CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 18379|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki hilang semasa jalankan ujian bot laju di sungai belum ditemui

[Copy link]
Post time 20-2-2026 09:07 AM | Show all posts |Read mode


Operasi SAR mangsa yang memasuki hari kedua hari ini.- Gambar JBPM Sarawak

BETONG: Usaha mencari dan menyelamat Denickles Lesen, 20, yang dilaporkan hilang sejak Rabu di sungai berdekatan Rumah Siti Tisak Ulu Skrang, di sini masih gagal menemui mangsa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua hari ini diperluaskan bermula dari jam 7.30 pagi.

Menurutnya, operasi turut melibatkan Unit K9 dengan anjing pengesan Bella diketuai PBK I Dennis Augustine serta pasukan PDRM, APM, RELA dan penduduk kampung.

“Operasi SAR hari kedua memfokuskan kawasan hilir dan hulu Sungai Skrang dengan radius pencarian sehingga lima kilometer.

“Pihak JBPM menggunakan bot dan membahagikan pasukan bagi menambah keberkesanan operasi,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) bersama Unit K9 Bomba memulakan operasi di sekitar kawasan mangsa terakhir lemas.

“Pencarian PPDA dan K9 Bomba dalam radius 5km ke hilir sungai Batang Skrang dan PDRM/APM ke hulu sungai Skrang dalam radius 5km,” katanya.

Operasi SAR terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan dan akan disambung semula esok.

Difahamkan, mangsa semasa kejadian menjalankan ujian bot laju dan bot yang diuji dipercayai karam iaitu sekitar jam 3.51 petang Rabu.

Mangsa dilaporkan sempat dilihat terkapai-kapai sebelum hilang dari padangan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2026 05:17 AM GMT+8 , Processed in 2.223742 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list