CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 12599|Reply: 4

21,114 remaja 19 tahun ke bawah hamil anak luar nikah - Nancy Shukri

[Copy link]
Post time 11-2-2026 09:32 AM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Seramai 21,114 remaja berusia 19 tahun ke bawah yang tidak berkahwin, hamil sepanjang tempoh 2019 hingga 2024.

Menteri Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata rekod di fasiliti kerajaan itu adalah berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata, usaha membendung isu berkenaan sudah dilaksanakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi pelbagai inisiatif.

"Antaranya termasuk membangunkan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI).

"Ia bermatlamat meningkatkan kesedaran semua pihak berkaitan kepentingan pendidikan kesihatan reproduktif dan melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dan berdaya tahan (resilient).

"Di bawah pelan tindakan ini, pembangunan kemahiran berkaitan kesihatan reproduktif yang positif dan selamat ditekankan sama ada melalui pendidikan formal di sekolah dan tidak formal di luar sekolah," katanya dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab soalan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) berhubung jumlah remaja hamil tanpa nikah mengikut umur, jantina dan bangsa dari 2019 hingga 2025.

Nancy berkata, PEKERTI turut melibatkan tindakan bersepadu pelbagai kementerian menerusi platform Majlis Sosial Negara, termasuk memasukkan program itu sebagai salah satu program di peringkat institusi pengajian tinggi, meluaskan pelaksanaannya di peringkat komuniti serta mempergiat aktiviti, promosi dan advokasi berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial.

Selain itu, beliau berkata, KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menyediakan khidmat sokongan khusus kepada remaja menerusi Pusat Remaja KafeTEEN dan Program Sahabat KafeTEEN di sekolah.

"KafeTEEN merupakan inisiatif LPPKN bagi menyediakan ruang bimbingan dan pendidikan kepada remaja untuk membentuk kesejahteraan fizikal, mental dan sosial yang positif.

"Ketika ini, akses kepada perkhidmatan sokongan remaja diperluaskan melalui 18 Pusat Remaja KafeTEEN, sebuah trak KafeTEEN serta pelaksanaan program komuniti yang menawarkan perkhidmatan klinik kesihatan reproduktif dan kaunseling psikososial.

"erluasan program KafeTEEN turut dilaksanakan melalui latihan pendidik rakan sebaya (peer educators) di bawah Kelab KafeTEEN yang kini beroperasi di 143 sekolah menengah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan akan melancarkan Dasar Keluarga Negara dan Pelan Tindakan Keluarga Negara yang baharu sebagai usaha memperkasakan institusi keluarga demi kestabilan sosial.

"Antara teras yang digariskan adalah untuk memperkasakan keupayaan perancangan keluarga menerusi usaha memperkukuhkan peranan ibu bapa dan remaja.

"Usaha membendung isu kehamilan remaja luar nikah ini wajar digembleng bersama oleh semua pihak demi masa depan generasi muda kita yang lebih sejahtera," katanya..

Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2026 10:38 AM | Show all posts
bagus laaa ada ni: Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI)

moga yg terlibat mengurus dan advocate dasar ni betul2 dpt beri manfaat kpd dak2 teenage ni

ni semua worst nightmare utk parents oooo

tu data yg berekod, yg senyap2 tah lah



moga family kita semua cakna isu ni dan always tekankan pd anak masing2 peri pentingnya ilmu ni

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2026 10:12 AM | Show all posts
mana-mana undang-undang yang mengharakam perkahwinan muda, akan menanggung dosa di hadapan Allah.
termasuk ibubapa. walau apa pun alasan diberikan, ia dikira mengharamkan apa yang halal.

mungkin kita boleh kata tidak digalakkan berkahwin jika keadaan tak sesuai dan ia apply utk semua umur. termasuk tua. jika ada sebab yg tidak menggalakkan , kita kata tak menggalakkan.

tapi untuk mengharamkan, dan buat undang undang mengharamkan, tambah tambah di umur yang paling panas, ia adalah dosa. perlu jawap depan Tuhan.

hanya di era ini, berlakunya pengharaman umur muda kahwin tak pernah berlaku dalam history manusia lagi sebelum ni.

kitaa juga bukan umat terbaik untuk kata teknik kita ni cemerlang. mcm taik ada la undang2 ni.

org putih boleh buat seks bebas, depa takpa la nak takpayah kahwin.

kita bukan mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2026 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 12-2-2026 10:35 AM

Ramai betul anak luar nikah hasil makpak liar
Anak luar nikah pengikut dajal
Anak dari wargasing pun ramai
Penat2 korang didik anak sendiri jadi org hujung2 akan berkahwin atau dirosakkan atau bercampur anak luar nikah/anak warga asing
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2026 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1120517 Replies : 797
Indonesia: Pontianak Merangkak Dalam Asrama Sekolah Pondok (CCTV)
tumpanglalu74Indonesia: Pontianak Merangkak Dalam Asr
Views : 7377 Replies : 10
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11654 Replies : 10
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 03:35 AM GMT+8 , Processed in 1.032142 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list