CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12915|Reply: 0

[Negeri Sembilan] JPJ Negeri Sembilan lelong 100 kenderaan Rabu depan, bidaan bermula RM50

[Copy link]
Post time 25-1-2026 08:28 AM | Show all posts |Read mode

HANIF Yusabra Yusuf menunjukkan antara kenderaan mewah yang disita. FOTO Ahmad Hasbi

Seremban: Sebanyak 100 pelbagai jenis kenderaan akan dilelong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, pada siri pertama lelongan tahun ini dengan harga bukaan bidaan serendah RM50, Rabu depan.

Pengarah JPJ negeri, Hanif Yusabra Yusuf, berkata antaranya kenderaan itu termasuk lori rigid serta motosikal jenis RXZ yang mendapat perhatian tinggi dalam kalangan peminat dan pengumpul kenderaan.

"Dokumen lelongan akan dijual pada 26 dan 27 Januari 2026 bermula jam 9 pagi hingga 4 petang, di kaunter 39, Blok Omega, JPJ Negeri Sembilan di sini.

"Orang ramai yang berminat untuk membida kenderaan terbabit boleh membeli buku mengandungi maklumat kenderaan pada harga senaskhah RM100 dan bayaran hendaklah dibuat secara tunai.

"Pembida yang sudah membeli dokumen lelongan dibenarkan membuat pemeriksaan awam ke atas kenderaan motor di dua lokasi iaitu Depoh Sita, JPJ Negeri Sembilan dan Depoh Sita, Stesen Penguat kuasa JPJ Pedas, Rembau," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan hasil kutipan lelongan kali ini akan lebih memberangsangkan berbanding siri terdahulu, berikutan terdapat beberapa kenderaan yang dijangka menjadi tumpuan pembida.

Katanya, sebagai rekod, hasil kutipan keseluruhan bidaan bagi lelongan awam kenderaan lucut hak siri 2/2025 sudah mencatatkan jumlah sebanyak RM120,800.

"Ia mencerminkan sambutan dan minat yang menggalakkan daripada orang awam terhadap penganjuran lelongan oleh JPJ.

"Kita berharap lelongan ini dapat memberi manfaat kepada orang awam untuk memiliki kenderaan secara sah serta menyokong pengurusan aset lucut hak yang telus," katanya.

Sumber : harian metro

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.033492 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list