CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17546|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kerajaan kenal pasti 11 projek khas naik taraf, baiki kemudahan sekolah pondok di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 25-1-2026 01:26 AM | Show all posts |Read mode
Kerajaan kenal pasti 11 projek khas naik taraf, baiki kemudahan sekolah pondok di Pulau Pinang
Oleh Zuhainy Zulkiffli - Januari 24, 2026 @ 3:13pm





Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis perasmian Masjid Jamek Kubang Ulu, Kubang Semang di sini hari ini. - Foto BERNAMA



BUKIT MERTAJAM: Kerajaan sudah mengenal pasti sebanyak 11 projek khas bagi naik taraf dan pembaikan kemudahan sekolah pondok di Pulau Pinang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata projek itu merupakan peruntukan sebanyak RM200 juta yang disediakan pada tahun ini bagi baik pulih Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan maahad tahfiz daif di seluruh negara, termasuk Pulau Pinang.

"Kita sudah menyediakan peruntukan pada tahun lalu sebanyak RM150 juta (dan) tahun ini RM200 juta bagi perbaiki kelengkapan di sekolah agama, sekolah pondok dan maahad tahfiz di negara kita, termasuk di Pulau Pinang.

"Memang kita dah kenal pasti 11 projek di negeri ini, tengok, kendalikan sebahagian pondok ada di sini (dan) sekolah agama," katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Masjid Kubang Ulu, Penanti, hari ini.

Beliau menegaskan bagi memastikan projek itu berlangsung dengan lancar, Jabatan Perdana Menteri, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan pihak berkaitan akan bersama memantau dan memastikan setiap wang yang digunakan memberi manfaat kepada pelajar dan guru pondok.

Terdahulu, media melaporkan Perdana Menteri itu berkata, peruntukan berkenaan penting memandangkan lebih 300,000 pelajar di sekolah agama rakyat terkesan dengan keadaan kemudahan yang uzur, walaupun institusi berkenaan tidak berada di bawah skim pendidikan kebangsaan.

Katanya, dana itu adalah bagi membaik pulih ribuan sekolah agama rakyat, maahad tahfiz serta institusi berkaitan yang memerlukan perhatian segera.

Dalam perkembangan lanjut, beliau berkata tidak berniat bagi mencampuri urusan pengajian agama sedia ada dengan mewajibkan tiga elemen penting dalam silibus pengajian pondok.

"Saya tak campur (tetapi) saya minta tambah.

Saya minta Mufti bagi pandangan bagaimana kita boleh tambah tanpa menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat.

"Saya cadangkan Bahasa (Melayu) dan Sejarah (juga) saya cadangkan teknologi AI (kecerdasan buatan).

"Sebab apa? Kalau kita tak kuasai AI, orang yang sekular tak faham agama dan nilai, dia akan kuasai.

Kita kena tahu ia macam komputer, ada berita baik dan ada berita buruk," katanya lagi.

Ketika berucap, beliau turut mencadangkan supaya kariah masjid itu menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi anak muda.

"Saya bagi pandangan, anak muda patut ada jawatankuasa khas di bawah jagaan masjid yang beri ruang dia (anak muda) buat kelas atau kegiatan khas.

"Asalkan dia ikut peraturan yang dijalankan dan barulah jadi masjid ini betul-betul diimarahkan," katanya.

Pada majlis berkenaan, beliau turut menandatangani plak sebagai simbolik perasmian masjid yang terletak di daerah Seberang Perai Selatan itu.

Pembinaan Masjid Jamek Kubang Ulu membabitkan kos sebanyak RM4 juta yang mana sejumlah RM2.8 juta peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dan RM1.2 juta lagi oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/01/1500859/kerajaan-kenal-pasti-11-projek-khas-naik-taraf-baiki-kemudahan






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.036868 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list