CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24480|Reply: 15

Banyak keluhan dakwa harga barangan, makanan di lapangan terbang terlalu mahal - Menteri Pelancongan, Tiong King Sing

[Copy link]
Post time 10-2-2026 04:56 PM | Show all posts |Read mode




SEPANG: Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports) diminta berbincang dengan pengusaha perniagaan di lapangan terbang untuk mencari jalan supaya barangan serta makanan jualan mereka ditawarkan pada harga lebih berpatutan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata pihaknya menerima banyak keluhan pengguna lapangan terbang yang berpendapat harga dikenakan terlalu mahal.

Justeru, beliau berkata, langkah menurunkan sedikit harga berkenaan boleh mendorong lebih ramai pengunjung, termasuk pelancong, untuk membeli-belah dan menikmati makanan di kedai serta restoran yang beroperasi di lapangan terbang.

"Saya mahu mengambil peluang ini (untuk menyatakan) permintaan pembeli supaya kalau boleh pengusaha bantu menurunkan sedikit harga... (harga) makanan juga sangat mahal.

"Kita mahu berbincang dengan (pengusaha) kedai serta 'outlet', bagaimana untuk melakukannya supaya bilangan pembeli dapat ditingkatkan dan mereka boleh mendapat keuntungan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran ShopLAH by Malaysia Airports di Balai Ketibaan Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Mohd Izani Ghani.

Menjelaskan lanjut, King Sing berkata, orang awam ada persepsi bahawa harga ditawarkan peniaga di lapangan terbang adalah terlalu mahal, malah ia memberi imej negatif kepada pelancong asing yang tiba di negara ini melalui pintu masuk udara.

"Saya juga ada berbincang dengan pengusaha 'outlet' yang meminta pertimbangan agar diturunkan kadar sewa yang mereka perlu bayar.

"Bagaimanapun, saya serahkan kepada pengurusan lapangan terbang untuk mencari jalan dan pendekatan terbaik dalam menangani perkara ini," katanya sambil berharap usaha itu bukan hanya sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Pada masa sama, King Sing berkata, kementeriannya menerima maklum balas daripada pelancong asing yang mahu lebih banyak restoran menawarkan juadah tempatan untuk mereka nikmati setiba di negara ini.

Malah dengan cara itu, beliau berkata, lebih banyak makanan tempatan dapat dipromosikan kepada khalayak antarabangsa.

Bercakap kepada pemberita kemudian, King Sing berkata, beliau masih belum mendapat maklum balas awal berhubung kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Katanya, beliau masih menunggu laporan daripada Jabatan Imigresen untuk melihat jumlah kemasukan pelancong asing ke negara ini sejak kempen itu bermula 1 Januari lalu.

"Saya berharap akan mendapat maklumat itu dalam tempoh seminggu ini," katanya.

Mengulas mengenai ShopLAH pula, King Sing berkata, ia adalah inisiatif untuk memperkayakan pengalaman pelancong di pintu masuk utama negara.

Inisiatif ShopLAH bertujuan memperkukuhkan peranan peruncitan lapangan terbang sebagai pemacu utama pengalaman pelawat dan perbelanjaan pelancongan di seluruh rangkaian lapangan terbang antarabangsa kendalian Malaysia Airports.

Sementara itu, Mohd Izani berkata, ShopLAH mencerminkan peranan pengendali lapangan terbang dalam membentuk tanggapan pertama dan terakhir pelawat terhadap Malaysia.

"Kempen ini bukan saja memperkayakan pengalaman perjalanan penumpang, malah mengukuhkan ekosistem komersial kami melalui kerjasama rapat dengan pengusaha, jenama tempatan serta komuniti kreatif.

"Dengan mengaktifkan peruncitan lapangan terbang sebagai sebahagian daripada perjalanan, kami menghubungkan pelancongan, perniagaan dan identiti Malaysia, selaras aspirasi kami untuk meletakkan Malaysia sebagai negara paling berhubung di rantau Asia Pasifik," katanya.

Sumber – BH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2026 05:18 PM | Show all posts
Turunkan kadar sewa outlet baru le rega brg bole turun.. kalau depa nak turunkan le..koh koh koh
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
habis tu nak jual harga macam gerai ke..sah2 la mana2 airport pun harga lagi tinggi sebab tu la cara cari makan sebab ramai foreigner …oh ya yang complain tu type sama yg minta signboard kl tukar letak bahasa dia ke konon tak faham…
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 10:30 PM | Show all posts
...orang awam ada persepsi bahawa harga ditawarkan peniaga di lapangan terbang adalah terlalu mahal, malah ia memberi imej negatif kepada pelancong asing yang tiba di negara ini melalui pintu masuk udara.


Kita sampai epot kawan sindiri kereta sapu suda tunggu bawa kita makan kawan kidai. Hotel pun kita ada sindiri budget hotel. Kita suda boikot sumua la.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini salah mereka yg terdahulu... naik kapal terbang tu ongkaya..maka segala yg berkaitan dgnnya...semuanya 'dinaiktarafkan'.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 07:59 AM | Show all posts
sewa mahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaalllllllll
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2026 08:23 AM | Show all posts
Harga foodcourt & restoran dalam tu dekat nak sama harga total masuk lounge vip... baik redeem membership & lepak lounge..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 09:16 AM | Show all posts
fokus kat MAB. Punca dari mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2026 09:35 AM | Show all posts
Betul, kesian kat family sabah sarawak. Kadang anak kecil tetiba lapar kat airport padahal dah makan sebelum keluar rumah
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Beli roti gardenia rm1.20 perisa jagung tu je dek 2 biji..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 10:30 AM | Show all posts
So airport negara lain jual murah2 ke? Any research made? Ke main hembus?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 02:35 PM | Show all posts
AuntyZaza replied at 11-2-2026 09:35 AM
Betul, kesian kat family sabah sarawak. Kadang anak kecil tetiba lapar kat airport padahal dah makan ...

boleh ja bawa bekal makan kat airport. aku perasan masa naik Batik Air dalam kapal geng2 aku ja yang order makan. ramai dorang tak makan pun.

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 02:56 PM | Show all posts
berapa sewa? sewa murah kang, kedai biasa pun masuk tak ikut SOP kesihatan pulak, so, berapa sewa?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 11-2-2026 09:37 PM

Kalau travel sorang dua no problem boleh order mkn dlm flight atau kfc mekdi burger king dlm epot
Kalau bawa family ramai2 berkos juga
Teringat kes family bentang tikar berkelah makan di epot
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 05:31 PM | Show all posts
Bina epot bilion-bilion dengan harapan nilai sewa retail dalam tu setara sewa food court Precinct 9 supaya retailer dapat jual rege barang murah-murah...?

Lutut mana lutut?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 06:58 PM | Show all posts
Edited by Kitty_catz at 11-2-2026 10:59 AM

tapi kat narita tak mahai... sama je mcm kat luar.. vending machine pun banyak, rega sama mcm vending machine kat luar, ramen dlm yen1K je camtu per bowl

terminal 4 heathrow specifically co pilots rest dekat departure sblm boarding tu pun lebih kurang mkn kat food court Westfield jur... but off course subject to apa ko melantak kannn.. but for comparison smoked salmon bagel dlm GBP12 je camtu kat epot tu haaa

sik ayam kat westfield sama wonton je udah gbp30

tapi kat klia tu nak mur2 pegi level 2 la kan ada foodcourt, murah la dr mkn din tai fung kat level 5 tu haaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1120517 Replies : 797
Indonesia: Pontianak Merangkak Dalam Asrama Sekolah Pondok (CCTV)
tumpanglalu74Indonesia: Pontianak Merangkak Dalam Asr
Views : 7377 Replies : 10
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11654 Replies : 10
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.912705 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list