CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 18397|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak komited perkukuh perpaduan selaras aspirasi membina keharmonian masyarakat berbilang kaum

[Copy link]
Post time 20-2-2026 09:10 AM | Show all posts |Read mode


Tiang (kiri) menunjukkan hasil tulisan kaligrafi yang dihasilkannya pada majlis berkenaan.

SIBU: Kerajaan Sarawak menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh perpaduan rakyat serta memastikan kemakmuran dinikmati secara inklusif menerusi pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang berkata usaha itu selaras dengan aspirasi Sarawak untuk membina masyarakat berbilang kaum yang harmoni dan stabil.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Teochew Sibu di sini pada Khamis.

Menurutnya, semangat perpaduan yang diwarisi daripada generasi terdahulu termasuk masyarakat Cina yang menetap di Sarawak sejak awal abad lalu, menjadi asas kekuatan negeri dan menyumbang kepada kestabilan serta keharmonian negara.

“Semangat saling membantu dan bekerjasama antara komuniti merupakan tonggak pembangunan Sarawak yang berbilang kaum. Inilah asas yang dibina oleh nenek moyang kita untuk dinikmati generasi hari ini,” katanya.

Tiang berkata dasar dan program kerajaan negeri termasuk inisiatif pendidikan tinggi percuma, dirangka secara inklusif bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati semua rakyat Sarawak tanpa mengira kaum atau latar belakang.

“Setiap rakyat Sarawak yang memenuhi syarat layak menikmati pendidikan tinggi percuma. Ini membuktikan kerajaan negeri sentiasa memastikan peluang diberikan secara saksama kepada semua,” ujar beliau.

Selain pendidikan, beliau berkata kerajaan negeri turut memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur serta pengurusan trafik bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat termasuk di bandar seperti Sibu.

Dalam pada itu, Tiang memuji usaha persatuan tempatan dalam memelihara warisan dan tradisi, khususnya Persatuan Teochew Sibu yang terus memainkan peranan mendidik generasi muda mengenai budaya dan nilai masyarakat mereka.

“Memelihara budaya dan perpaduan antara kaum adalah kunci untuk memastikan Sarawak kekal unik, kukuh dan dihormati. Ia adalah hasil usaha berterusan generasi terdahulu,” jelasnya.

Beliau turut menyeru rakyat Sarawak agar terus berusaha dan memanfaatkan peluang yang disediakan kerajaan negeri bagi membina masa depan yang lebih makmur dan sejahtera.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2026 12:51 AM GMT+8 , Processed in 3.574842 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list