|
View: 12892|Reply: 4
|
Lelaki dipercayai bunuh ibu kandung didakwa hari ini
[Copy link]
|
|
|
ALOR SETAR: Lelaki yang ditahan polis kerana disyaki membunuh ibunya, di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada 2 Februari lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret, hari ini.
Suspek berusia 29 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita ditemukan meninggal dunia dengan tiga kesan tikaman pada badan di rumahnya di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara di sini.
Mangsa dikenali sebagai Zahrullail Basir, 52, bekerja sebagai eksekutif operasi di sebuah bank di sini.
Susulan daripada itu, polis menahan lelaki berusia 29 tahun yang juga anak kandung mangsa dalam bas persiaran ketika suspek dalam perjalanan menuju ke Selangor pada malam selepas kejadian.
Hasil siasatan awal polis mendapati, suspek dipercayai mempunyai hutang pinjaman 'along' yang dibuatnya di Pulau Pinang.
Sumber: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Benci aku kejadian macam ni, triggered me so much. My mom almost died of this kind of taik dadah, pemalas kerja, kuat berhutang. Itupun sampai skrg dok asyik kenang2 lagi anak sial dia tu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
puasa dgn raya di balik tirai besi la nmpk gayanya
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nauzubillah... semoga keluarga kita semua dijauhkan dari perkara2 mcm ni. Aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian kat adik² hilang tempat bergantung. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|