Kat link nie disediakan ms excel punye spreadsheet sebagai panduan untuk kita beristiqamah beramal dalam bulan ramadhan nanti.....nak guna lepas ramadhan pun boleh gak......dapat daripada satu blog.....Insya-Allah bermanfaat
Kat link nie disediakan ms excel punye spreadsheet sebagai panduan untuk kita beristiqamah beram ...
yazirobel90 Post at 27-7-2011 19:34
alhamdulillah. terima kasih banyak TT... harapnya selain dpd amalan ibadah, semoga kita dapat ambil kesempatan dalam bulan Ramadhan ni untuk perbaiki ahklak kita terutama lidah, kurangkan being sarcastic, poke fun against each other and anything that might hurt feeling of another...
yang nyatanya,puasa dalam islam bukan sekadar tidak makan dan tidak minum.jika itu sahaja caranya,tujuan utama berpuasa tidak akan tercapai.suruhan berpuasa merangkumi semua dimensi pembinaan individu dan juga masyarakat,pembinaan mental juga fizikal,emosi,kerohanian dan kemasyaratan.hasil penelitian tentang puasa,jelas terbukti puasa adalah merupakan aktiviti yang melibatkan aspek fizikal,mental dan spritual yang berjalan dengan serentak sekali.dengan kata lain,puasa adalah bersifat lahir dan batin,bukan sekadar tidak makan dan minum,malahan hati,perasaan dan pemikiran wajib kita kawal daripada pengaruh hawa nafsu.
matlamat penyucian minda dan jiwa sehingga mencapai kedudukan takwa dengan berpuasa belum tentu mampu mendatangkan natijah yang lebih mendalam jika hanya sekadar menahan lapar dan dahaga.maksudnya,tidak makan dan minum adalah merupakan sebahagian daripada ciri ciri puasa dalam islam.namun rasulullah saw mengajar kita supaya mencari manfaat yang lebih besar dalam puasa iaitulah pembersihan hati dan jiwa sehingga lahir kualiti individu dan masyarakat yang cemerlang.
allah swt mewajibkan kita berpuasa bertujuan membentuk rasa takwa dalam jiwa setiap dari kita yang muslim.takwa sangat tinggi nilainya disisi allah sehingga dia menyanjung tinggi orang orang yang bertakwa.
maksud sebenar takwa menurut sahabat rasulullah saw bernama abdullah bin mas'ud ialah melaksanakan taat,jangan buat maksiat,sentiasa menginggati allah dan jangan alpa.sentiasa bersyukur dan jangan kufur.kemuncak takwa ialah berhati hati dalam perkara yang harus kerana kadangkala apabila seseorang individu tenggelam dalam kelazatan yang diharuskan,dia akan lupa daratan.pada masa itu seseorang mungkin terjebak dalam maksiat.
matlamat sebenar puasa bakal tercapai bila mana minda dan jiwa kita benar benar terdidik dengan sifat sifat positif lagi terpuji serta tidak tunduk kepada godaan hawa nafsu yang bersifat keseronokan yang sementara.
dalam pembinaan peribadi insan,islam fokus kepada pembinaan kejiwaan yang menekan kekuatan spritual dan kebersihan hati.dalam apa situasi hidup,dorongan kejiwaan mempunyai impak yang cukup besar sekali dalam mengerakkan fizikal individu untuk mencapai matlamat yang diimpikan.bahkan pengaruh jiwa lebih dominan jika dibandingkan dengan fizikal.dimana segala aktiviti manusia bersumber daripada dorongan dan ransangan jiwa itu sendiri.
umum tahu bahawa tekanan emosi memberi kesan negatif terhadap kesihatan fizikal.tekanan emosi yang negatif mengakibatkan gangguan kepada fungsi organ organ tubuh sehingga mengakibatkan gejala penyakit sehingga boleh membawa kematian.emosi manusia sangat mempengaruhi kesihatan fizikal.jika jiwa tidak tenang maka gangguan keseimbangan sistem fisiologi tubuh akan terjadi.sebaliknya apabila jiwa tenang dan positif maka inilah ubat paling mujarab sekali untuk mengekalkan kesihatan tubuh keseluruhannya.
menurut amalan kesufian,tingkat puasa paling rendah ialah puasa sekadar menahan makan dan minum.sungguhpun mereka berpuasa dengan tidak makan dan minum,perbuatan dan tingkah laku mereka belum menggambarkan kualiti puasa yang sebenar.mereka masih tergolong dalam orang orang yang berpuasa tetapi puasa yang seumpamanya ini berada dalam kedudukan yang cukup terendah,hanya sekadar tidak makan dan minum.rasulullah saw ada menyebut kan,maksudnya BERAPA BANYAK ORANG YANG BERPUASA TETAPI TIDAK MENDAPAT SESUATU DARIPADA PUASANYA MELAINKAN LAPAR DAN DAHAGA SAHAJA
Jika kita fahami ingatan rasulllah saw ini,puasa jenis inilah yang banyak umatnya lakukan.dengan kata lain,ramai umat ini berpuasa dengan hanya menahan lapar dan dahaga sahaja.peringatan ini seharusnya mengingatkan kita supaya meningkatkan kualiti ibadah puasa ketahap yang lebih sempurna iaitulah puasa zahir dan juga batin.
ibadah dalam islam mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam mendidik jiwa manusia untuk tunduk dan memperhambakan diri kepada tuhan.semua suruhan cara hidup islam matlamatnya hanya satu,melahirkan insan muslim mukmin yang tinggi pergantungan dan pengharapannya kepada yang maha pencipta.segala aktiviti kehidupan dilaksanakan demi mencari keredhaan tuhannya.
inilah sebabnya,kewajipan berpuasa sebulan dibulan ramadan mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam mendidik jiwa manusia untuk mengembalikan fitrah asal yang bersih,suci dan juga ceria.fitrah asal manusia tidak mampu dikembalikan dengan hanya tidak makan dan minum.fitrah manusia akan kembali bersih menerusi pembersihan dan penyucian jiwa yang diusahakan secara bersungguh sungguh dan penuh sabar.
keistimewaan berpuasa ramadan diketahui umum sebagai medan penyucian jiwa dan minda.meningkatkan darjat keimanan kepada darjat ketakwaan.proses penyucian jiwa memerlukan kekuatan emosi dan spritual serta kesabaran tinggi untuk mencapai matlamatnya.dengan kekuatan inilah,cabaran dan ujian ramadan dapat dihadapi dengan jayanya serta membuahkan hasilnya.
untuk berpuasa dengan hanya tidak makan dan minum,semua orang boleh sahaja melakukannya,tetapi harus kita ingat,puasa adalah merupakan ikatan rahsia peribadi antara seorang hamba dengan allah swt.dia memuliakan setiap dari hamba hambanya yang berpuasa secara ikhlas dan dijanjikan pembalasan yang cukup istimewa untuk mereka.dalam sebuah hadis qudsi bahawa rasulullah saw mengatakan : setiap amalan anak adam akan digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda yang seumpamanya.allah berfirman kecuali puasa,maka puasa itu untuk aku,dan aku sendiri yang akan membalasnya
kualiti puasa mendapat penilaian khusus daripada allah.penilaian allah sangat cermat dan cukup teliti.dia tidak menjadikan sifat lahiriah sebagai penilaian utama.tetapi apa yang dipandangnya ialah kesucian dan kebersihan hati dalam memperhambakan diri kepadanya.kualiti puasa jenis ini tidak boleh diperoleh dengan cara berpuasa sekadar tidak makan dan tidak minum,sebaliknya puasa yang turut disertai dengan kebersihan jiwa pemikiran.
islam menetapkan rasa lapar dan dahaga bukan sebagai matlamat semasa berpuasa.islam menjadikan rasa lapar dan dahaga sebagai suatu pendekatan mendidik manusia menjadi individu yang lebih tinggi daya tahannya dan juga daya juangnya.semoga dengan menahan lapar dan dahaga,jiwa individu boleh terdidik untuk mendekatkan diri kepada allah serta menyantuni dan menghormati sesama manusia dan juga makhluk makhluknya.maka jadikanlah kesabaran menahan lapar dan dahaga sebagai jalan untuk menjana kembali fitrah asal kejadian insan supaya kehidupan kita akan lebih diberkati dan diredhai oleh nya.
__________________ http://alhishamz.blogspot.com
dan saya juga ada menjual minyak wangi khusus untuk warga muslim , boleh layari website saya http://allstarperfumes.com/asp
Azam ramadhan 2012 taknak la too heavy macam tahun2 lepas..bila tak dpt buat rasa menyesal dan sedih sangat.. pastu rasa mcm tak best nak raya...tahun ni nak buat yg termampu sahaja..
Sebelum ramadhan
Segi material :
( kalo material dah settle, baru la rasa lapang dan byk masa utk beramal)
1. Basuh semua langsir
2. Basuh toilet, lap kipas2..
3. Persedian baju raya anak2
4. Persediaan bahan2 mentah untuk berbuka
5. Basuh telekung dan sejadah.
Semasa bulan ramadhan
Amalan :
1. Menghafal surah2 pendek ( sekurang2 nye seminggu satu surah)
2. Sekurangnye mengaji satu muka surat setiap hari
3. Bangun dan solat malam.
4. Sembahyang terawih sebanyak mana yg boleh. Lagipun terawih kat rumah jek..anak masih
Baby.
5. Banyakkan sedekah (derma ke fakir miskin, sedekah juadah berbuka kat jiran2.)
Motif me post kat sini..untuk keep track balik selepas ramadhan...dan untuk meluahkan..macam seolah2 untuk berazam..semoga menjadi hamba allah yg lebih baik selepas ramadhan..
Dalam keghairahan utk bertemu dgn Ramadhan..............JANGAN LUPA utk berDOA agar dapat bertemu dgn NYA. (Ramadhan)
Ada yg 'tidak sempat' bertemu dgn Ramadhan tahun ini.
Dan pabila di beri 'peluang' utk bertemu dgn bulan Ramadhan...........berebut lah utk 'MENAMBAH' amalan n sedeqah.
Semoga kita berjaya bertemu dgn bulan Ramadhan tahun ini.