CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33276|Reply: 0

Tak diva, Madonna lagi selesa naik kereta e-hailing

[Copy link]
Post time 21-2-2026 10:24 PM | Show all posts |Read mode





MESKI menikmati  kemasyhuran luar biasa sebagai penghibur antarabangsa, Madonna mengakui kehidupan hariannya tidak jauh berbeza dengan ibu lain.


Ibu kepada enam anak itu mendedahkan pernah menempah kereta di bawah aplikasi e-hailing untuk menghantar anaknya ke latihan bola sepak.


Akuinya yang kini menetap di London,  walaupun baru kali kedua menggunakan perkhidmatan Uber, dia tidak berasa canggung sebaliknya menyifatkan pengangkutan tersebut banyak membantu ketika kecemasan.


Difahamkan, dua puterinya, Stella dan Estere, 13, menyertai pasukan remaja wanita Tottenham Hotspur.


Sejak bercinta dengan pemain bola sepak kelahiran Jamaica, Akeem Morris, 29, penyanyi berusia 67 tahun itu dilihat lebih banyak meluangkan masa di padang bola.


Kehadiran lelaki muda itu dalam keluarganya turut mempengaruhi minat Stella dan Estere untuk meneroka sukan bola sepak.


SUMBER – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.982928 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list