CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 24825|Reply: 0

[Pulau Pinang] Reman tiga lelaki disyaki bunuh ibu tunggal disambung

[Copy link]
Post time 11-2-2026 01:27 PM | Show all posts |Read mode
Reman tiga lelaki disyaki bunuh ibu tunggal disambung

Nur Izzati Mohamad[email protected]





LOKASI penemuan mayat ibu tunggal di Flat Sri Murni di Sungai Dua. FOTO arkib NSTP




Butterworth: Reman ke atas tiga lelaki termasuk suspek utama yang disyaki membunuh seorang ibu tunggal di Flat Sri Murni, Sungai Dua, di sini, pada minggu lalu disambung antara dua hingga lima hari lagi bagi membolehkan polis meneruskan siasatan lanjut.

Majistret Balqis Roslin membenarkan seorang suspek etnik Rohingya direman dua hari hingga 13 Februari, manakala reman dua lagi suspek warga tempatan disambung lima hari sehingga 16 Februari depan.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek berusia antara 38 hingga 46 tahun itu tiba di perkarangan mahkamah jam 11 pagi dengan berpakaian lokap.

Mereka kemudian diiringi polis ke kamar mahkamah untuk mendapatkan proses sambung reman bagi membolehkan polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, cemburu dipercayai menjadi motif pembunuhan wanita terbabit namun siasatan lanjut masih dijalankan polis.

Pada 4 Februari lalu, media melaporkan seorang wanita berusia 41 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh di kediamannya di Flat Sri Murni, Sungai Dua di sini.

Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di katil di sebuah bilik dengan kesan kelar pada leher.

Pemeriksaan awal mendapati terdapat satu kesan kelar pada leher mangsa yang dipercayai dilakukan menggunakan senjata tajam.

Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Zahari Noor memaklumkan tiada kesan pergelutan ditemui pada tubuh mangsa, sekali gus menunjukkan mangsa berkemungkinan diserang oleh individu yang dikenalinya.



Disiarkan pada: Februari 11, 2026 @ 1:04pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1321497/reman-tiga-lelaki-disyaki-bunuh-ibu-tunggal-disambung




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1120517 Replies : 797
Indonesia: Pontianak Merangkak Dalam Asrama Sekolah Pondok (CCTV)
tumpanglalu74Indonesia: Pontianak Merangkak Dalam Asr
Views : 7377 Replies : 10
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11654 Replies : 10
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.211222 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list