CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 21631|Reply: 0

[Sarawak] MTPMA63 teliti hasil rundingan Persekutuan-Sarawak

[Copy link]
Post time 15-2-2026 10:45 AM | Show all posts |Read mode


TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyampaikan geran kepada wakil-wakil masjid dan surau pada Majlis Penyerahan Geran Tahunan Masjid dan Surau Kawasan Parlimen Petra Jaya, malam ini. Turut sama Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (dua, kanan). Foto Bernama
PETRA JAYA: Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) akan meneliti hasil rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak berhubung semakan semula pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan sebelum sebarang formula dimuktamadkan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perbincangan itu turut mengambil kira kepentingan negara serta hak Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan.

“MOF (Kementerian Kewangan) telah berbincang dengan Sabah dan selepas ini akan berbincang dengan Sarawak. Sarawak mempunyai formula sendiri, manakala pihak Persekutuan melihatnya daripada sudut berbeza.

“Hasil perbincangan akan dibawa kepada Jawatankuasa Teknikal untuk diteliti sebelum dimuktamadkan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Geran Tahunan Masjid dan Surau Kawasan Parlimen Petra Jaya, di sini malam ini.

Beliau berkata setakat ini tiada sebarang formula dipersetujui, dan keputusan bergantung kepada rundingan MOF dengan Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak.

Rabu lepas, Kementerian Kewangan memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa rundingan bersama Sarawak akan diadakan tahun ini bagi semakan semula pemberian khas di bawah Perkara 112D, selaras semakan lima tahun sekali.

Semalam, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri akan mencadangkan supaya jumlah pemberian khas kepada Sarawak ditentukan berdasarkan peratusan hasil yang dijana negeri itu.

Pada majlis berkenaan, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya menyampaikan geran sebanyak RM330,000 kepada 30 masjid dan 60 surau di Parlimen Petra Jaya.


Sumber : Suara Sarawak


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.245237 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list