CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 23392|Reply: 0

[Sabah] Sabah yakin kerajaan persekutuan akan laksana bayaran tuntutan MA63

[Copy link]
Post time 15-2-2026 05:40 PM | Show all posts |Read mode


TUARAN: Kerajaan Negeri Sabah yakin kerajaan Persekutuan akan melaksanakan pembayaran tuntutan pemulangan hak 40 peratus hasil Sabah seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Oktober tahun lepas.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata perkara itu telah diputuskan menerusi proses perundangan dan ia termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau berkata setakat ini jumlah bayaran yang akan diterima masih belum dimuktamadkan namun perbincangan di peringkat jawatankuasa sedang giat dijalankan.

“Di peringkat jawatankuasa, telah diadakan mesyuarat dan perbincangan masih berjalan. Mesyuarat terbaharu juga telah diadakan baru-baru ini bagi memperincikan perkara berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Kebun Dapur Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah di Padang Istiadat, Tuaran di sini hari ini.

Hajiji yakin hasil perbincangan berterusan antara kerajaan negeri dan Persekutuan akan menghasilkan keputusan positif termasuk pelaksanaan pembayaran dalam masa terdekat.

Pada 17 Oktober lepas, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan kerajaan Persekutuan mempunyai kewajipan untuk mengadakan semakan dan membayar semula Hak Tuntutan 40 peratus hasil bersih yang diperoleh dari Sabah.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.037069 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list