
Diakhirat nanti ada orang yang masuk ke surga, tapi masih menyesal, sehingga dia minta kepada Allah swt untuk kembali ke dunia dan dapat ucap subhanallah beberapa kali kemudian mati memula. Penyesalan ini timbul setelah dilihat apa yang dikurniakan oleh Allah swt kepada orang yang berada diatas surganya, amat jauh bezanya. Maka dia bercita-cita untuk kembali kedunia agar dapat ucap...

Ok, oleh kerana kita masih lagi berada didunia maka inilah masanya kita buat amal sebanyak mungkin, inilah masanya, hidup inilah modalnya. Akhirat nanti tempat penerimaan balasan sahaja, peluang untuk tambah amalan dah tak ada lagi.

Salah satu teknik mudah ialah, anda beli tasbih yang kecil, ringan dan tidak mengganggu saiznya, diletakkan didalam poket. Setiap hari pergi kerja tasbih dimasukkan kedalam poket, kemana sahaja kita pergi mesti ada tasbih dalam poket, baik ke ladang, pejabat, ke sungai, ke laut atau dimana sahaja. Sentiasa ada tasbih dalam poket. Jika handphone anda boleh bawa kemana sahaja kenapa pula tak boleh bawa tasbih yang lebih kecil dan ringan. Kelebihannya, apabila anda seluk poket, maka teraba tasbih tadi secara automatik anda ingat kepada Allah dan alam akhirat, lalu anda pun bertasbih sambil bekerja.

Bagi wanita pula, disyorkan tasbih sentiasa ada dalam beg tangan, bila nak ambil duit, terlihat tasbih maka anda pun ingat kepada Allah swt, lalu bertasbih sambil shooping. Kalau malu nak pegang tasbih, biarkan ia dalam beg tangan, cuma lidah anda sahaja yang berzikir.

Manusia nie memanglah selalu lupa dan lalai, sekurang-kurangnya tasbih tu sebagai tanda ingatan kita kepada kampung akhirat.
Saya syorkan cari tasbih yang kecil, comel dan anda senang dengan tasbih tersebut. kalau perempuan carilah yang warna warni dan kalau lelaki cari yang hitang2 gelap sikit ke, hehe. Dibawah nie saya pastekan contoh gambar2 tasbih dari google..




   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2012 01:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by zamkumis at 28-5-2012 13:17

Separuh orang suka berselawat, asyik berselawat sahaja siang dan malam, ada orang suka zikir kalimah Laailahaillallah, itu sahaja zikirnya siang dan malam, lagipun amalan zikir nie mudah, gerakkan lidah sahaja. Ada orang suka sebut subhanallah, alhamdulillah dan sebagainya, pendekkata macam2 ragam ikut keselesaan masing-masing.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 03:36 PM | Show all posts
saya ada terdengar yang  ada syorkan mengira bacaan tasbih dengan tangan lebih baik sebab tangan tu akan jadi saksi , tapi guna tasbih pun tak pe jugak.

so saya nak tanya sesiapa boleh bagi  tahu sama ada pandangan ni berdasarkan dalil naqli atau aqli?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 04:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 06:56 PM | Show all posts
Satu lagi artikel original dari Zamkumis... berbanding dengan article copy n paste, yg juga bagus... cuma kalau buat sediri orang lagi ingin baca pasal dari idea penulis. Keep up the good work brother!
Kalau ikut sesetengah orang di forum ni...ada ruang untk menembak beliau dengan peluru bida'h. Tapi kalau ada harap tenang lah...hal begini relakslah. Jangan buat debate la..harapnya. Betul Zamkumis kalau lihat tasbih rasa mau berzikir. Dan kalau tak berzikir pun, maseh mengingatkan dgn zikir. So eventually, ia masih lead ke arah zikir...Ia betullah. Sama macam tujuan digantung tulisan khat di rumah itu...bukan untuk cantikkan rumah saja..tapi penghuninya tengok, boleh rasa mau berzikir juga atau at least. Walaupun tiada anjuran gambar tulisah khat, ia benda bagus lah...

Klau tengok orang Arab di middle east pegang tasbih di tangan dan menggeraknya itu pandangan yg biasa saja. Jangan kita persoal ikhlas tak ikhlas lah, budaya lah, dan itu ini...lagi baik begitu. Kurangnya ada masanya utk berzikir.

hai Zamkumis...tulislah lagi artikel yg bagus. Keep up the good work!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 09:48 PM | Show all posts
Separuh orang suka berselawat, asyik berselawat sahaja siang dan malam, ada orang suka zikir kalimah ...
zamkumis Post at 28-5-2012 13:03


Yup zikir, selawat mmg best xkira tgh drive @ naik moto, sedar2 air mata mengalir, skurang-kurangnya tu lah yg ringkas sekali kita blh amalkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2012 11:35 PM | Show all posts
terima kasih sesama mengingatkan.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2012 03:26 AM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 29-5-2012 03:27

Reply 3# mbhcsf

ni hadisnya mbhcsf,

Daripada Abdullah bin Amru berkata, “Aku Nampak Rasulullah s.a.w. mengira tasbih dengan menggunakan tangannya’ dan baginda Rasulullah juga bersabda (maksudnya) wahai seluruh wanita, kiralah dengan menggunakan jari-jemarimu kerna ia (jari-jemari) akan ditanya dan diminta berkata-kata (di akhirat sebagai saksi).” (Riwayat al-tatmizi dan dianggap sahih oleh Al-Albani).


hadis tentang penggunaan zikir guna jari adalah hadis2 yg sohih...


guna biji tasbih pula ulamak berbeza pendapat menetapkan hal ini.....hatta ulamak pendukung salaf seperti ibnu utsaimin dan ibnu taimiyah tidak membidaahkannya.
kita kena bersabar lantaran perdebatan antara tasbih dan jari ini akan mengundang perselisihan....


tetapi semua org pasti bersetuju menggunakan jari adalah terbaik....sekalipun kita tidak selesa dengannya....kerana hal agama kadang2 ada yg disenangi, kdg2 ada yg kita kena bersusah-payah padanya....lumrah ujian....


jadi paling afdol, guna jari......


dan kalau kita ingin lari dari perselisihan samada jari atau tasbih, kerana malas mendebatkannya, pilihlah jari kerana itu jelas yg terbaik.....

ia saranan yg keluar dr mulut nabi....
hadis tentang biji tasbih pula ada perbuatan yg dilihat pada nabi....yakni ada org nampak nabi buat, dan hadisnya dhaif pula...

dan kalau ikut prosedur ilmuan hadis, ucapan/saranan nabi lebih utama dr perbuatannya yg dilihat. kerana perbuatan boleh disalah erti padahal ucapan adalah jelasssss!!!!...

dan hadis2 lain menjadi dalil penggunaan tasbih adalah perbuatan org lain, yg mana nabi tidak tegah ketika melihat perbuatan mereka....menjadikan ia bukan haram....dan hadis2 pula nya ada yg dhoif ada yg palsu....

jadi, marilah kita lari dari perselisihan dgn memilih yg jelas, yakni jari........


kita berada dlm zaman yg berlaku perselisihan yg banyak padanya tentang yg mana sunnah, yg mana yg bukan....
maka, eloklah kita pilih yg betul2 selamat....


Wallahua'lam...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2012 03:45 AM | Show all posts
Kaedah menggunakan jari memang ada, dengan menggunakan kedua belah tangan dan menghitung dengan jari boleh kira sampai 10,000. Kelebihan menggunakan jari dimana kita tidak perlukan object lain, cukup dengan jari, juga kaedah ini lebih pantas dan effisen, tapi kaedahnya kene blajarlah dari org yg tahu. Biasanya org tabligh yang tahu  kaedah sunnah ni. Memang menarik kaedah nie, tak sampai akal kita kalau nak cuba reka2 sendiri teknik kira sampai 10000 dengan jari.

Dengan tasbih pula boleh sampai 100,000 tapi menggunakan anak biji yang digantung dikepala tasbih, Tiga cabang, setiap cabang ada 10 biji. dengan kaedah ini kiraan kita boleh disukat dan dilock bilangannya bertujuan untuk sambung lagi dikeesokan harinya, bila habis seratus kiraan tasbih, satu biji diturunkan pada cabang pertama, bila habis sepuluh bermakna dan 1000, turunkan sebiji dari cabang kedua, bila habis sepuluh bermakna 10000, kemudian turunkan sebiji dari cabang ketiga, bila habis sepuluh bermakna kiraan sudah sampai ke 100,000

Kalau kita nak himpun zikir Laailahaillallah sampai 70 ribu dalam satu niat, mungkin memakan masa satu bulan bersambung-sambung sesi setiap hari. dengan menggunakan tasbih tadi memudahkan perkara ini. kelebihan zikir lailahaillallah 70 ribu x boleh menjadi kifarah untuk melepaskan diri dari api neraka. Bab ini ada disebutkan dalam buku fadhilat zikir. Hadistnya nanti saya pastekan disini, insyaallah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2012 03:53 AM | Show all posts
Mengira dengan jari adalah sunnah nabi, mengira dengan biji tasbih adalah kaedah yang dilakukan oleh sesetengah sahabat, tetapi sahabat mengira menggunakan biji2 batu yang disimpan didalam uncang khas, Nabi SAW ada melihat sahabat berzikir menggunakan anak2 batu, tetapi Rasulullah diam sahaja tidak melarang. Jika salah sudah pasti baginda melarang, kebiasaannnya apabila Rasulullah hanya diam apabila melihat kelakuan sahabat menandakan beliau setuju. Dengan dalil anak2 batu inilah maka tasbih mula digunakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2012 09:29 AM | Show all posts
Post Last Edit by zamkumis at 29-5-2012 10:04

Reply 5# amukgemuk

T.Kasih amuk, berzikir kepada Allah swt mendatangkan ketenangan kepada hati, dengan berzikir sebanyak-banyaknya maka akan menghampirkan diri kita kepada Allah. Kita disuruh memanafaatkan akal, telinga, mata dan mulut dengan memikirkan kebesaran Allah swt, dengar, lihat dan cakap kebesaran Allah dengan manusia, dengan 4 saluran ini maka kebesaran dan kehebatan Allah swt akan masuk kedalam hati kita, seterusnya kebesaran makhluk akan keluar sedikit demi sedikit, perasan kagum kita pada makhluk akan lenyap dan diganti dengan kagum kepada Allah swt. Orang yang basah lidahnya berzikir kepada Allah, nanti dia akan masuk surga dengan tersenyum senyum(mafhum hadist).

Namun perlu diingat, syaitan sentiasa akan cuba sedaya upaya untuk menghalangi manusia dari mengingati Allah swt, dengan bisikan dan keraguan yang berbagai-macam dengan satu matlamat supaya manusia berpaling dari mengingati Allah dan mendapat kerugian diakhirat nanti.
Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.(Ar-ra'd:28)

Disamping zikir guna tasbih diwaktu tertentu, kita juga disuruh untuk mengingati Allah dalam setiap masa dan keadaan, dengan mengamalkan doa-doa matsur, iaitu doa-doa yang diajar oleh nabi SAW seperti doa makan, doa minum, doa masuk tandas, doa naik kenderaan, doa dapat anak, dapat isteri, tasbih akhir majlis, doa waktu pagi dan petang, doa tidur, doa keluar rumah, doa masuk pasar dan berbagai macam doa yang berkaitan dengan kejadian atau ketika tertentu, ini juga adalah sunnah baginda. Dengan cara ini kita akan ingat kepada Allah dalam setiap keadaan, seterusnya moga kita tidak termasuk golongan orang-orang yang lalai. Untuk mendapat kekuatan mengamalkannya formulanya, kita dakwahkan/ajarkan anak-anak kita segala macam doa ini serta hebahkan kepada masyarakat tentang perkara ini, dengan cara ini insyaallah kita diberi kekuatan untuk mengamalkannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2012 10:12 AM | Show all posts
Abu hurairah ra. memiliki satu untang yang didalamnya ada biji-biji batu, dia tidak akan tidur selagi biji-biji batu itu tidak dihabiskan masuk satu-persatu kedalam uncang tersebut sambil beristigfar kepada Allah swt. Terdapat juga sahabiah menggunakan uncang yang berisi biji-biji korma untuk dijadikan alat penghitung/tasbih.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2012 02:00 PM | Show all posts
Reply  mbhcsf

ni hadisnya mbhcsf,

Daripada Abdullah bin Amru berkata, “Aku Nampak Rasulullah ...
ussopp Post at 29-5-2012 03:26



    wow ....kire go digital gittew...  kan? fingers...digits...digital  hmm...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 02:21 AM | Show all posts
Biji² tasbih sbg imej pantulan hati utk zikr.
Mengira rutin harian dgn kalimah² Allah,
sehingga akal dpt mencongak sendiri tanpanya.
Spy tindak-tanduk anggota seiring dgn hati,
i.e. lafaz, lihat, dengar, gerak jari, langkah, bangun, tunduk, toleh, etc.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 03:47 AM | Show all posts
Reply 13# mbhcsf

macamana jari boleh jadi digital, organisma bukan analog ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 08:13 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 30-5-2012 08:18

Bolehlah kita katakan jari berfungsi sebagai alat untuk di guna buat mengira , alat yang melekat kat jasad kita .   So alat lain yang tak melekat kat jasad tapi kalau ia boleh berfungsi untuk mengira maka boleh lah di guna sebagai tasbih untuk mengira bilangan zikir .

Gitu jugaklah dengan mulut yang berfungsi sebagai alat berkomunikasi yang melekat kat jasad kita , dan kita juga boleh guna alat lain yang tak melekat kat jasad kita sebagai alat komunikasi seperti pen, telefon, internet etc

Fungsi alat tu dan cara ia di gunakan yang penting untuk di fahami . Kalau ia berfungsi dengan cara yang tidak bercanggah dengan Quran Sunnah dan ia di gunakan dengan cara yang tidak bercanggah dengan Quran Sunnah, maka tiada salahnya untuk kita gunanya untuk memudahkan hidup kita .

Para nabi pun guna alat juga untuk memudahkan hidup mereka seperti tongkat sebagai alat menstabilkan diri , bejana2 sebagai alat meletak makanan dan minuman , unta dan kuda sebagai alat pengangkutan, pedang sebagai alat mempertahankan diri etc etc

So apabila kita guna alat apa pun dengan cara yang Allah tetapkan ia untuk digunakan , dan kita niatkan kerana Allah semata-mata, maka jadi ibadahlah amalan kita itu .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2012 05:54 PM | Show all posts
Reply 16# blastoff


setujulah...

jadi bolehkah kita simpulkan begini,

guna tasbih bukan bidaah.....guna batu, etc....
sy rasa bab bidaah setel.....kerana nabi diamkan diri dlm hadis2 baginda melihat penggunaan tasbih oleh org lain...

cuma bila sy nak kata boleh secara mutlak, sy teringat ada bab tasyabuh(penyerupaan)
masalah dlm bab nie pulak...
jika tasbih ini benar2 bukan dipelopori golongan kuffar, tentu tiada masalah....

masalahnya, siapa yg mula? kita tak tahu...
kerana kalau kuffar yg mula, maka ia akan masuk bab tasyabuh...

sebagai langkah berhati2, bab2 berkaitan ritual keagamaan.....kita selisihi lah geng2 ini....



tetap yg paling selamat, JARI......

wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 01:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 31-5-2012 13:42
Reply  blastoff


setujulah...

jadi bolehkah kita simpulkan begini,

guna tasbih bukan bida ...
ussopp Post at 30-5-2012 17:54


Tasbih dalam bentuk butiran yang diikat dengan benang atau tali itu adalah benda baru yang tak wujud di zaman Nabi , sama seperti kereta, motor, ketapi, kapalterbang tu semua , yang merupakan benda2 baru yang walaupun di reka oleh orang2 kafir sekalipun tapi ia cuma berfungsi untuk memudahkan manusia semata-mata .  

Nabi guna unta dan kuda sebagai alat pengangkutan , so kita takkan nak guna unta dan kuda kot di M'sia semata-mata kerana tak mahu menyerupai atau mengikut apa yang orang kafir guna sebagai alat pengangkutan mereka ?

Sedangkan di zaman nabi pun orang2 kafir musyrikin mekah pun guna jugak unta dan kuda sebagai alat pengangkutan mereka sama seperti nabi gunanya , malah mereka guna apa saja peralatan yang nabi guna , termasuk pedang, tongkat, talam, bejana, rumah , toilet etc etc . So Nabi ikut depa ka atau depa ikut nabi ? Tak ada sesiapa pun ikut sesiapa, mende2 tu semua merupakan nikmat Allah yang boleh saja di utilize kan oleh sesiapa pun kan .

So sebagaimana Nabi guna alat-alatan apa punlah yang turut diguna jugak oleh orang2 kafir di zamannya, maka kitapun bolehlah menggunakan alat-alatan apa pun walau ia di guna oleh orang2 kafir beragama apa sekalipun , yang penting kena pastikan tujuan/ matlamat dan cara penggunaan alat tu mestilah tidak bercanggah dengan ajaran Islam .

Alat-alatan apa pun tak kiralah baru atau lama bukan bidaah, cuma apabila ia alat baru yang tak wujud di zaman Nabi maka kita guna kaedah QIYAS lah untuk menentukan hukum mengenainya , yakni pendapat kita sendiri yang kita simpulkan melalui pemahaman kita terhadap ayat2 Quran dan Sunnah . Ia umpama jigzaw puzzle aje yang kita cantumkan untuk nampak kepadanannya tu , jadi kesimpulan yang kita ambil itu adalah benar dan sahih lah apabila ia tak bercanggah dengan Quran Sunnah .
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 01:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 31-5-2012 13:56

Ni dalil ayat Quran yang menunjukkan alat boleh di guna untuk memudahkan kehidupan walaupun alat itu di guna oleh orang kafir sekalipun . Di maksud ayat Quran bawah ini Allah menerangkan fungsi kapal yang merupakan alat pengangkutan yang memudahkan kehidupan manusia yang tentunya di guna oleh orang2 kafir gakkan dan bukan hanya orang2 Islam aje , malah kapal di zaman moden ini banyak yang direka cipta oleh orang2 kafir .

Allah jelaskan bahwa alat seperti kapal itu adalah untuk kita guna demi mendapat nikmat karuniaNya yakni rezeki , kesenangan , kemudahan dan jugak pahala dan keredhaanNya.

17:66  Tuhan-mu adalah yang melayarkan kapal-kapal di lautan untukmu, agar kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyayang terhadapmu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 01:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 31-5-2012 14:04

Tapi jangan berboros lah apabila nak guna tasbih itu dengan pi pilih yang mahal-mahal plak untuk di beli  , dan jangan ada riak di hati plak dengan dok pi tayang tasbih tu kat orang ketika berzikir .

Lebih afdhal guna jari kerana FREEEE tak yah keluar duit sesen pun , dan boleh di guna di mana saja so convenient berbanding ngan tasbih yang nak kena usung plak ke sana ke sini yang boleh merimaskan gak lah .

Cara yang Nabi guna adalah THE BEST !
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.854894 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list