CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 29933|Reply: 0

[Dunia] Sindiket penipuan guna AI kurangkan risiko, perdaya lebih ramai mangsa di Asia

[Copy link]
Post time 11-2-2026 06:35 PM | Show all posts |Read mode



Sindiket penipuan guna AI kurangkan risiko, perdaya lebih ramai mangsa di AsiaWang kertas palsu AS bernilai 100 dolar bertaburan di lantai dalam sebuah kompleks di O’Smach yang digunakan untuk kegiatan penipuan, di lintasan sempadan Chong Chom–O’Smach, yang dibom dan diduduki tentera Thailand pada Disember susulan pertempuran antara Thailand dan Kemboja di kawasan sempadan yang dipertikaikan, di Samraong, wilayah Oddar Meanchey, Kemboja. – Foto REUTERS

SINGAPURA: Penjenayah di Asia Tenggara kini mula memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) kos rendah untuk menyasarkan lebih ramai mangsa dengan pantas.

Ini membolehkan pusat penipuan terus beroperasi tanpa kos tinggi biarpun berdepan tindakan keras pihak berkuasa, menurut pegawai kanan Interpol.

Sebelum ini, sebahagian penipuan mudah dikesan daripada iklan dalam talian yang memikat orang ramai untuk bekerja di pusat penipuan, sehinggalah kepada taktik penipuan itu sendiri, yang lazimnya bertujuan memperdaya mangsa menyerahkan wang melalui penipuan cinta atau pulangan pelaburan.

Kini, mereka menggunakan model lebih besar dan alat AI lain untuk menjadikan penipuan lebih canggih.
AI juga membolehkan mereka menukar strategi dengan cepat, beralih kepada sasaran baharu dan beroperasi dari lokasi berbeza.

"Anda boleh melihat tahap kecekapan apabila AI digunakan di pusat penipuan, menjadikannya model perniagaan yang agak mudah.
"Saya fikir akan lebih menyenangkan lagi penjenayah dengan adanya AI," menurut Ketua Direktorat Jenayah Siber Interpol di Singapura, Dr Neal Jetton.

Antara lain, katanya, AI membantu dalam pengklonan suara serta penggunaan alat suara untuk menghasilkan imej profil yang pantas dan realistik.

Penggunaan AI oleh pusat penipuan berlaku ketika Kemboja memperketat tindakannya, susulan tekanan daripada negara termasuk Amerika Syarikat (AS), China dan Thailand, yang baru-baru ini terbabit dalam satu lagi konflik sempadan.
Chen Zhi, yang didakwa sebagai dalang sindiket antarabangsa dan berdepan pertuduhan di AS, ditahan di Kemboja dan dihantar pulang ke China.

Beijing juga baru-baru ini mengumumkan pelaksanaan hukuman mati ke atas 11 individu yang dikaitkan dengan pusat penipuan di Myanmar.
Bagaimanapun, pegawai Interpol itu berpandangan operasi pusat penipuan berkemungkinan besar akan terus berevolusi dan bukannya dihapuskan sepenuhnya.

Penganalisis perisikan jenayah di unit pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran Interpol di Lyon, Perancis, Stephanie Baroud berkata, beberapa kemajuan tertumpu kepada iklan yang menjanjikan pekerjaan.
"Katakan sebelum ini kami melihat iklan-iklan ini dan dapat mengesan tanda amaran, kesilapan yang menunjukkan iklan itu mungkin tidak realistik.

"Kini, dalam beberapa saat sahaja, anda boleh menghasilkan iklan kelihatan sangat realistik hanya dengan menggunakan arahan yang betul.
"Penggunaan AI sekarang, sama ada oleh kumpulan terancang itu sendiri, mangsa pemerdagangan atau individu yang menjadi mangsa penipuan, berkemungkinan sedang mengubah fenomena ini. AI akan membawa kita ke wilayah yang belum diterokai," katanya.

Terdapat kekurangan data kukuh mengenai kos sebenar kepada masyarakat akibat operasi pusat penipuan di Asia Tenggara, sebahagiannya kerana mangsa tidak melaporkan mereka sudah ditipu. Namun, pakar bersetuju kos sosial dan ekonomi adalah tinggi serta terus meningkat.

Menurut laporan Institut Keamanan Amerika Syarikat (AS), anggaran konservatif sehingga akhir 2023 menunjukkan nilai tahunan dana dicuri di seluruh dunia oleh rangkaian jenayah rentas negara mengendalikan perjudian dalam talian haram dan operasi penipuan mencecah AS$64 bilion (RM251.17 bilion). - AGENSI



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43623 Replies : 572
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35413 Replies : 20
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11697 Replies : 11
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.131938 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list