CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29577|Reply: 0

[Sarawak] Polis Sahkan MPV Guna Siren, Lampu Biru Di MEX Untuk Urusan Rasmi Kementerian

[Copy link]
Post time 6-2-2026 04:10 PM | Show all posts |Read mode


Polis mengesahkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang tular baru-baru ini kerana menggunakan siren serta lampu biru berkelip-kelip bagi mengelak kesesakan di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) digunakan bagi urusan tugas rasmi sebuah kementerian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata penggunaan lampu arah (beacon light) pada kenderaan itu juga telah mendapat kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Pihak polis telah mengenal pasti pemilik serta kenderaan terbabit dan akan memanggilnya dalam masa terdekat bagi tujuan pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam,  polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kejadian itu memandangkan siasatan awal terhadap video yang tular itu tidak dapat mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan berkenaan. – BERNAMA


Sumber : Suara Sarawak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.523221 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list