Gambar hiasan
Penduduk Pokok Sena, Kulim berdepan cuaca panas tiga hari
- Oleh KOSMO!
- 9 Februari 2026, 5:49 pm
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas di Semenanjung Malaysia membabitkan tiga kawasan dengan bacaan suhu mencecah 37 darjah Celsius.
MetMalaysia berkata, tiga kawasan terlibat berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Pokok Sena dan Kulim di Kedah serta daerah tengah Pulau Pinang.
“Suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2026/02/09/penduduk-pokok-sena-kulim-berdepan-cuaca-panas-tiga-hari/
|