Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin, siasatan awal mendapati mangsa telah mati lebih dari 24 jam berdasarkan keadaan mayatnya.
Identitinya juga sukar dikenalpasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui termasuk samada ia merupakan rakyat tempatan atau asing.
Mayat dihantar ke Pusat Perubatan UKM untuk bedah siasat.
Dan hari ini, identiti lelaki terbabit telah dikenalpasti dan mangsa ada kaitan persaudaraan dengan seorang penyanyi wanita sebuah program realiti TV.Mangsa juga merupakan anak angkat kepada ibu seorang pelakon wanita terkenal.Butiran lanjut dan foto-foto akan disiarkan selepas ini.
P/S: Alfatihah buat mangsa. Sape retis tuh ?