|
View: 27950|Reply: 9
|
Azam Baki digesa letak jawatan - Mas Ermieyati
[Copy link]
|
|
|
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki digesa meletakkan jawatan sekiranya benar terdapat pemilikan saham melebihi had ditetapkan bagi penjawat awam atau wujud ketidakpatuhan kepada garis panduan perkhidmatan.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, gesaan terbabit dibuat demi memelihara kredibiliti SPRM.
"Sebagai individu mengetuai institusi terpenting dalam membanteras rasuah dan salah guna kuasa, sebarang persoalan berkaitan pematuhan kepada peraturan perkhidmatan awam, had pemilikan saham serta potensi konflik kepentingan tidak boleh dipandang ringan.
"SPRM adalah institusi yang bergantung sepenuhnya kepada kepercayaan rakyat. Integriti kepimpinannya mesti berada pada tahap tertinggi bukan sahaja bebas daripada salah laku, tetapi juga bebas daripada sebarang persepsi meragukan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sebelum ini, media antarabangsa Bloomberg melaporkan Azam didakwa memegang jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.
Ia sekali gus pendedahan awam pertama mengenai pegangan saham besar atas namanya sejak kontroversi beberapa tahun lalu berhubung pegangan sahamnya yang mencetuskan protes menuntut beliau meletakkan jawatan.
Azam bagaimanapun menegaskan, pegangan saham miliknya dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan sebelum ini dibuat secara telus dan mengikut prosedur ditetapkan.
Beliau berkata, tiada apa yang perlu disembunyikan berhubung pemilikan saham bernilai kira-kira RM800,000 itu kerana urus niaga berkenaan telah diisytiharkan mengikut saluran rasmi.
Menurutnya, pengisytiharan termasuk sumber pendapatan telah dibuat menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.
Azam menjelaskan saham berkenaan dibeli pada tahun lalu sebelum dilupuskan dalam tahun yang sama.
Beliau turut menyifatkan laporan yang mempersoalkan urus niaga tersebut sebagai berniat jahat dan mengelirukan.
Tambahnya, beliau sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang berikutan laporan berunsur fitnah berkenaan.
Dalam pada itu, Mas Ermieyati yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berpandangan, Malaysia memerlukan SPRM yang bukan sahaja tegas tetapi juga bersih tanpa sebarang keraguan.
"Kepercayaan rakyat adalah asas kepada kekuatan institusi," tegas beliau lagi.
Sumber : Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
buang semua muka2 lama bagi muka fresh termasuk dalam umno bn sekali |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian betul bangkem tengok pensokong
Dalam media sosial dorang la terpaling pejuang lawan rasuah, terjerit jerit sakau sakau songlap songlap etc
Tapi terkial kial tak tentu arah dorang bila sebut pasal kes azam baki nih |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by alesandra at 11-2-2026 07:12 PM
Ini baru sorang je yg berbunyi,.dia pun pengerusi pac kt parlimen.heran gak x ramai pembangkang bising.kenapa ye.smlm saham velocity hari ni awanbiru pulak..berjuta pulak tu.mengalahkan businessman pulak celaka ni. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pengecatbintang at 11-2-2026 09:38 PM
Kesian betul tengok pensokong Bijan
Dalam porum cari, dia la terpaling membenarkan n sokong Bijan yg mahkamah da sabitkan kesalahan sakau sakau songlap songlap etc
konon berjuang utk Melayu & Islam

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
acah2 je kunun2 berjuang lawan rasuah
rupanya berjuang agar anwar jadi PM.. tu je |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Azam Baki…..Kaki rasuah nak basmi rasuah  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
die igt die frank abagnale jr. kot
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
so yg dilondeh kat ES tu hampir semuanya benerrr la kannnn
patot kena benam berkali2  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak ke dia patuh dgn gesaan gitu..
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|