|
View: 9292|Reply: 7
|
[Tempatan]
Wanita maut kereta terbabas, polis temui 210 gram heroin
[Copy link]
|
|
|
ALOR SETAR – Seorang wanita maut manakala rakannya cedera parah selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Suka Menanti di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.20 malam, ketika anggota polis sedang menjalankan Op Gempur di kawasan berkenaan.
Menurutnya, polis mengesan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak mengejar kereta terbabit yang kemudiannya terlibat dalam kemalangan.
“Akibat kemalangan itu, seorang wanita berusia 33 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi wanita yang memandu kereta berkenaan berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Syed Basri berkata, hasil pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian mendapati pihaknya menemui satu plastik berisi bahan disyaki dadah jenis heroin dengan anggaran berat 210 gram.
Beliau berkata, pemandu kereta tersebut didapati mempunyai 12 rekod lampau berkaitan kes narkotik.
“Mayat wanita itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat, manakala rakannya yang cedera parah kini menerima rawatan di hospital yang sama.
“Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti penglibatan kedua-dua individu tersebut dalam aktiviti pengedaran dadah,” ujarnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
12 rekod lampau berkaitan kes narkotik, tak serik2 lah ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mati dalam keadaan X berapa elok |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Satni loyar terpaling prihatin serba-serbi muncul.
Kenapa polis kejar suspek sehingga menyebabkan kematian? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ai baca komen2 pasal ni mmg lahanat ye netizen kemain marah kata fitnah,ckp elok2 ,nanti kena kat batang hidung sendiri.
Tajuk tulis pengedar dadah.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyak tu. Kalau tak buat salah kenapa nak lari?
Ot jap ek. Luna takde loceng telen masih belum dapatkah?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|