CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 31019|Reply: 0

[Sarawak] Kren tumbang: JKKP arah semua aktiviti di tapak binaan dihentikan

[Copy link]
Post time 21-2-2026 06:02 AM | Show all posts |Read mode


Gambar fail

KUCHING: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Sarawak (JKKP) telah mengeluarkan dua Notis Larangan kepada pihak pengurusan sebuah tapak pembinaan di Stutong Baru di sini susulan insiden kren tumbang yang menghempap dua rumah berhampiran pada 12 Februari lalu.

Pejabat Pengarah JKKP Sarawak menerusi kenyataan hari ini berkata, semua aktiviti di tapak pembinaan berkenaan diarahkan dihentikan serta-merta sehingga tindakan penambahbaikan dan langkah keselamatan tambahan diambil.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, sebuah kren jenis 'rough terrain' dilaporkan tumbang ketika sedang beroperasi.

Siasatan awal mendapati insiden tersebut berpunca daripada kegagalan jentera mengekalkan keseimbangan, sebelum menghempap dua rumah yang terletak bersebelahan tapak pembinaan berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan melibatkan orang awam dilaporkan.

Operator kren terbabit hanya mengalami kecederaan ringan.

Sejurus kejadian, satu pasukan penyiasat daripada JKKP Sarawak telah dihantar ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).

Tindakan perundangan akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati berlaku pelanggaran peruntukan akta berkenaan.

Di bawah akta tersebut, majikan boleh dikenakan hukuman denda maksimum sehingga RM500,000 jika sabit kesalahan.

Sebelum ini dilaporkan dua rumah rosak setelah dihempap sebuah kren tumbang dalam kejadian di Taman Stutong Woodland di sini.

Menurut sumber, kejadian berlaku sekitar jam 8.30 pagi apabila jentera berat itu dipercayai hilang keseimbangan sebelum tumbang ke arah kediaman berkenaan.

Bagaimanapun, kesemua penghuni rumah terbabit terselamat dan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Sumber turut memaklumkan kerosakan kedua-dua rumah itu tidak sempat dibaiki sebelum sambutan Tahun Baharu Cina.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.061909 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list