View: 70413|Reply: 480
|
Sepah hampir berpecah kerana ML [update : SAH Sepah Berpecah!! page 15]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by serulingsenja at 27-8-2011 22:50
| WALAUPUN berdepan dengan pelbagai masalah yang membuatkan mereka hampir berpecah, ternyata rezeki tetap berpihak kepada kumpulan Sepah untuk bergelar juara Maharaja Lawak.
|
SEBELUM pertandingan bermula, saya sendiri memberitahu dua sahabat saya yang lain bahawa saya mahu membubarkan Sepah. Saya berkata kepada mereka biarlah kita berpecah agar senang semua membawa haluan masing-masing.
“Bayangkan kata-kata itu saya luahkan dalam beberapa jam sebelum gelanggang akhir dibuka. Tetapi sebagai manusia, kita hanya boleh berkata apa sahaja.
“Namun, kuasa yang lebih besar untuk menentukan segala-galanya adalah Allah SWT. Dia jugalah yang menentukan kemenangan kami pada malam ini.
“Kami hanya mampu bersyukur dengan rezeki yang diberikan olehNya,” jelas Mohd. Nazdri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep dalam nada terharu.
Demikian luahan ikhlas ketua kumpulan Sepah itu sewaktu ditanya reaksinya selepas menjuarai pertandingan akhir Maharaja Lawak (ML) yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor, malam Jumaat lalu.
Dengan markah keseluruhan sebanyak 64 peratus, telah melayakkan Sepah membawa pulang hadiah yang cukup lumayan berupa wang tunai berjumlah RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.
Ternyata Sepah mengejutkan ramai pihak terutama peminat fanatik kumpulan Jozan yang telah diramal dari awal lagi untuk menjulang gelaran sulung program realiti terbitan Astro Warna itu.
Namun, apabila melihat persembahan Sepah yang cukup mencuit hati dan bersahaja pada pentas akhir itu, memang tidak dapat dinafikan lagi mereka layak untuk menjunjung pengiktirafan tertinggi itu.
Menyambung bicara, Jep mengakui mereka berdepan dengan tekanan yang bukan calang-calang sepanjang menyertai ML.
Ini kerana kumpulan Sepah cukup sedar, mereka harus memberikan persembahan yang segar dan yang paling penting, dapat membuat penonton ketawa.
Tekanan itu bertambah kata Jep, apabila dia membuka cerita tentang bagaimana dia dan dua anggota kumpulan Sepah yang lain iaitu Shuib dan Mamat, kekeringan idea hanya dalam beberapa jam sebelum pertandingan akhir bermula.
“Sehinggakan kami terpaksa meminta pelepasan selama satu jam daripada Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani semata-mata untuk keluar dari stadium demi mencari idea.
“Malah, sewaktu latihan pun kami tidak dapat melakukannya kerana kami tiada cerita menarik untuk dipersembahkan. Kami hanya sempat menyiapkan satu cerita sahaja tetapi itupun hanya separuh jalan.
“Bayangkanlah, kami duduk di kedai mamak dari pukul 12 tengah malam sehingga 5 pagi sehari sebelum pertandingan, tetapi satu idea pun tidak datang.
“Apa yang membuatkan saya bersyukur dan terharu apabila peluang itu diberikan sekali oleh Allah.
“Jika bukan kerana Dia, tidak mungkin kami boleh membuat persembahan pada malam pertandingan akhir ini,” kata Jep yang berusia 26 tahun itu dalam nada syukur.
Selain Jep, kumpulan Sepah yang pernah menjadi juara Raja Lawak musim ketiga itu turut dianggotai oleh Shahmira Muhammad atau Shuib dan Mohd. Noor Murad (Mamat).
Dalam masa yang sama, Jep dengan penuh terbuka memberitahu, perbalahan dan perselisihan pendapat memang sering berlaku dalam kumpulannya.
Dia sendiri menjelaskan betapa sukarnya untuk menanggung beban yang ada kalanya ditimbulkan oleh ahli anggota Sepah sendiri yang bagaikan tidak serius dengan kerja mereka.
“Kalau semuanya hendak ditegur setiap kali, memang ia cukup memenatkan. Masing-masing sudah dewasa dan tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri.
“Percaya atau tidak, sebelum persembahan kedua pun, kami sempat lagi bergaduh dan bertekak.
“Jadi mahu atau tidak, kami perlu bersatu untuk mempersembahkan idea yang menarik biarpun perlu bermasam muka dan berselisih faham,” katanya yang mahu anggota Sepah ubah diri masing-masing seandainya serius mahu meneruskan perjuangan dalam bidang seni.
-utusan- |
|
|
|
|
|
|
|
mak oii ngeri nya gaduh2hmy3: |
|
|
|
|
|
|
|
macam ni rupanya jadi pelawakk
kalauu gaduhh pon tkyah la bg tahu orggggg |
|
|
|
|
|
|
|
alah..memana team work pon akan sentap n gado2 punyer lah..laki bini..mak anak pon kekadang bergado masam2 muker.. |
|
|
|
|
|
|
|
sush jugak nk jd pelawk,,, |
|
|
|
|
|
|
|
tahniahlah sepah...
aku sanggup tongkat mata nk tgk final MRL sbb korang..
lebiulah sepah |
|
|
|
|
|
|
|
pls..jgn la berpecah........ |
|
|
|
|
|
|
|
biasa la team work kalo dh stress, gan best friend pun bole berselisih pendapat... tp lepas dh berjaya mcm ni terus x jd nk berpecah hehe
anyway tahniah sepah |
|
|
|
|
|
|
|
kat mana2 pon gaduh..
jep saja bgtahu wartawan kot, nk sungguh 2 ekoq mamat lg tu berubaha..
seyes sket dgn keje..w'pun pelawak, time keje kena seyes wooo...
go go sepahhh |
|
|
|
|
|
|
|
adat le tu...mana2 kumpulan atau pertubuhan pun mesti ada gaduh2 punya le...aaaaaaaaaaaaa.....semputttttt.... |
|
|
|
|
|
|
|
laling2 pun gado2.. inikan group suma jantan ...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
pecah je la.. |
|
|
|
|
|
|
|
biasela tu...pelik jgkla klu xgaduh2 lgsg |
|
|
|
|
|
|
|
....sdgkan lidah lagi tergigit |
|
|
|
|
|
|
|
emm adatlah sedangkan lidah lagi tergigit,somi istri bermasam muka gado2 lagi....
lagi la kawan2....
pepun jangan berpecah sebab korang memang the best..... |
|
|
|
|
|
|
|
lantak la...... apa nak jd ngan kumpulan pak lawak ni iols tak kesah langsung........ |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak faham apa yg lawak sgt pasal ML ni. tak kelakar pun yang menang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
harap-harap bertahan lama la...
lepas ni jangan terus senyap... harap astro ada inisiatif buat collabaration dengan sepah buat 1 show yang kreatif....
aku tengok program2 dekat astro warna tuh sampah je semuanya... cerita2 lama pun masuk situ.... |
|
|
|
|
|
|
|
sedangkan lidah lagi terkulum .. |
|
|
|
|
|
|
|
Blh ke dorg bertahan mcm senario |
|
|
|
|
|
|
| |
|