|
View: 33745|Reply: 2
|
‘Had tempoh jawatan PM bermula dengan saya, tunggu cukup majoriti’ - Anwar Ibrahim
[Copy link]
|
|
|
KUALA LANGAT – Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun akan segera diluluskan jika mendapat persetujuan majoriti Ahli Parlimen.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menerusi mesyuarat sebelum ini mencadangkan supaya dapat menyegerakan RUU tersebut dan jika ia terpakai, perkara itu akan bermula darinya.
Jelas beliau, tempoh berkhidmat selama 10 tahun dianggap sudah mencukupi untuk dilakukan sebaik mungkin.
“Dan selepas itu, dia sepatutnya sedia untuk melepaskan (jawatan) dan beri rakan lain untuk teruskan khidmat,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat bersama jemaah Masjid Kampung Seri Cheeding, Banting di sini, petang ini.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan dua RUU utama melibatkan reformasi institusi termasuk cadangan pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan dibawa ke Dewan Rakyat pada Isnin depan.
Anwar pula dijangka membentangkan bacaan kali kedua RUU berhubung had tempoh jawatan Perdana Menteri pada 3 Mac nanti.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, lawatan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong ke Malaysia hari ini membuktikan hubungan erat dan kukuh antara dua negara.
“Kita akan berbincang tentang pendirian kedua-dua negara dan kemajuan beberapa projek yang telah dipersetujui bersama. Ini (lawatan itu) amat saya hargai dan membuktikan jalinan persahabatan antara dua negara amat baik,” ujarnya.
SUMBER – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
No doubt this is an excellent post I got a lot of knowledge after reading good luck. Theme of blog is excellent there is almost everything to read, Brilliant post. tonic water |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
spammer macam chuols ni tak kena belenggu ke bulan pose 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|