CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22904|Reply: 0

[Sarawak] Beri ruang kepada proses kehakiman kes lima anak syarikat PETRONAS

[Copy link]
Post time 10-2-2026 01:59 PM | Show all posts |Read mode


Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (dua kanan) menyampaikan sumbangan makanan dan keperluan asas kepada Pengetua RSK Kuching, Dayang Siti Nurshamira (dua kiri) sambil disaksikan oleh Biro Wanita Saberkas

KUCHING: Semua pihak diminta memberi ruang kepada proses kehakiman dalam kes permohonan semakan kehakiman melibatkan lima anak syarikat PETRONAS berhubung penalti RM120 juta yang dikenakan oleh Pengarah Pengedaran Gas Sarawak serta Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, perkara berkenaan masih dalam pertimbangan mahkamah dan sebarang ulasan lanjut tidak wajar dibuat ketika proses perundangan sedang berjalan.

Beliau turut meminta warganet agar tidak memberi ulasan berlebihan terhadap kes berkenaan.

“Jika boleh, kita kurangkan memberi komen dan biarkan proses mahkamah berjalan sehingga selesai, barulah kita mengetahui keputusan mahkamah.

“Daripada situ, kita dapat melihat tindakan susulan yang boleh dirancang dan diambil,” katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan Biro Wanita SABERKAS kepada penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) Kuching, Batu 12, di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Pengetua RSK Kuching, Dayang Siti Nurshamira Awang Talip.

Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi Kuching menetapkan 2 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Hakim Dean Wayne membenarkan permohonan yang difailkan syarikat-syarikat terbabit selepas mendapati kes berkenaan perlu dihujahkan dengan lebih lanjut dalam usul substantif.

Lima anak syarikat terbabit ialah Malaysia LNG Sdn Bhd, Malaysia LNG Dua Sdn Bhd, Petronas Carigali Sdn Bhd, Malaysia LNG Tiga Sdn Bhd dan Petronas LNG 9 Sdn Bhd.

Kesemua syarikat dikenakan penalti atas kegagalan memohon lesen operasi di Sarawak sebagaimana termaktub di bawah Seksyen 7 Ordinan Pengagihan Gas (DGO) 2016.

Mengikut Seksyen 21A ordinan berkenaan, penalti maksimum yang boleh dikenakan bagi setiap kes ialah RM20 juta. Dalam kes ini, lapan notis dikeluarkan kepada syarikat-syarikat berkenaan yang membawa kepada penalti berjumlah RM15 juta bagi setiap entiti.

Mengulas hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak, Hasidah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang berkata hubungan antara kedua-dua kerajaan kekal baik meskipun terdapat perbezaan pendapat serta isu tertentu.

Bagaimanapun, katanya, pemimpin dari kedua-dua kerajaan bersikap berhemah, berpengalaman dan memahami perbezaan pandangan.

“Perkara itu adalah normal dalam sesuatu perhubungan, namun pada akhirnya perbezaan diketepikan dengan mengutamakan kepentingan negara dan Sarawak.

“Saya yakin perkara itu penting dan dengan pengalaman serta kebijaksanaan pemimpin kita, mereka dapat mengendalikan komplikasi, isu dan masalah,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa meskipun terdapat sebilangan Ahli Parlimen yang menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu isu, perkara itu adalah normal dan apa yang disuarakan tetap mengutamakan negeri serta perpaduan negara.


Sumber : Suara Sarawak

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuio9ddbhatt ji
Views : 202 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9ddbhatt ji
Views : 1011 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1213 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1314 Replies : 0
Najis dah keluar jangan dikemut masuk semula, dibimbangi batal puasa
tatodNajis dah keluar jangan dikemut masuk se
Views : 3572 Replies : 2
Mencari ketenangan dalam ujian tidak terjangka
tatodMencari ketenangan dalam ujian tidak ter
Views : 1316 Replies : 1
bhatt ji
akku787gbhatt ji
Views : 2829 Replies : 0
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14612 Replies : 292
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 3333 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9bhatt ji
Views : 3942 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.037264 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list