Masih dalam emosi bulan madu, penyanyi Amira Othman menyifatkan suaminya yang juga pelakon Fattah Amin sebagai lelaki yang memiliki tahap kesabaran tinggi.
Menurut Amira atau nama penuhnya, Nadia Amira Othman, 33, sifat tersebut merupakan antara faktor yang memikat hatinya selama saling mengenali hati budi.
“Dia penyabar dan sangat bersangka baik, walaupun dia seorang figura awam, kalau borak dengan dia, akhirnya dia akan berbalik kepada ‘tidak mengapa, Allah ada’.
“Saya rasa benda-benda itu buat bila berborak dengan pasangan yang tiada perkara hendak berbalah dan ada matlamat yang sama,” katanya dalam temu bual podcast The Chic Code baru-baru ini.
Tambahnya, sifat pelindung yang dimiliki Fattah juga antara yang menambat hatinya.
“Dia sangat ‘protective’ dan saya rasa semua lelaki begitu.
“Perkara tersebut bila tengok cara dia dengan famili, ibu adik-adik dan anaknya, Fatima Aisya,” ujarnya.
Dalam pada itu, dia berkata setiap individu yang dihadirkan dalam hidup seseorang adalah sudah diatur dan bersesuaian dengan diri sendiri.
“Saya rasa jodoh ini Tuhan akan bagi kita orang yang bersesuaian.
“Kalau adik-adik saya putus cinta, saya selalu pesan memang Tuhan akan bagi awak orang yang tepat, dengan kita tak sesuai tetapi mungkin sesuai dengan orang lain,” kongsinya.
Menerusi perkongsian sama, Amira mengakui pernah meminta pada Tuhan agar tidak dipertemukan jodoh dengan lelaki daripada kalangan selebriti.
“Pertemuan dengan Fattah adalah perkara tak dirancang dan hanya mula berkenalan sebab kerja sedangkan sebelum itu tidak pernah bertegur.
“Malah saya pun pernah cakap tak mahu kahwin dengan artis terutama pelakon.
“Tapi tiba-tiba selepas bekerja dan beritahu ibu bapa saya, semuanya dipermudahkan dan sudah tertulis,” jelasnya.
Amira dan Fattah bergelar suami isteri pada 14 September lalu, tarikh sama dengan hari ulang tahun ke-35 bekas suami Fazura itu.
Awal2 kannn..baru merasa nikmat batu lesong somi. Loving tak terhingga ler. Merecik puji sentiasa ler!
Sembang mcm ko dah menang cabutan loteri/ dapat laki level Elon Musk pulek Bam Tah tu. Ko tunggu anak ko keluor dulu... tunggu besor sikit ..... tunggu bila job laki ko dah sendu. Silap2 ko pulak kena masuk TikTok malam2, menjual produk timbang kilo sis.
Post time 22-2-2026 01:58 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Artis pelakon biasanya bkn 1st choice. Kebanyakan berimpian nak kawin dgn kerabat,bangsawan,negarawan, cendiakawan, hartawan. Tapi kalau akhirnya dapat artis juga terima lah seadanya dgn hati terbuka dan gembira.
Post time 22-2-2026 07:49 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by NuansaBiru at 22-2-2026 07:51 AM
eyansss replied at 22-2-2026 12:08 AM
are u talking the same patahamin? protective? hahaha…
Protective lar tu
Bila anak kata mak dia kata dia tak lawa, terus automatik bangkit protect mak dia
Walau bertahun apa yg org tak kata kat bini dia kat anak dia tetap keras membatu lantak kau lah peduli apa aku (bahasa di mulut: takpe, Allah ada)
Mana nak cari, lelaki sebaik kamu, yg protective (pada mak saja) begitu