CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 33539|Reply: 4

Watak ‘Sheila’ buat Sophia Albarakbah depresi

[Copy link]
Post time 21-2-2026 10:17 PM | Show all posts |Read mode





Di sebalik pujian ramai, pelakon Sophia Albarakbah mengakui watak wanita yang yang dicurangi suami, Sheila lakonannya dalam naskhah Bisik Asmara membuatkan emosinya terganggu.


Menurut Sophia, menyelami kehidupan Sheila antara faktor emosinya terusik namun bersyukur melihat ramai penonton memuji lakonannya untuk watak tersebut.


“Agak susah juga bila nak bawakan watak Sheila sebab semasa berlakon, kita ada perasaan yang berbeza-beza.


“Watak Sheila ini buat saya rasa ‘down’, mungkin sebab cara hidup dia, seorang guru, hubungan jarak jauh dengan suami, mak dia Alzheimer dan kakak tidak membantu.


“Apabila menjadi Sheila, saya macam depresi tapi tidaklah terganggu sangat atau terbawa-bawa sehingga ke luar set penggambaran tapi bila seorang diri jadi sedih dan ‘down’ sikit, rasa macam tak sedap,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.


Berkongsi keserasian dengan Zul Ariffin yang melakonkan watak suami kepada Sheila, Sophia mengakui didatangi rasa gerun saat pertama kali berdepan dengan lelaki berbadan kekar itu.


“Keserasian dengan Zul mudah sangat. Mula-mula jumpa dia rasa macam agak intimidasi sebab dia besar dan suara garang.


“Tapi bila dah masuk set, dia tak menakutkan langsung. Sangat kelakar, peramah dan senang nak bekerja,” ujarnya.


Selain Sophia dan Zul, naskhah arahan Jamal Khan tersebut turut dibintangi Uqasha Senrose, Arash Mohamad, Aleza Shadan dan Ruminah Sidek.


Drama tersebut kini hangat menjadi bualan ramai susulan jalan ceritanya yang meledakkan kemarahan ramai iaitu suami yang curang terhadap isterinya dan menjalin hubungan sulit dengan rakan sekerja.  


SUMBER – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2026 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Awat dlm photoshoot lawa.. tapi dlm sedutan lakonan dlm threads mcm besyer2 jahh?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2026 12:20 PM | Show all posts
"Keserasian dengan Zul mudah sangat. Mula-mula jumpa dia rasa macam agak intimidasi sebab dia besar dan suara garang"


gituh agak intimidasi, zul baik la dgn wanita
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2026 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by red_velvet at 22-2-2026 01:40 PM

Tak logik betul ruminah sidek yang umur 80an jadi mak pada anak2 yang umur 20an & early 30s. Agaknya ruminah sidek dalam citer ni kawin umur 45 tahun lah kot.. Dapat anak Sulung pun nak masuk umur 50.. Kalau Kate nenek sesuai la jugak... 20 tahun lebih yang lalu dengan pierre Andre kepam pun dia jadi opah.. Dengan peah barkoba yang lawo pulak jadi emak walau kedut tak boleh iron
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2026 03:56 PM | Show all posts
bahaha b4 menopos tu sempat beranak ya




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 07:50 PM GMT+8 , Processed in 1.295815 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list