CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 29575|Reply: 0

[Sarawak] Paras air meningkat, penduduk Batu Kawa diminta berwaspada

[Copy link]
Post time 21-2-2026 07:11 AM | Show all posts |Read mode


NAIK…Paras air melimpah keluar dari Baraj Batu Kitang hari ini. Foto Levrone

KUCHING: Penduduk di kawasan Batu Kawa, Kampung Sinar Budi dan Sungai Maong dinasihatkan supaya berwaspada apabila hujan lebat semalaman menyebabkan paras air sungai meningkat pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba, pemantauan dijalankan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang bermula sekitar jam 9.30 pagi.





“Beberapa kawasan rendah termasuk Kampung Sinar Budi Lama dan Kampung Sungai Maong dilaporkan dinaiki air pada paras rendah, namun keadaan masih terkawal,” katanya.

Dalam pada itu, PGO berkata pemeriksaan turut dilakukan di bendung Batu Kitang yang menjadi laluan utama penduduk.

Air dilaporkan melimpah di atas bendung susulan peningkatan paras air, namun jalan masih boleh dilalui dengan berhati-hati.





“Pihak bomba menasihatkan orang ramai supaya memantau keadaan dan segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya paras air meningkat secara mendadak.

“Pasukan rondaan diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Aric Sanji dan Pegawai Bomba (PB) Clif Thomson Dagai dengan sokongan kenderaan Hilux serta unit pemantauan bergerak (MTL) bagi memastikan keselamatan kawasan berisiko.

“Rondaan dilaksanakan secara sistematik merangkumi laluan utama dan kawasan kediaman rendah untuk memberi amaran awal kepada komuniti mengenai kemungkinan banjir kilat,” katanya.

Selain pemantauan fizikal, PGO berkata pasukan bomba turut menyalurkan maklumat dan nasihat keselamatan kepada penduduk serta memastikan laluan utama kekal selamat untuk kegunaan orang ramai.





PGO turut menasihatkan penduduk supaya menyimpan barang berharga di tempat tinggi dan bersiap sedia untuk berpindah sekiranya keadaan menjadi lebih kritikal, terutama bagi keluarga yang tinggal di kawasan rendah.

“Pemantauan berterusan dijalankan sepanjang hari, terutamanya di kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi bagi memastikan keselamatan penduduk di Batu Kawa, Kampung Sinar Budi dan Sungai Maong terjamin,” katanya.










Sumber : Suara Sarawak

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2026 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.700065 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list