|
View: 31797|Reply: 10
|
“Tak Perlu Blur Muka Saya” – Mahu Lihat DJ Kidd Bekerja, Emma Maembong Mengaku Masuk Kelab Malam
[Copy link]
|
|
|
Pelakon popular, Emma Maembong tampil menjelaskan dakwaan berkenaan spekulasi tular mengenai ‘Pelakon Wanita Popular Di Kelab Malam’.
Kata Emma menerusi kenyataannya pada sebuah video pendek, kehadirannya di sebuah kelab malam yang terletak di Sibu, Sarawak itu adalah sekadar mahu melihat rakan baiknya, DJ Kidd bekerja sekali gus mengakui dirinya melakukan perkara itu tanpa paksaan.
Malah, dia mengakui berasa kurang senang apabila isu berkenaan diperbesarkan sehingga wajahnya dikaburkan apatah lagi ia mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.
“Hi semua, assalamualaikum. Saya tak faham lah kenapa orang suka exaggerate dan over-over kan keadaan sampai nak kena blur kan muka I semua… I don’t understand.
“Simple je, I pergi Sibu sebab nak shoot muzik video dan kebetulan DJ Kidd spin dekat situ dan saya nak pergi tengok.
“Saya sendiri yang masuk kelab, saya sendiri yang tak pakai mask dan pakai topi sebab saya masuk memang nak pergi tengok dia spin dan bila orang rakam… saya pun lambai dengan mesranya,” katanya.
Mengaku sedar ramai yang merakam kehadirannya, pelakon Santau Perempuan Terlarang itu tidak menghalang perkara tersebut daripada berlaku kerana tiada apa yang ingin disorokkan.
“Sebab saya tahu ramai orang record dan saya sendiri biarkan benda tu terjadi. Jadi benda tu bukan saya sorok-sorok . Lainlah kalau muka saya terkejut dan kemudian tersebar.
“Bagi saya benda saya yang biarkan dan tak perlu pun nak kena blur kan muka saya dan berteka-teki siapakah pelakon tu… Sedangkan saya sendiri yang masuk dalam tu. Dengan keadaan yang happy sahaja dan ramai orang yang jaga sayadan orang Sibuy semua sangat sporting dan mereka pun tak ada yang judgemental sangat,” jelasnya.
Terdahulu, sebuah rakaman video memaparkan seorang wanita dipercayai pelakon terkenal berada di sebuah kelab malam tular di media sosial, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dan spekulasi netizen.
Sumber: xTRa |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Berapa banyak thread isi sama ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni kalau tak jadi artis, dia catfish orang menyamar jadi mat Saleh pun orang tak perasan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kleab malam pasang lagu tekno Aceh apa barang... ekekek (sambil kutip kacang) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
adakah ni lebih kurang macam kes siapa tah tak igt pergi trec sbb nak makan pizza bukan minum? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ada jgk yg pegi utk ape katanya...senam ke sumthin like that lah
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
memang dari dulu clubbing tu memang hobi sheols pon kan. So tak pelik pon kalau sheols masuk walaupun bukan tempat bf keje |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu buka blk hijab 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelik lg ke artis masuk kelab? Kalo yg berhijab tu iyela terkejut |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|