CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31660|Reply: 8

[Tempatan] Padah aksi wheelie, seret helmet atas jalan, dua remaja ditahan

[Copy link]
Post time 9-2-2026 06:36 PM | Show all posts |Read mode




Padah aksi wheelie, seret helmet atas jalan, dua remaja ditahanPolis menahan dua remaja lelaki susulan penularan video memaparkan aksi wheelie berbahaya dengan motosikal di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR: Polis menahan dua remaja lelaki susulan penularan video memaparkan aksi wheelie berbahaya dengan motosikal di Jalan Tun Razak, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata pihaknya mengesan video berdurasi 14 saat di media sosial yang memaparkan dua lelaki melakukan aksi berbahaya ketika menunggang dan membonceng motosikal.

Beliau berkata, rakaman dimuat naik pemilik akaun Facebook jenterapejuang.my itu menunjukkan penunggang motosikal jenis Yamaha 135LC mengangkat roda hadapan, manakala pembonceng pula menyeretkan kepala di atas permukaan jalan.

"Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Tun Razak pada 30 Januari antara jam 3.30 pagi hingga 4 pagi dan video berkenaan menerima lebih 1,500 tanda suka serta puluhan komen di Facebook.

"Bertindak atas maklumat diterima, sepasukan pegawai dan anggota Unit Risikan Operasi JSPT Kuala Lumpur menjalankan siasatan serta risikan sebelum berjaya mengesan dua individu bersama motosikal digunakan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zamzuri berkata, tangkapan dibuat pada jam 2 pagi tadi di dua kediaman berasingan sekitar Sungai Buloh, Selangor.

Beliau berkata, tangkapan membabitkan remaja lelaki berusia 18 tahun yang menunggang motosikal serta seorang lagi remaja lelaki berusia 15 tahun yang bertindak sebagai pembonceng, selain polis merampas sebuah motosikal bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya.

"Orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2026 06:39 PM | Show all posts


Lebih baik ini


Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah dek, elok masa kau buat the dip cm ni, tayar lori treller meletup, terajang muka kau.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Cari nahas,kan dah viral. Skang ni kjap je nak viral. Hebat²
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 11:44 PM | Show all posts
Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Tun Razak pada 30 Januari antara jam 3.30 pagi hingga 4 pagi dan video berkenaan menerima lebih 1,500 tanda suka serta puluhan komen di Facebook.

Seret kepala (helmet disertakan) pun dapat tanda suka?

Satu malaya menilai korang yang 1500 tu dekkkk... mungkin akal paras-paras lutut jer.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
hebat kau dik... tapi tula
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2026 08:08 AM | Show all posts
dah lps SPM tu apply la pasukan beruniform masuk unit yg selalu buat show aksi2 motor ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
roy roy... hati kau keras roy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2026 03:30 AM | Show all posts




https://www.facebook.com/reel/1629339538518425/?fs=e&fs=e
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 05:51 AM GMT+8 , Processed in 2.582731 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list