CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23270|Reply: 0

[Kedah] Berat dugaanmu Muhammad Iftar Syawal

[Copy link]
Post time 11-2-2026 11:53 AM | Show all posts |Read mode
Berat dugaanmu Muhammad Iftar Syawal

Noorazura Abdul Rahman[email protected]





MOHD Zafardi, menunjukkan keadaan kaki kiri anaknya Muhammad Iftar,16. FOTO ihsan Siti Fatin Salwa Mohd Zafardi




Alor Setar: Setiap langkah yang diambil terasa seperti mencucuk tulang, namun Muhammad Iftar Syawal Mohd Zafardi, 16, tetap ke sekolah walaupun pergerakannya semakin terbatas akibat masalah saraf dan tulang kaki kiri yang dialami sejak lahir.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tajar itu kini berdepan keadaan lebih serius apabila tapak kakinya sering mengalami kematu dan berdarah menyebabkan dia terpaksa memakai stoking tebal setiap hari bagi mengurangkan kesakitan.

Menurut bapanya, Mohd Zafardi Abdun, 48, keadaan anak ketiga daripada empat beradik itu semakin teruk sejak tahun lalu apabila kerap mengadu sakit kaki hingga sukar berjalan jauh.

"Di sekolah dia tidak aktif, kaki selalu berdarah.

Dia terpaksa naik tangga kerana kelasnya terletak di tingkat tiga.

Hanya kaki kanan boleh pakai kasut, kaki kiri dia pakai stoking tebal.

"Apabila petang dia akan hubungi saya beritahu kakinya berdarah, anak saya ini pendiam, tak banyak bercakap, sebab itu dia jarang mengadu kepada rakan atau guru tentang keadaan kakinya yang sakit," katanya.

Menurut Zafardi, anaknya itu turut menjadi mangsa ejekan segelintir rakan, namun masih ada kawan yang prihatin dan sering membantunya.

"Balik dari sekolah pun dia hanya solat di rumah, makan dan duduk di kerusi sebab tak mampu buat kerja lain.

"Walaupun sakit, dia suka ke masjid. Dia mahu solat berjemaah.

Kadang nak hantar naik motosikal pun saya kena pastikan kakinya dijaga," katanya yang tinggal di Kampung Alor Teja di sini.

Mohd Zafardi berkata, anaknya memerlukan pembedahan memasukkan besi sokongan pada tulang dengan kos dianggarkan kira-kira RM28,000, selain akan diberikan kasut khas bagi membantu pergerakan.

Katanya, temu janji dengan doktor pakar di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dijadualkan pada Mac ini dan sekiranya keadaan kakinya semakin teruk, pembedahan perlu dilakukan segera.

Namun, dengan pendapatan kira-kira RM1,200 sebulan mengambil upah kerja di sawah, dia mengakui tidak mampu menyediakan jumlah wang berkenaan.

Isterinya, Nor Sekilawati Ahmad, 46, seorang suri rumah sepenuh masa, manakala Muhammad Iftar menerima bantuan zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan.

"Duit yang ada hanya cukup-cukup untuk belanja dapur dan persekolahan tiga orang anak.

"Hendak bawa anak untuk rawatan di hospital pun saya terpaksa harapkan jiran, saya tak ada kereta, mereka lah yang banyak membantu," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun BSN 0212229861526762 atas nama Mohd Zafardi Abdun.



Disiarkan pada: Februari 11, 2026 @ 11:12am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1321437/berat-dugaanmu-muhammad-iftar-syawal




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1120517 Replies : 797
Indonesia: Pontianak Merangkak Dalam Asrama Sekolah Pondok (CCTV)
tumpanglalu74Indonesia: Pontianak Merangkak Dalam Asr
Views : 7377 Replies : 10
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11654 Replies : 10
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.077109 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list